Monday, July 31, 2006

A mother's prayer...

I pray you'll be my eyes
and watch her where she goes
and help her to be wise
help me to let go
every mother's prayer
every child knows
lead her to a place
guide her with your grace
to a place where she'll be safe
i pray she finds your light
and holds it in her heart
as darkness falls each night
remind her where you are
every mother's prayer
every child knows..........

Thursday, July 27, 2006

How do I change?

If I feel depressed I will sing.
If I feel sad I will laugh.
If I feel ill I will double my labour.
If I feel fear I will plunge ahead.
If I feel inferior I will wear new garments.
If I feel uncertain I will raise my voice.
If I feel incompetent I will think of past success.
If I feel insignificant I will remember my goals.
Today I will be the master of my emotions

Any change, any loss, does not make us victims. Others can shake you, surprise you, disappoint you, but they can't prevent you from acting, from taking the situation you're presented with and moving on. No matter where you are in life, no matter what your situation, you can always do something. You always have a choice and the choice can be power.

Wednesday, July 26, 2006

A friend said " Life is about choices; you choose what you want in life"

Monday, July 10, 2006

Selamat Kembali ke Alam Barzakh, Bapak...

Mendapat panggilan telefon dari yati pada 8/07/06 dalam pukul 4.15pm memberitahu kembalinya kerahmtullah, Ayahanda Hj Hasim Pehing atau yang ku panggil Bapak dalam usia 80an. Sedih yang amat sangat. Bapak telah ku anggap semacam bapa sendiri. Dia lah tempat menumpang kasih semasa di sana. Tempat aku mencurah segala masalah dan kesedihan bila tiada tempat lagi untuk mengadu.

Memang abah adalah abah kandungku dari lahir, tetapi Bapak telah menjaga dari umur ku 19tahun. Dialah orang pertama yang akan melawatku di hospital setiap kali aku melahirkan anak-anak ku. Dia akan datang sebaik mendengar aku selamat melahirkan,bertanya khabar dan membawakan makanan.

Bapak tidak pernah ke sekolah..sepanjang hidupnya bergelumang dengan air masin laut,membesarkan anak-anaknya dengan kederat dia ke laut saban malam. Tetapi bapak boleh membaca dan menulis. Bapak amat memahami kesedihan aku yang keseorangan ditempat asing. Setiap hari raya dia yang dahulu menziarahi tanpa mengira sepatutnya yang muda menziarahi yang tua..

Masih teringat dia datang ke rumah membawa kakinya yang teruk luka kerana bisul. Bisul yang tidak dicuci dengan sempurna, nanah mengeras dipermukaan luka. Aku menawarkan diri untuk membersihkan luka dan kemudian meletakkan ubat. Seminggu selepas lukanya sembuh dia datang ke rumah menunjukkan lukanya yang telah sembuh sambil memberi komen " anak-anak sendiri pun tak buat macam kau buat" Aku tersenyum dan menjawap " Bapak tak mintak, dia orang tak tolonglah".." Lain kali kalau luka macam tu, cuci selalu dan letak ubat supaya tak melarat, nasib baik bapak tak de kencing manis" aku menyunggut. Dia diam sambil mengunyah sireh...

Kini bapak telah pergi tanpa sempat aku ziarahi buat kali terakhir. Tanpa sempat meminta ampun maaf sekiranya ada silap dan salah ku selama di sana.

Selamat Kembali ke alam barzakh bapak. Semoga Allah tempatkan bapak di tempat orang-orang yang beriman dan dipermudahkan perjalanan ke sana. Semoga diampunkan segala dosa sekiranya ada. Doa anakanda akan sentiasa ada untuk bapak, Insyaallah.

Wednesday, July 05, 2006

Today Is Our Wedding Anniversary

Abang,

Everyday that passes

I feel that I love you more

I feel thankful for the times we spend together

I know and feel that you are my perfect companion

And friend

And I’ll choose you again…

And again…

And again!

Naturally we have difficult moments

But I would not give up even those

Because it’s a part of the journey of love

That we've been on

I want to travel by your side…

Forever

Because I Love You


Your Wife,

Mint

Wednesday, June 28, 2006

Pening.....

I got a new maid to replace Nene yang berhenti secara mengejut....kali ni dapat Malaysian..jangan tanya dari mana..tapi ni tengah pening...langsung tak tahu buat kerja rumah. Today, dia beritahu nak berhenti...ngam-ngam sebulan bekerja...

Nak mengadu dengan hubby, dia outstation...malas pula nak menelefon mengadu pasal ni...tak nak merisaukan..tunggulah dia balik baru beritahu...Tapi at the back of my head, macam mana sibuk kerja di pejabat, risau juga memikirkan...saperlah nak jaga Picca nanti ni..Yang penting jaga Picca..kerja rumah tu kemudian kiralah..larat buat..tak larat, biarlah..

Ingatkan ambil orang kita dapatlah menjimatkan belanja..Kurang belanja processing feesnya dan tak payah ke sana sini menguruskan permit...tidak rupanya...pening memikirkan hal lain pula...Ambil kira baru sebulan, harap-harap dia boleh berubah, belajar membuat kerja-kerja rumah, sekurang-kurangnya belajar macam mana nak ambil hati Picca, yang langsung tak berkenan dengannya. Dia hanya leka bersms yang entah dengan siapa, leka dengan AF dan sering berbau wangi bila ke dapur..naik pening kepala dibuatnya. Terbalik kut pula...I have to do all the house work...i busuk-busuk berbau belacan kerana memasak di dapur..dia wangi memanjang...

