Saturday, April 30, 2011

TEST MONARCH for iPad

Tuesday, June 15, 2010

Hi, hello

Tiba-tiba minda jadi malas,sebab diikutkan sangat maka berbulan-bulanlah blog ini terbiar bersawang. Doakan kemalasan minda ini cepat berlalu, agar boleh kite berkongsi cerita kehidupan.

Let me share with you my favourite pantun which my mom's favourite too:

Tuai padi antara masak
Esok jgn layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jgn rindu- rinduan.

So people, intai-intailah blog i ni.

Chow!

Tuesday, January 05, 2010

Kalimah Allah....

I pelik sikit bila kita bising-bising pasal the High Court decision on allowing Catholic weekly Herald to use kalimah Allah in its publication.  Memanglah kalimah Allah tu adalah  hak kita, Allah yang maha esa, yang satu, hanya untuk Muslim tetapi pada I yang penting akhidah kita, walau saper juga atau agama ape juga yang memakai kalimah Allah untuk upacara agama mereka , adakah itu ada kaitan dengan akhidah kita.  Adakah akhidah kita akan terpesong kerana Mary jiran kita yang beragama Kristian menyebut kalimah Allah.  Kita sepatutnya bersyukur kita tidak pernah dan tidak boleh sebaliknya menyebut tuhan agama lain dalam doa kita.  Kita hanya ada satu tuhan iaitu Allah, dan hanya kalimah Allah yang kita sebut dalam setiap doa dan dalam setiap aktiviti seharian kita sebagai seorang muslim...so I tak nampak  mengapa kita harus marah dan make it as a big issue bila penganut agama lain mahu menggunakan kalimah Allah.  Allah itu maha agong, maha kaya, maha mengetahui dan maha mengasehi, Dia dan kita tahu saper  yang kita sembah, so why bother about orang kristian mahu menggunakan kalimah Allah..

Saya teringat semasa saya belajar di ITM cawangan Sabah pada tahun 80an, saya tinggal sebilik dengan Kartinawati Ben, berbangsa Kadazan beragama Kristian mahzab The Seventh DaysAdventist.  Kartina sangat alim dan berpegang teguh dengan ajaran The Seventh Days seperti tidak boleh minum kopi, tidak boleh makan ikan tidak bersisik atau hidupan laut yang tidak berdarah, tidak boleh memakai barangan kemas, tidak boleh menonton wayang dan banyak lagi pantang larang agamanya yang taat diikuti olehnya.  Dia sering membaca Bible dan kami sangat hormat menghormati bilamana salah seorang kami tengah melakukan ibadat kami, seperti bila I mahu sembahyang dia akan memperlahan atau menutup radio dan memperlahankan suaranya bila berbual jika kebetulan ada tetamu dibilik ketika itu dan begitu juga dari pihak I, bila dia membaca Biblenya atau tengah berdoa, i will make sure to be quiet.  Pernah sekali i membelek-belek Biblenya yang di dalam Bahasa Melayu dan terjumpa perkataan Allah.  Agak terkejut kerana pada masa itu I rasa Allah hanya untuk Islam lantas bertanya "  Tina, who is Allah to you? Allah is mentioned here in your Bible".  Seingat saya ,dia menjawap bahawa dalam agamanya, Allah adalah Jesus...saya terdiam sekejap tetapi saya menjawap balik, dalam Islam, Allah tidak beranak, tidak kahwin, tidak diberanakkan sedang Jesus adalah sebaliknya, dia pula diam dan kami memberhentikan perbualan setakat itu kerana kami faham yang kami bukan arif dan nanti takut tersalah cakap jadi permusuhan agama lak...

Semasa di Sabahlah saya ketahui banyak perkara, seperti kutbah di gereja di sana dibuat dalam bahasa melayu kerana terdapat berbagai ethnik di sana dan mereka menggunakan dan faham hanya bahasa melayu dialek sabah .  Agak terkejut melihat ada yang memakai baju kurung masuk bersembahyang di gereja dan ada yang menggunakan nama Ahmad, Mohamad dan banyak lagi nama yang kita rasa untuk orang Islam tetapi mereka beragama kristian.  Dan semua ni tidak menjadi issue besar to people in Sabah.  Dan I sendiri terkejut dan  tertanya-tanya  mengapa dan siapakah dalang yang membangkitkan issue penggunaan kalimah Allah ni  menjadi satu issue besar pula.  Kita harus berjaga-jaga di sini, kalau dalam tahun 80an di mana kebanyakan rakyat Sabah beragama Kristian telahpun menggunakan kalimah Allah dalam upacara agama mereka dan tiada siapa  yang membantah mengapa perkara ini ditimbulkan sekarang.  Jangan perkara ini dipolitikkan sehingga kita yang aman damai menjadi huru hara.  Permusuhan akibat agama adalah sesuatu yang amat malang kerana impact darinya amat menakutkan.....Prinsip I adalah amat senang, selagi mereka tidak menganggu kita beribadat mengapa perlu kita menganggu mereka? 