Entahlah..ni tengah pening nak cari maid baru...duit lagi...Duit asyik keluar, masuknya sekejap keluarnya laju aje...Cepatlah besar wahai Picca...tak payah perlu maid nak jaga sangat...

Susah-susahnya rasa mcm nak berhenti kerja aje. Sendiri jaga Picca..senang!Tapi takut boring lak duduk rumah...dah lah hubby kerja tak menentu tempat..kejap-kejap outstation..setakat outstation dalam negara ok juga..ni entah benua mana-mana...

Alahaiiiii...pening ni...

Thursday, June 22, 2006

Happy 2nd Birthday Picca


Today 22/06/06 is Picca's birthday. She is 2 years old today. This morning when i looked at her, sleeping peacefully in her babycourt i feel the joy and happiness in my heart. The fajr pryer was full of praise to Allah for having picca at this age, full of "doa" that when she grows up she will be a "solehah" yang menyayangi ibu dan bapanya.

Picca is such a happy child. She loves to sing. Picca juga sensitive, mempunyai hati yang belas dan ikhsan. Seekor cicik yang mati kerana terkepit pintu boleh membuat dia menangis kerana ' cian dia, mama dia tunggu dia nak makan naci".. Dalam usia 2 tahun dia faham kalau mommynya sedih...sibuk menanya kalau melihat kita menangis.." mommy sad?'

Picca is also close to her papa. She will salam and hug her papa when papa comes back from work. She will ask whereabout of her papa if she does not see him when it is time for her to sleep. She knows things that belong to papa.

My Picca, my wonderful Picca. Happy Birthday dear, loves from papa n mommy.

Wednesday, May 31, 2006

BITCHOLOGY

If you ever being called a bitch, do not feel dishearten or mad.. Try to like your new title.

BITCHOLOGY

When I stand up for myself and my beliefs, they call me a bitch.
When I stand up for those I love, they call me a bitch.
When I speak my mind, think my own thoughts or do things my own way, they call me a bitch.

Being a bitch means I won't compromise what's in my heart.
It means I live my life MY way.
It means I won't allow anyone to step on me.

When I refuse to tolerate injustice and speak against it, I am defined as a bitch.
The same thing happens when I take time for myself instead of being everyone's maid, or when I act a little selfish.
It means I have the courage and strength to allow myself to be who I truly am and won'tbecome anyone else's idea of what they think I "should" be.
I am outspoken, opinionated and determined.
I want what I want and there is nothing wrong with that!

So try to stomp on me,
try to douse my inner flame,
try to squash every ounce of beauty I hold within me.
You won't succeed.
If that makes me a bitch, so be it.
I embrace the title and am proud to bear it.

B - Babe
I - In
T - Total
C - Control of
H - Herself

B = Beautiful
I = Intelligent
T = Talented
C = Charming
H = Hell of a Woman

B = Beautiful
I = Individual
T = That
C = Can
H = Handle anything

So what Bitch? Dare to be one?

Friday, May 19, 2006

Penat, letih.....

Hati dah mula tak terasa apa-apa. Tak de perasaan..penat dan letih. Memandang hari ini untuk hari ini..Tidak mahu lagi memandang, menoleh kebelakang apalagi mengharap apa-apa di hari muka.Hati bagai kering, kosong dan tak punya apa-apa rasa. Sedih, pilu silih berganti...Susah nak menduga apa lagi meneka kehidupan hari ini atau masa depan. Terserahlah...jika ini memang tertulis, aku redha.

Kehidupan kini atau yang dulu aku tidak pernah mengharapkan apa-apa. Terserah takdir. Untung sabut timbul, untung batu tenggelamlah. Menyesal? Tidak sama sekali..arif dah faham semua kehendak illahi...cuma kadang-kadang terfikir kenapa tiada langsung rasa untuk menghargai. Mungkin kah masih dinilai bagai anjing...kotor dan keji.. entahlah. Memandang dua biji mata yang tidak faham apa-apa menghalang diri dari berbuat sesuatu yang melulu....

Tiada janji yang dapat mengubat hati lagi..tiada...tiada apa-apa yang bisa merubah keadaan. Hati telah kosong, beku dan tak punya apa-apa rasa. Cukuplah setakat ini.....

Wednesday, May 03, 2006

Menumpang sedih seorang ibu....

"Maafkan anak saya" pohon seorang ibu yang anaknya pelatih PLKN didakwa menyebabkan kematian seorang pelatih yang lain. Ibu ini hanya memohon dimaafkan..Naluri keibuan membuat i merasakan yang sama, sedih dan pilu mengenangkan anak yang terpaksa dihadapkan di mahkamah. Niat melihat anak menjadi insan berguna selepas keluar dari PLKN menjadi sebaliknya. Kesilapan pertama yang membawa padah.

Anak-anak muda. Sering mengikut perasaan. Kadang-kala bergurau boleh menjadi sebab kepada kematian.. Ini yang tidak disedari mereka. Anak-anak muda..bila bergurau kaki dan tangan sering kali naik ke badan apa lagi bila bergaduh, tanpa menyedari akibatnya. Bila terjadi kematian seperti kes pelatih PLKN terpaksa berdepan dengan undang-undang walau kita sedari ianya dilakukan bukan dalam sedar, dalam amarah yang amat sangat.Kesilapan pertama yang membawa padah seumor hidup. Sedih, remaja baru berumur 17 tahun terpaksa merengkok di dalam penjara atas kesalahan yang mungkin apabila di fikir dua kali tidak akan dilakukannya. Berat mata memandang, berat lagi rasanya bahu ibubapa yang menanggungnya...

Kita pernah remaja. Hidup yang penuh kebebasan dari segi perasaan, bebas meluahkan perasaan marah, sedih dan gembira.Bebas berkelakuan kerana kurang matangnya fikiran. Kadang-kadang kita silap, terjatuh dan tersungkur, segelintir bangun semula, memperbetulkan keadaan dan kedewasaan mematangkan fikiran. Ada pula yang terus jatuh tanpa rasa ingin bangun semula kerana alang-alang menyeluk pekasam....yang akhirnya membawa padah seumur hidup kedewasaan. Anak-anak remaja ini perlu dibimbing, diberitahu apa yang betul apa yang tidak, dinasihati agar berada di landasan yang betul. Anak-anak remaja selalunya tidak cukup hanya diberitahu sekali, mereka perlu diingatkan berkali-kali kerana kematangan fikiran belum ada, berfikir hanya untuk hari ini, berseronok untuk hari ini tanpa ada rasa tanggungjawap untuk hari mendatang. Biarlah berkali-kali kita mengingatkan dari terjadi sesuatu yang membuat kita menyesal seumur hidup. Sebagai ibu, i bukan suka meleter pada anak-anak...tapi oleh kerana mengambil kira anak-anak yang masih belum sempurna pemikirannya membuat i berkali-kali mengingatkan mereka perkara-kara yang harus dan tidak harus dibuat. Bagaimana berkelakuan sepatutnya. Mengingatkan mereka perkara-perkara yang i tidak suka mereka lakukan, di depan mata atau di belakang...Bukan tidak percaya kepada anak-anak, tapi naluri seorang ibu, selalu berfikir ahead, seorang ibu selalunya berfikir kepada benda-benda yang negatif untuk menasihatkan yang positif kepada anak-anak.

Anak-anak, sebelum membuat sesuatu, berfikirlah sepuluh atau duapuluh kali. Jangan dek perbuatan yang sekali memerangkap diri seumur hidup dengan kesalan yang tidak sudah. Kasihanilah ibu bapa. Tiada ibubapa yang senang hidupnya diluar apabila anak dikongkong di dalam jerajak besi. Kasihani mereka anak-anak....kasihani dirimu juga...

Thursday, April 27, 2006

Kasihan my little Picca....

"you've been let down, and at just the wrong time. That's difficult enough, but the individual in question is also refusing to apologise. You could invest more time in trying to get the person to adopt more civilised manners. But you'll be less frusted if you simply accept that the person is selfish." My horoscope says this today in The Sun....

Well, i normally read the horoscope columm just for fun...tapi mcm hari ni punya, betul-betul terkena lak . Yesterday petang picca jatuh tangga. Benjol sebesar bola golf juga lah dahi dia dan cut di bibir. Hubby got the call from the house and hurriedly went home, whereas myself masih kat gym..sebaik je habis satu round di treadmill hubby called beritahu picca jatuh and he is on his way back..Rasa terhenti jantung i dibuatnya...Cepat-cepat bersiap nak balik juga sebab hubby kata will wait for me to arrive before bawa picca ke doctor.. Benda-benda macam ni lah buat i nak berhenti kerja aje dan jaga anak sendiri. Bukan tak beritahu, i dah beritahu Nene the maid jangan biar picca main di tangga seorang . Picca memang suka duduk di tangga, normally dia akan duduk di two steps from the floor, and dia sepanjang yang i tahu bukan jenis yang suka melompat-lompat sangat. Yang hairan mcm mana boleh jatuh sampai benjol kepala dan berdarah bibir. Macam susah nak percaya bila Nene kata dia jatuh dari anak tangga ke dua ...meaning tak lah tinggi sangat, tapi kalau tenguk benjol macam jatuh dari tempat tinggi. I tak menanya apa-apa kepada Nene, semua information given to me by hubby. Malas nak menanya sebab dia pun tak bercakap apa-apa dengan I, apa lagi nak minta maaf and knowing her, i dont really expect her to apologize lah... Memang lah takdir Allah picca nak jatuh...i tak lah mempersoalkan takdir Illahi tapi at least show some concernlah budak bawah jagaan dia jadi macam tu...ni macam tak rasa apa-apa...

Doktor kata suruh monitor aje Picca, tenguk samada dia muntah. Kalau muntah, kenalah bawa balik ke clinic... dia kata benjol tu akan hilang juga dua tiga hari or may be more..tuam dengan air ais...which i did last night and dia punya menjeritlah macam sakit sangat...tapi bila hubby yang buat...diam pula dia..pandai betul picca beli jiwa papa dia..

Pagi ni, mengintai picca di babycourt, rasa sedih hati tenguk benjol masih ada..bibir sebelah atas luka...tak tergambar macam mana sakitnya dia semasa jatuh yesterday..Kasihan anak mommy... nak mengalir air mata tenguk dia mcm tu...sedih sebab i tak boleh nak jaga dia sendiri full time..kena harapkan orang...

Indirectly, i semalam semasa masak beritahu juga Nene to take extra care on Picca lepas ni...first time jatuh i boleh terima lagi...second time jatuh macam tu, i will mengamuk...and knowing me, i will really do that... and the whole house will be in the hot soup..tak percaya cubalah...i sebelum marah memang okay....tapi bila dah betul-betul marah, sabar i dah hilang, i can be a monster...so far, i belum lagi jadi macam tu...kesabaran masih tebal lagi....tapi orang sabar ni bila diuji lama-lama hilang juga sabarnya...boleh hijau satu badan....