I want peace forever, for my anak-anak and cucu-cicit....

chow!

Monday, January 04, 2010

Alfatihah.......

Picca pada awal bulan Disember yang lalu telah mula mengaji Muqaddam...Puas mencari orang yang boleh mengajar...bertanya sana sini, dapatlah seorang guru pencen yang sanggup mengajar.  Dia mengajar cucunya dan Picca sahaja.  Piccapun nampaknya selesa mengaji di rumah nenek.  I redah aje rumah nenek ni dan bertanya samada dia sudi mengajar Picca, nenek ni tinggal bersama anak perempuannya yang merupakan seorang guru...Alhamdulillah nenek tidak keberatan walaupun hanya kenal I pada hari itu sahaja.  I bertanya secara terus berapakah bayarannya dan nenek hanya meminta RM5 sebulan...dan mengaji hari-hari kecuali hari khamis malam jumaat sebab nenek akan kesurau...Baik sungguh hati nenek ini, hanya RM5 sahaja bayaran yang diminta dan i berniat untuk sedekah lebih sikit dari itu...

Picca seronok mengaji di rumah nenek kerana kesemua cucu nenek melayan Picca dengan baik.  I pun senang hati, sebab bukan senang nak mencari rumah orang yang mengajar mengaji...Was mengesyorkan agar I mengambil ustaz yang mengajar anaknya mengaji untuk mengajar Picca, ustaz ini akan datang ke rumah..tapi i teringat pula cakap abah....lebih afdal kita yang datang ke rumah guru untuk menuntut ilmu..maka kesudian nenek memang amat dihargai...

Pada 24hb Disember 2009, picca dihantar untuk mengaji tetapi diberitahu yang nenek tidak sihat so cuti dululah.   Memikirkan mungkin nenek demam so  I tak hantar picca mengaji beberapa hari  dan  cuma pada 27hb Disember papa menghantar picca untuk mengaji dan diberitahu oleh cucunya nenek tak ada dan difahami oleh hubby sebagai, nenek tak de kat rumah, mungkin berjalan ke mana-mana...

Kerana tidak mahu Picca terlalu lama bercuti mengaji I sent her last night to mengaji, kali ini i sendiri yang hantar Picca ke pintu sebab nak menanya mengenai nenek, dah sihat ke?  Terduduk I bila diberitahu yang sebenarnya nenek telah meninggal dunia pada 25hb Disember 2009 yang lalu,hanya dua hari yang lalu...i merasa sedih sangat sebab tak dapat melawat nenek dihari terakhir dia, salah i juga sebab tidak pernah meninggalkan telephone number i pada nenek or keluarga dia..I terkilan sangat-sangat sebab baru sahaja kenal dan picca pun amat senang dengan nenek  dia sudah pergi....betullahh kata orang...yang paling hampir dengan kita adalah kematian...tidak tahu bila masanya tiba-tiba kita dipanggilNya...Lama juga i berbual dengan anak perempuannya...yang masih sedih tapi redha akan pemergian nenek...I meminta agar dia sudi mengajar Picca mengaji sebab i amat selesa dengan keluarga ini...baru lah i realise mengapa Picca amat selesa dengan cucu-cucu nenek...cucu-cucu nenek rupanya boleh berbahasa Inggeris dengan fasih, kerana kelemahan picca adalah berbahasa melayu dan ini adalah kerana menantu nenek adalah seorang mualaf dan mereka berbahasa inggeris selain melayu di rumah.  I perhatikan keluarga ini walaupun suaminya seorang mualaf, amat menitikberatkan hal agama...anak-anak mereka amat tertib dan setiap maghrib akan duduk di meja makan untuk mengaji tanpa disuruh...Semasa I datang itupun, suaminya yang keluar dulu, kerana isterinya masih bersembahyang...dia nampaknya baru juga usai sembahayang kerana kupiah masih dikepala, walau kurang fasih berbahasa melayu beliau nampak selesa sebagai seorang muslim, baik dari segi pakaian begitu juga dari segi dia membawa diri...Pandai sungguh isterinya dan nenek memimpin saudara baru ini sampai terserlah sungguh kemuslimannya...dan i am happy, yang keluarga ini sudi Picca mengaji bersama anak-anak mereka.  Semoga secara tidak langsung, Picca akan terikut-ikut perangai  cucu-cucu nenek yang tertib dan bersopan ini.

Alfatihah untuk nenek...semoga ditempatkan bersama orang-orang yang solehah...Agar aruah aman dan damai di sana...Amin...

Monday, December 28, 2009

Dear Zizie Ezette............

Welcome to the world of " bermadu".  I am surprised  to note that you willingly want to be the 2nd wife, its not easy girl, awal-awal ni memang you rasa tak kesah, she is in Sabah and you are here in KL...you don't really cross each other path..tapi awas...akan tiba masa when you rasa tak senang rupanya berkahwin dengan suami orang ni....ada banyak benda rupanya untuk difikirkan.  Memang masa bercinta semuanya manis, semuanya boleh dan semuanya possible....tapi akan tiba masanya, yang manis tak semanis yang disangka, semua boleh adalah ikut keadaan waktu dan masa dan  yang possible tak mustahil it will not be possible anymore.... Masa tu its too late to back up, lebih-lebih bila ada commitment lain yang perlu difikirkan... Percayalah Zizie,  bermadu memerlukan  jiwa yang kuat,mental dan fizikal  yang mantap....sekiranya semasa single, kita independent, terpaksa melakukan banyak perkara sendiri, jangan ingat bila berkahwin, semua ini di tanggung sang suami...tidak Zizie....hidup bermadu bermakna kita kena pandai berdikari, kena ada kewangan sendiri yang mantap dan stabil, kena bersedia melakukan dan membuat keputusan yang  betul bila-bila masa diperlukan dan bersedia dalam semua keadaan, sama ada yang menyenangkan atau yang kurang menyenangkan...

Zizie, madu itu manis, tapi bermadu tidak....tiada manisnya when you have to share...especially bila you are the one yang taking him from his family....bersedialah untuk disumpah seranah...didoakan yang bukan-bukan, dan diumpat keji...apa lagi sekiranya dia mempunyai anak-anak yang telah dewasa...of courselah, sudah semestinya, anak-anak pasti menyebelahi ibu mereka, you adalah punca segala mala petaka dalam keluarga mereka, tidak kiralah kalau sebelum ini, anak-anak mereka tidaklah sebaik mana, malah siibu pun bukanlah sebaik dan isteri yang misalli...tapi yang penting you adalah perampas segala kebahagian keluarga mereka....kebetulan ada pula anaknya yang mendapat result teruk dalam pmr  or spm, semua ni adalah salah you..kerana konon anak hilang tumpuan belajar kerana masalah keluarga...yang puncanya adalah you...bersedialah Zizie, untuk diberi berbagai gelaran, dari sundal hingga ke jalang, atau lebih baik sikit, dipanggil "perempuan itu" oleh anaknya yang SPM pun belum lepas  bila berbual sesama mereka  instead of aunty , bersedialah Zizie, anak-anak dia tidak akan sekali menjadi anak-anak  you, bagaimanapun baikpun sekali layanan you..anak-anak dia tetap menganggap you orang luar yang memusnahkan hidup ibunya...bull shit with those yang berkata " oh saya sayangkan anak-anak tiri macam anak-anak saya"  no such thing Zizie, macam mana  you try to be a good step mom, you have to remember dari zaman tahun alif, ibu tiri adalah monster, tiada ibu tiri yang baik, jahat sahaja,  and  they will not want to be nice to you, mungkinlah, nasib you  baik, they will be nice to you infront of thier dad, sebab they know  how to politicalize the situation...lebih-lebih lagi if the father still supporting them...

Innitially,  memanglah  you will try to accept his kid as your own, tapi ini tidak akan terjadi kalau you aje yang hendak sedangkan dia orang sebenarnya menyampah nak pandang muka  you...lama-lama, bila you aje yang beriya-iya, sedangkan towards the end they still dont even want to talk to you, you will give up...you close all the doors and this is the beginning of all the disasters in your marriage....the father will think you are the one who  cannot accept his kids, wherelse the father tak tahu, anak-anak yang pandai politik, depan dia lain belakang dia lain...no Zizie, if this happen to  you , jangan fikir  you can complain to your hubby kalau anak-anak dia berkelakuan buruk dengan you...he will not listen...dia anggap anak-anak dia baik dalam segala hal, you juga  yang salah....ingat, dia was with them since birth, dengan  you cuma berapa tahun aje....kalau you mahu mengundang masam muka hubby kerana complain about his children  then go ahead tapi kalau you sanggup telan semuanya, then telanlah....you kena ingat, penyakit yang you cari ini ubatnya hanyalah berdoa semoga Allah kuatkan you...

Zizie, bersedialah akan segala kemungkinan...sebab sekuat mana you cuba mempertahankan perkahwinan  you lagi kuatlah pula badai yang melanda....akan ada berbagai lagi dugaan yang datang.  ini akan menguji ketahanan diri you. Memang ada masa, you just want to give up, its easier to letting go...akan tiba masa, you will feel tired pretending as if tak de ape-ape, you are okay, you will survive.....tapi sebenarnya  tanpa you sedari you built a wall between you and your hubby...suddenly  you will stop  being chatty and talkative, stop sharing with him stories at work or about something, you don't even discuss what to cook tonite anymore   and you suddenly become quiet and it pop up in your mind to  plan  and prepare you future alone without him....scary kan Zizie?  Well, sanggup ke you Zizie? 