Nene the maid sudah berumur orang nya...Memang sengaja mencari orang yang berumur kerana fikirkan hanya menjaga picca seorang dan orang berumor ni selalunya lebih berpenggalaman..dia berkerja dengan kami semasa picca berumur 3 bulan. Memang dia sayangkan picca, itu tidak dinafikan tapi nampaknya lately dia macam tak tercope lagi...mungkin juga picca dah semakin lasak..dan dia pun bukan muda lagi .Kontrak dia akan tamat tahun depan bulan March...niat untuk menamatkan kontrak nene awal dihalang oleh perasaan kasihan kerana dia belum ada cukup simpanan. Duit gajinya habis dikirim kepada adik lelakinya di Jakarta yang sekarang ini menjaga ibu dan anaknya. Memandangkan dia seorang balu dan membela seorang anak yatim, ada juga rasa kasihan di hati. Tapi bila mengenangkan perangai dia yang dah mula mengada-gada tu, mahu saja besuk lusa menghantar dia balik ke Indonesia...tapi berfikir semula kedua kali, kasihan pula kepada Picca kerana dia pun amat sayang kepada Nene...jadi kesimpulannya, Nene will be with us until her contract end.....

Besuk ada lunch di Mandarin Oriental...treating a few secretaries on behalf of the company.....wanna join me?

Friday, April 21, 2006

Murahnya nyawa rakyat...

Read The Star today, " Government has no plan to fence up the rail tracks" . What is this? Nak tunggu anak menteri kena langgar ke baru nak buat pagar tu...Selalunya mcm tu lah...tunggu anak sombody kena barulah terhegeh-hegeh nak buat itu ini..Kalau setakat kita ni, orang biasa-biasa, tak pe..rakyat ramai...patah tumbuh hilang berganti...Sedih baca berita the other day tentang ibu dan anak-anaknya mati dilanggar keretaapi...Rasa sedih sangat, sampai tak boleh nak baca berita tu...kasihan kat budak-budak tu..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka..Amin...

Teringat pertanyaan hubby " mengapa kemalangan ngeri, incest case, rogol and kes-kes besar yang lain sering berlaku di sebelah utara? Entahlah...susah juga nak jawap ..sama-sama lah kita fikirkan mengapa? Bagaimana agaknya nak menghadapi sekiranya kita kehilangan orang yang kita sayang. I still have both my parents, hubby kehilangan ibu tersayang February lalu...orang lelaki, sukar diselam perasaannya, sedih tak ditunjuk sangat tapi I know hubby sedih sangat, lebih-lebih hari raya yang lalu tak berkesempatan balik menjenguk. Senang sungguh bonda mertua pergi...dalam tidur aje...walau tanpa anak-anak disamping yang menyedari dia akan pergi, tapi bersyukur amat, perginya tanpa sakit yang panjang, tanpa menyusahkan anak-anak walau siapalah kita untuk mengatakan ibu menyusahkan kita?

Bukankah ibu telah bersusah payah membesarkan anak-anaknya, sewajarnya apabila tua, kita pula menjaganya. Susah kah kita menjaga ibu atau ayah yang telah tua? Wajarkah kita mempersoalkan kesusahan kita menjaga ibubapa? Anak-anak apakah kita ini sekiranya ada terdetik dalam fikiran yang mereka menyusahkan kita? Entahlah...jawapannya ada dalam diri masing-masing. Sayangilah mereka selagi mereka masih ada di muka bumi ini...

Monday, April 17, 2006

Ahad tu company ada Bowling tournment....best juga...lama dah tak main, seronok pula rasanya...Hubby temankan ke Ampang Point, infact dia menemankan sampai habis game...Lupa potong kuku, nasiblah bila kuku ibu jari patah...sakit bukan main..Dah lebih kurang 3 tahun tak pegang bola bowling...baling,baling masuk longkang dah lama sikit baru ok...Janji dengan hubby nak main balik bila ada masa..saja untuk suka-suka. Game selesai dalam pukul 12.30 pm, lunch provided and lepas lunch balik ke rumah . Cuaca tak berapa elok..mcm nak hujan. Hubby pula ada dinner di JW Merriot di IOI Resort, putrajaya.Sampai di rumah, Picca tidur, so tunggu Picca bangun baru mengikut hubby ke JWM.

After checked in di JWM kami ke Alamanda, sebab tak pernah lagi ke sana. Mencari butik Rizalman, berhasrat untuk menempah baju hari raya di Rizalman. Apabila kain songket yang ditempah di Jakarta siap I will send it over to Rizalman untuk dibuat baju kurung.. Okay juga kedai-kedai di Alamanda tu, butik Kirana pun ada di sana. Selalu ke KLCC saja bila ingin membeli belah, Alamanda mungkin jadi pilihan ke dua..Hubby lebih senang ke KLCC kerana bak kata dia" semua ada"kat sana. Dan oleh kerana dia bekerja di sana, kami senang bertemujanji di sana saja selepas pejabat...

Anyone out there knows di mana boleh menempah baju kurung yang halus buatannya, halus tulang belutnya? Susahnya mencari yang elok di KL...Membayar RM450 untuk menempah sepasang baju kurung yang masih kurang kemas buatannya membuat rasa terkilan...Setiap hari raya, ada saja tidak kena dengan baju kurung yang ditempah, samada lehernya terbesar, bahu baju terjatuh sangat, pesaknya besar, sebab itulah kali ini berhasrat untuk menghantar ke Rizalman pula....penaja utama surelah hubby tersayang..:)

Pagi ini mendapat "Hi" tru SMS dari Atam yang mula bertugas di tempat baru. Membalas hi nya kembali di tambah dengan " Kerja elok-elok". Dengar-dengar rezeki bertambah di tempat baru, alhamdullilah. Pada I, senang adik beradik, kita tumpang gembira, kerana susah mereka, kita pun tumpang susah walau semasa susah mereka tidak pernah mengadu kepada kita. Adik beradik sedarah sedaging, tiada perasaan cemburu bila mereka lebih mewah atau berjaya.Untuk kita menumpang senang wang ringgit tidaklah ,cuma menumpang senang di hati.