If i know you personally, i will off course will tell you , dont ever get yourself involve with someone's hubby....not worth all the trouble that come with it...ape lagi kalau he still keep the first one...alang-alang being labelled as jalang, let me suggest that you should ask him to divorce  his first one, because, selagi he  still keep her, you will forever have a miserable life sebab anak-anak will still think that you will not be long with their  dad....lama-lama kena cerai juga and they will do anything to make sure this happen...and dont you think that hubby yang still keep his first wife ni sebab dia tak confident dengan you?  At least dia ada cushion and you ada ape?  Yang you ada hanya title janda...well, kalau you tak kisah, tak apelah...ape jugalah title janda tu...janda cantik lagi...after all, tak ada cacat celanya jadi janda, asal  your financial is strong ape nak takut...yang penting, you have to be financially independent....

Well Zizie, i wish  you all the best.  Semoga tabah. 

Sincerely yours,

Thursday, December 10, 2009

Setengah Nikmat hanya datang sekali.................

Setengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukurlah selalu..


Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumahtangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:

Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali.

"Mama, abang minta maaf . Abang tak akan ulang lagi." Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang.Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas
bertabur di mana-mana.

"Abang . mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya.

Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar daribelakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah. Kaki anak melangkah keluar dari rumah dengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar. Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku . Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.
Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

"Ya Allah . tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.

"Ya Allah . aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini . Ya Allah selamatkanlah anakku ini."

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.
"Mama maafkan abang ." Ungkapannya sukar . tersekat-sekat kerana kesakitan itu.
". Abang janji tak akan buat lagi."

Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

"Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik,aku sedar akan kesalahanku ."

"Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini ."
Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan.

Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.

"Puan, maafkan . Kami telah cuba melakukan yang terbaik." Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.

"Anak puan telah meninggal dunia."
Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untukmenjelaskannya kepada ibu ini.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.

"Anak . Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini ."

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.

Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan.Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata,"Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di sepanjang hidup ini.""Ibu rindu kepadamu . Ibu rindu kepada nakalmu . Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"
Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.

Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa. Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu, hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.

Tuesday, December 01, 2009

Take thing positively..............

During the weekend, my  car's window screen at the driver's side retak seribu due to an accident masa di kampong....hajat di hati nak sambung cuti di kg sampai hari isnin tak jadi sebab Abah suruh balik KL to replace the screen due to sekarang ni musim hujan...nanti basah kereta and so onlah risau dia....i pulak risaukan emak di hospital...kasihan abah tak de orang nak jaga makan minum dia di rumah dan emak di hospital pun perlu juga dihantar makanan especially untuk maid yang jaga mak...

Tidak senang untuk drive, sebab i cannot look at the side mirror bila driving lebih-lebih lagi nak switch lane...azab bukan main...so sambil drive sambil membebellah juga....Anis kena jadi co-driver untuk menenguk ke belakang bila i nak tukar lane... Hari pulak bukan main berangin...bergoyang-goyang cermin tingkap tu ditiup angin...yang buat cermin tak berderai sebab  ada plastic layer  yang hold it....we have to stop at one of the petrol kiosk sebab nak plaster cermin agar tak bergoyang sangat and bila tenguk langit dah gelap tanda nak hujan...takut juga buatnya half way cermin tu runtuh and hari pula hujan...mahu basah kuyup dibuatnya si driver ni nanti....jadi  Brigette Bardot lah pula nanti...At the petrol kiosk tu anis pergi beli tape and i duduk je dalam kereta sebab pintu tak boleh buka....masa anis terkial-kial nak tape the glass tu berhentilah  satu kereta Mazda sport warna merah sebelah kereta i, wife dia keluar beli barang or ke bilik air...the hubby datang and offer to help...so dialah tolong tapekan cermin tu , si Picca tanpa selindung-selindung siap puji kuat-kuat lagi..."  what a nice man to help Kak long"  tergelak pakcik tu...i pun gelaklah juga...bila selesai, i thanked him for the help and siap pesan drive slow-slow je...which i did sebab takut cermin tercabut terbang dek angin...

Picca macam biasa sibuk menyanyi ikut lagu dari CD , lepas tu dia beri comment, " Tak pe mami your window glass smashed we spread the song  to the world" I tanyalah what do you mean by that?  "yelah...sebab cermin pecah...lagu tu boleh keluar "  hehehehe...betul jugakan...it takes picca to make me realize that apa pun jadi, see the bright side of it...think positive people!

yang tak positivenya ..nak korek duit bayar repair...i want to lelong something....any taker? hehehehhehh...

chow dulu guys...