Bercerita mengenai Picca permata hati kami,yang bertambah banyak kelakuan dan kepandaiannya, yang kelmarin di JWM berendam di kolam sampai kecut-kecut jari jemarinya. Anakanda yang seorang ini sering didodoikan dengan lagu Bahtera Merdeka apabila mahu dilenakan,sehingga menjadi bahan gurauan ayahanda. Doa dan harapan, permata hati ini akan menjadi anakanda yang solehah dan berjaya dalam hidup. Semoga menjadi penenang hati ayahanda bondanya apabila dewasa sebagaimana sekarang. Sedikit demi sedikit, seiring dengan penambahan fikiran, Picca telah mula diajar etika-etika berkelakuan dan percakapan. Telah mula menunjukajar agar anakanda yang seorang ini tidak berkelakuan lepas laku apabila dewasa, agar lebih mengambil kira fikiran dan perasaan orang yang lebih tua apabila berbicara dan membuat keputusan. Doa yang tidak putus agar Picca bukan sahaja baik kelakuan di depan mata ayahanda dan bonda tetapi lapang juga fikiran sekiranya terpaksa melepaskan dia merantau ke tempat orang. Semoga pandai dia membawa diri agar tiada umpat keji walau dari seorang umat. Anakanda yang seorang ini diharap menjadi tempat menumpang kasih di hari tua...Amin...

Thursday, April 13, 2006

How nice..........

Yesterday was a buzy day for me...function kat office tak habis-habis..lepas satu, satu lagi...walaupun penat tapi bila boss ucap terima kasih rasa juga dihargai...It's not easy to please people...however i always bear in mind that pleasing is one thing ,being nice is another thing...some people are not easy to be pleased..some are okay...my picca is one of this person, easy to please...you read to her, you geli-geli her tummy, you give her hampas kelapa for her to feed the chicken, you let her main air dalam bathtub for hours or just take her for a walk...she already smiling broadly...

pleasing my hubby? Well, am trying hard to be a good wife although sometime tergelincir juga dengan perangai mengada-gada I..I always consider myself to be a bubbly person...a chatty one..suka bercerita on current issues...and basically am a nice person lahhh...tapi to those yang rasa I am not a nice person...well what to do lah kan...I can be nice if I want to...nak jahat sejahatnya pun boleh...tapi as i said earlier lah not easy to please people ni....how hard you try to be nice to people kalau orang tak appreciate..you cannot complainlah...why must i sakit hati lak...I don't want to spoil my day because of certain sick people...let them sicklah..tapi I have to admit ..sometimes this sick people manage to spoil my mood the whole day jugalah...tapi bila fikir balik-balik...i just brush thing aside...fikir benda-benda elok je..dah tua-tua ni kalau sepanjang masa nak frowning aje..takut berkedut lagi sana sini...lari pula hubby nanti....well we put aside dulu citer pasal ni...move on to something nicer to talk about...

Kak Z called, tanya nak cantikkan wajah lagi tak? I kata, saper lah tak nak cantik..tapi kalau untuk cantik buat benda pelik-pelik tak payah lah...Kak Z, kata, keja mcm I ni, jumpa orang besau-besau aje kenalah cantik-cantik, and kalau dah cantik, kena lah maintainnn....tergelak juga lah...Kak Z, walau dah 52 tahun, cantiknya mcam baru 30an aje..dengar-dengar banyak juga Kak Z berbelanja untuk cantik begitu..

Bertanya hubby boleh ke nak cantikkan wajah tu mcm kak Z buat...takut ada side effect je kata hubby..nanti elok-elok nak cantik jadi herot berot lak muka. hishh...menakutkan betul lah hubby i ni..Kak Z kata kalau nak, call aje dia..nanti dia uruskan...well tenguklah nanti....


hari ni, insyaallah, akan mula kegym...harap-harap dapat turunkan sikit berat badan...hubby akan datang juga selepas ofis...meneman balik...lambatlah sikit dinner malam ni...bukan senang nak cantik ni...kena berpeluh-peluh dulu....sebenarnya bukanlah cantik jadi ukuran...cuma tak selesa berpakaian bila dah terbenjol sana sini....nak turun dua tiga kilo je...takut hubby yang kurus dulu..sebab dia ke hulu kehilir ambil/jemput i...hehehehe...sayangggg abang....

Friday, April 07, 2006

Jumaat yang aman...

Hari ni dah pun Jumaat....esok hubby sampai dari Dubai..ingat nak balik ke rumah bonda,rindu dah kat dia...semenjak dia sakit-sakit ni...rasanya mcm selalu nak balik menjenguk bonda...oleh kerana kesibukan keluarga sendiri kadang-kadang hasrat tu terpendam aje..lagi pun kasihan kat hubby juga...weekend lah hari dia nak berehat di rumah. lagi pun travelling always buat hubby penat...I like going back to kampung....on sunday kat kampung ada pasar tani...ada byk sayur kampung dijual...seronok beli sayur kampung ni...seronok lagi memasaknya sebab hubby suka masakan kampung..his favourite is gulai daging salai...letak bacang muda atau terung telunjuk...hmmm sedapnya...Daging salai hanya di jual pada hari ahad di pasar tani..susah nak dapat di tempat lain..so kalau stock daging salai habis di rumah, hubby akan ajak balik kampung cari daging salai di pasar tani...

Semenjak bonda tak sihat..dia tak berapa memasak sangat. Hari-hari biasa, Isah the maid yang masak di bawah tunjuk ajar bonda..so kalau I balik on sunday..memang i lah yang kena memasak..which is no problem with me..not a burden at all..cuma bimbangnya masakan i takut tak menepati selera bonda yang agak cerewet juga orangnya...Bonda is a very straight forward person..tak sedap..tak sedaplah dia punya komen kat kita..Kena kan I, I dengar aje...tapi kalau kena kat my sister yang sorang tu..dia cepat kecik hati dan cepat aje menjawap...Pada I, saper lah I nak kecik hati dengan bonda...bonda tak kecik hati dengan I pun dah kira syukur alhamdullilah...I would tell off people if I rasa orang tu memang patut kena but not to my mom...dia komen lah apa pun...meleterlah apa pun...i senyum ajelah...I sayang her so much...

All my children are close to me...They can tell me anything....selalunya hal-hal remajalah...Dan alhmandullilah...anak-anak semua mendengar kata...Picca pun alhmadullilah..nampaknya senang juga dijaga...she is such a happy child...senyum dan suka menari...menyanyi pun pandai...lagu oh bangau oh bangau...anakanda yang sorang ni memanglah permata hati i dan hubby....

Wednesday, April 05, 2006

Dedicated to myself on behalf of abang......

She
May be the face I can't forget
The trace of pleasure or regret
May be my treasure or the price I have to pay

She
May be the song that summer sings
May be the chill that autumn brings
May be a hundred different things
Within the measure of a day

She
May be the beauty or the beast
May be the famine or the feast
May turn each day into a heaven or a hell

She may be the mirror of my dreams
The smile reflected in a stream
She may not be what she may seem
Inside her shell

She
Who always seems so happy in a crowd
Whose eyes can be so private and so proud
No one's allowed to see them when they cry

She
May be the love that hope to last
May come to me from shadows of the past
That I'll remember till the day I die

She
May be the reason I survive
The why and wherefore I'm alive
The one I'll care for through the rough in ready years

Me
I'll take her laughter and her tears
And make them all my souvenirs
For where she goes I've got to be
The meaning of my life is She
She, oh she

Note: Love this song so much....

Tuesday, April 04, 2006

Whereever you go.....you will always here in my heart....

Abang is airborne right now enroute to Egypt...My doa always with him every time he travels... his flight today very early in the morning...Picca masih tidur...Lupa pula menanya samada Papa kiss her or not.. harap-harap sudah lah...Sebenarnya Picca sudah biasa, papanya travel almost every months...dalam sebulan kadang-kadang 2 minggu he will be away..

I am used to it also, tapi kadang-kadang sunyi juga..selain picca..bila di rumah, tiada teman berbual..I am not into watching television, I am a reading person...bila hubby ada di rumah, selalunya lepas dinner we will have our routine walk around the taman...bila hubby tak de, i will not walk alone, tak berani pula...so i opt to sleep early, sebelum tu baca-baca dulu atas katil...My house is very peaceful...aman je bila membaca...Picca pun kalau bermain tidak bising sangat...she also loves books, and she has a collection of books..bising sikit bila dia 'membaca' buku, sibuk menanya, 'apa ni?" "apa ni?...penat juga melayan dia ...anyway, as long as she prefers books than toys I am glad already....

Bila hubby takde ni, I tak de mood nak makan sangat...so i will not cooklah...masa nilah kalau nak diet pun...always pesan dgn Nene the maid, if she wants to eat masak sendiri..ikan, daging, and also sayur mayur memang ada dalam fridge...cuma Nene ni malas sikit..sanggup dia makan lauk semalam dari memasak...makan garam dengan nasi pun dia sanggup...lemak sebab selama ni memang I yang memasak...hubby tak nak orang lain masak...teringat juga pesan bonda, air tangan isteri pengikat kasih suami...harap-haraplah begitu...hubby dalam bab makan tak cerewet sangat...gulai lemak cili api pun ok, kari ikan pun boleh, masak asam pedas pun tak kisah....kalau malas, I rebus-rebus je...pun tak apa, asal I yang masak...I memang minat memasak so memasak ni tidak lah menyusahkan...asal ada saja orang yang memakannya....

Hubby will stop at Dubai for 3 hours....i hope he will manage to do some shoppings...Dubai is heaven for kain-kain...hubby loves to buy things for me...and since i only wear baju kurung during Hari Raya or kenduri kendara so i tak keen sangat nak suruh hubby beli kain ela untuk baju kurung....di KL pun berlambak kedai jual kain ela...tak mahal manapun...Bercerita pasal baju kurung ni...raya ni rasanya i nak pakai kain songket lak...semasa ke Jakarta bulan lalu sempat menempah kain untuk sepasang baju kurung...juga menempah kain samping untuk suami di Zainal Songket...bila i mention to a friend about this kain songket.....dia menanya samada i nak bernikah atau nak bersanding raya ni...yelah...selama ni kain songket dipakai pada waktu-waktu tersebut..."kan sekarang ni tengah trend bersongket" i menjawap balik...mahal memang mahal...songket Palembang agak murah sedikit dari songket Malaysia...untuk sepasang baju kurung dari songket Malaysia berharga lebih kurang RM5 ribu..tetapi memang cantik sungguh.....songket Palembang berharga setengah dari itu..pun cantik juga cuma coraknya agak berlainan dengan corak kita orang Malaysia...

so, tak nak ke bersongket Hari Raya tahun ni? hehehe..puasa pun belum, dah sibuk nak beraya....ok..kita puasa dulu ye....

Monday, April 03, 2006

Khas untuk suami, penyejuk rasa buat si isteri...

SEJENAK KE DALAM RUMAHTANGGA

Kata pujangga perempuan bagaikan angin lembutnya melenakan ributnya menggusarkan. Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahuannya. Namun, teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini. bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

Psst.... Tiba-tiba isteri merajuk pandai-pandailah memujuk buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya teliti dengan hati yang terseni rasional atau emosi ?

Andainya emosi, belailah emosi itu jangan cuba dihadapkan secara rasional kerana sidia tak akan terdaya mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik berserta dengan beberapa affidavit dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini fikiran telah ditawan perasaan sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman. Masih gagal ? cuba gunakan sentuhan semarakkan belaian. Masih gagal juga ? Tunggu saja rajuknya reda emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan jangan digoncang...... buat selamba lambat laun, gelombang akan tenang air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas..... kalau ternyata, rajuknya berfakta masamnya berdata, geramnya berilmiah marahnya ada prima facie ini rajuk taraf tinggi namanya perlu ditangani berhati-hati kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima mengaku lalu berjanji serta berikrar "Sayang abang tak ulang lagi " katakan " Sayang....abang alpa " bisikkan " Darling.. I lupa.." hulurkan tangan, pinta kemaafan pendekatan kasanova, tapi hati suci Rajuk isteri seperti mangga muda perisanya masam tetapi... kalau kena cicahnya enaknya akan terasa. ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

Arghh... tiba-tiba isteri merungut malah kadangkala agak mengugut minta aksesori serta perabut minta Villa yang tersergam indah atau mahligai di lereng bukit sedangkan kita bukan Shah Jehan yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya tetapi isteri pula, persis Nur Jehan yang meminta petanda keagungan cintanya Katanya " Seabadi permata.... segermelapan intan " ... sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga. Aduh... peritnya mengukur cinta dalam ukuran mayam atau menimbang setia menerusi Bursa Saham papan utama kasih isteri, turun naik mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri diakan dulu pilihan kita ? semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita sudah takdir... permata yang dipilih perlu digilap semula. Namun putus asa jangan sekali terimalah dia, dengan redha justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami wanita adalah tulang rusuk yang bengkok luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama bisikkanlah " Duhai isteriku... marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya padamu isteri,istanamu, di hati ini padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini."

Puuuh... Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang dimata usia meningkat kecantikan tergugat dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus betis, tidak lagi bunting padi pipi, bukan lagi pauh dilayang apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ? jika berkurang, nyatalah cinta kita selama ini cinta di mata bertapak di body tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi. itulah cinta sejati. Namun tidak salah di samping menyanjung budi, kita merampingkan 'body' kalau ada kesempatan ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat tapi ingat niat kerana Tuhan bukan kerana ingin kuruskan badan tapi Tuhan Maha Penyayang Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan sama-samalah merampingkan badan yang terlebih dikurangkan jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan. Bukan masanya lagi merenung dara tapi kini saat menghitung dosa lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia di dunia ini dan di akhirat nanti itulah yang dikatakan hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

Uhhh....Kekadang isteri mengamuk dengan ombak prasangka dan taufan cemburu Apa bukti setiamu suami ? Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?

kekadang disergahnya kita ketika keringat masih membasah baru menjengah pintu rumah. Ketika itu nilailah diri mungkin kita berdosa dengan Tuhan atau bersalah dengan insan mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan secara 'indirect' dari Tuhan hadapkanlah diri ke cermin hati kaji diri satu persatu kalau liar, berhentilah kalau berdosa, bertaubatlah Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu nasihatkanlah baik-baik bukan senang nak senang ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua suami yang bersabar dengan isteri yang jahat mendapat pahala Nabi Ayub atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri : " Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu. Dia yang membantu menjaga makan minum kita. Dia yang mencuci kain baju kita Dia yang membantu membersihkan rumah kita... lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya? "

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api. Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan. Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini walaupun sudah berdekad-dekad usianya. Institusi ini adalah kubu terakhir kita. Marilah kita pertahankan bersama si dia. si diaku, si diamu cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber, biar setia kita makin waja. Biarlah skrin-skrin internet atau intranet memaparkan yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

(Bicara ini diakhiri dengan satu coretan yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri atau kad ulang tahun perkahwinan atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya... Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti )
Aku hanya seorang suami yang menerima setulus hati seorang isteri. Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu. Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur. Bersamalah kita harungi derita yang datang. Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang. Denai perkahwinan pasti dihujani air mata. Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya. Isteri... tidak kutagih setia, sesetia Hawa. Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam. Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu..... seorang isteri.

Author: Unknown

Note: The above was emailed to me by someone. I just love to read this over and over again..espcially bila merajuk dengan hubby..ianya benar-benar jadi menyejuk jiwa...selepas membaca selalunya hati jadi sejuk dan fikiran mula berfikir secara rational...Would like to share this to everyone out there....Thank you to the author......

Thursday, March 30, 2006

Thank you for the book...........

Abang gave me a book " The Rules of Work" by Richard Templer.. Tq abang...Hadiah Secretaries Week kata dia...well, he knows that i love reading..dari dulu..dari mula-mula kahwin...cuma sekarang i lebih suka buku-buku motivational dari novel cinta...dah geli pula rasanya nak membaca novel-novel cinta ni...mungkin dah rasa diri tua...my personal comments on novel cinta espeically novel melayu, kadang-kadang ceritanya byk merapu...entah apa-apa..atau kadang-kadang watak dalam novel tu aku rasa lebih kepada dibuat-buat, tak nampak natural nya...ada watak tu baik sangat, laki ambil dik orang pun tak apa...redha saja...sabar saja..last-last cerita pasti suami datang balik kat dia...boleh agak dah jalan citer nya...hish..boringg....Ada ke manusia baik mcm tu..yang tak sedikit pun terasa apa-apa...kalau kenalah kat aku...teruk dah hubby aku kerjakan...

Bila baca buku motivational ni..terasa sangat kekurangan diri...banyak rupanya yang perlu diperbaiki..dan bukan mudah juga untuk berubah...mana yang memang telah menjadi kebiasaan, dah sebati dengan kita mengambil masa juga untuk membuangnya....tapi pada aku asalkan kita sanggup dan berusaha untuk berubah tak kiralah lama masanya sudah cukup baik..

Jadiiiii........kalau anda rasa anda perlu berubah...perlu berhijrah mulakan lah dari sekarang...jangan menunggu lama...perlahan-lahanlah tidak apa bertatih dulu...asal kita sanggup berubah ke arah kebaikan....Aku ingin berubah...berubah menjadi seorang isteri yang soleh, pekerja yang baik dan ibu yang lebih memahami anak-anaknya. Aku ingin menjadi seorang yang lebih sabar menghadapi dugaan hidup....sabar dengan dugaan Allah....menjadi seorang yang tidak cepat berburuk sangka dengan apa juga....insyaAllah....

Monday, March 27, 2006

Here comes Monday.......Malasnya nak bangun tadi....Dua tiga kali komplain to hubby...malasnya nak kerja, malasnya nak kerja ...tapi bangun juga...mandi...solat subuh...and bersiap....

We have a wonderfull weekend actually, Saturday nite tu, keluar dgn hubby...having dinner kat KLCC...window shopping kejap...singgah counter Chanel...hubby belikan lipstick...naik lagi harga...dulu baru RM 64 ni dah naik RM74...Nasib baik blusher masih ade...and yang lain-lain tu masih bolehlah pakai dalam 5 bulan lagi...I think i should opt to the cheaper brand....kasihan hubby...i ni kadang-kadang teruk juga..."high mentainance," my hubby pernah comment.. I love all those branded items... they seem to attract me more...last raya..he bought me a classic Chanel..cost him about RM6K...then..i kata i want the wallet too...manalah ngam..dengan wallet biasa-biasa i tu...another RM1400..I dah perasan yang belakang kepala dia dah nearly botak..hehehe..:) I love you abang....thank you for being such a wonderful banker to me....

Ok...balik pada Saturday nite tadi...lepas dinner...we went to Subang Holiday Villa...tenguk The Alley Cats...We didn't do any reservation..so susah juga cari tempat nak duduk...at last dapatlah tempat dekat entrance masuk...tak pelah...walau kejap-kejap i rasa someone tersentuh my backside...well tak sengaja agaknya..We are a very healthy couple...athough tak healthynya my hubby smokes...we drank only Perrier ....One good thing about Alley Cats...they can really pull crowds....and berbilang bangsa pula tu...I have a good time listening to their songs...." sampai akhir nantiiiiiii......hish terkenang kisah-kisah lama.....I also love to dance..tapi malam tu rasa segan pula...sebabnya ramai sangat category emak-emak dan makcik-makcik kat dance floor tu..tgk my hubby tergelak-gelak aje dari mula dia orang menari...tak sampai hati lak i nak menari...nanti tak tidur sampai pagi lak dia sakit perut gelakkan I....

My hubby sometimes can be very naughty with his comments. Macam malam tu we saw a lady sitting alone at a corner...." I think makcik tu gaduhlah dengan hubby dia" keluar je dari mulut dia mcm tu....pada i lawa juga makcik tu...dalam samar-samar tu ape pun nampak cantik kan? Mulalah rasa lain macam je kat my hubby...." Pegi lah temankan dia kalau abang nak" Hah! kan dah keluar statement I yang berbau cemburu tu.....hehehe..kena sebiji...

We went back around 1am...ngantuknyaa...tapi sebab esok Sunday...tak kisahlah kan...Picca dah lama tidur...amannya dia tidur...berselimut sampai leher... cuci-cuci muka, around 2am juga barulah tidur... Sebelum tidur sempat lagi tanya my hubby..." nanti kite pergi The Alexis lakye?" Dengar Jazz lak..." Yelahhhhh....panjang je lah dia tu...

Friday, March 24, 2006

I choose today to publish my blog...why?why? Well, boring kut...or may be ade byk nak citer tapi tak tahu kat saper..and ade citer yang tak boleh nak share dengan saper-saper je...

Anyway, i am here now...owning my own spot to write, to pour everything...harap-haraplah i rajin....yelah...bila sibuk tak tertulis pula nanti...

Boring-boring ni teringat kat Picca, apelah dibuatnya kat rumah...She is only 22 months...baru belajar bercakap...tapi bukan main vocabulary dia...Yesterday petang, I baby talk to her...telling her...malasnya mommy nak masak ni...Picca masaklah ye..She answered me back...by saying " Picca mashak...." then i tanya balik " Picca mashak ape?".." Picca mashak kuah sop"..My hubby yang tengah baring-baring kat sebelah pun tergelak.... so cute....hish..lambat nya nak balik ...rindu kat dia....

Miss hubby too...dua tiga hari ni, tak tahulah, dia merajuk kat aku atau aku yang merajuk kat dia....geram juga bila dia buat muka bolayan kat aku...aku pun ape lagi lah...buat juga muka bolayan kat dia... Yang jadi mangsa Nene...maid aku tu..dia lah yang kena jadi tukang panggil, "Encik, Makan" Encik, Ini, " Encik, Itu" dah aku tak mahu bercakap....

Rajuk belum teruk lagi ni...sebab masih share comforter bila tidur...rajuk teruk sikit..aku ambil extra comforter nanti...baru tahu dia....Tapi sebenarnya aku rindu kat dia...rindu nak manja-manja.....