Ahad tu company ada Bowling tournment....best juga...lama dah tak main, seronok pula rasanya...Hubby temankan ke Ampang Point, infact dia menemankan sampai habis game...Lupa potong kuku, nasiblah bila kuku ibu jari patah...sakit bukan main..Dah lebih kurang 3 tahun tak pegang bola bowling...baling,baling masuk longkang dah lama sikit baru ok...Janji dengan hubby nak main balik bila ada masa..saja untuk suka-suka. Game selesai dalam pukul 12.30 pm, lunch provided and lepas lunch balik ke rumah . Cuaca tak berapa elok..mcm nak hujan. Hubby pula ada dinner di JW Merriot di IOI Resort, putrajaya.Sampai di rumah, Picca tidur, so tunggu Picca bangun baru mengikut hubby ke JWM.
After checked in di JWM kami ke Alamanda, sebab tak pernah lagi ke sana. Mencari butik Rizalman, berhasrat untuk menempah baju hari raya di Rizalman. Apabila kain songket yang ditempah di Jakarta siap I will send it over to Rizalman untuk dibuat baju kurung.. Okay juga kedai-kedai di Alamanda tu, butik Kirana pun ada di sana. Selalu ke KLCC saja bila ingin membeli belah, Alamanda mungkin jadi pilihan ke dua..Hubby lebih senang ke KLCC kerana bak kata dia" semua ada"kat sana. Dan oleh kerana dia bekerja di sana, kami senang bertemujanji di sana saja selepas pejabat...
Anyone out there knows di mana boleh menempah baju kurung yang halus buatannya, halus tulang belutnya? Susahnya mencari yang elok di KL...Membayar RM450 untuk menempah sepasang baju kurung yang masih kurang kemas buatannya membuat rasa terkilan...Setiap hari raya, ada saja tidak kena dengan baju kurung yang ditempah, samada lehernya terbesar, bahu baju terjatuh sangat, pesaknya besar, sebab itulah kali ini berhasrat untuk menghantar ke Rizalman pula....penaja utama surelah hubby tersayang..:)
Pagi ini mendapat "Hi" tru SMS dari Atam yang mula bertugas di tempat baru. Membalas hi nya kembali di tambah dengan " Kerja elok-elok". Dengar-dengar rezeki bertambah di tempat baru, alhamdullilah. Pada I, senang adik beradik, kita tumpang gembira, kerana susah mereka, kita pun tumpang susah walau semasa susah mereka tidak pernah mengadu kepada kita. Adik beradik sedarah sedaging, tiada perasaan cemburu bila mereka lebih mewah atau berjaya.Untuk kita menumpang senang wang ringgit tidaklah ,cuma menumpang senang di hati.
Bercerita mengenai Picca permata hati kami,yang bertambah banyak kelakuan dan kepandaiannya, yang kelmarin di JWM berendam di kolam sampai kecut-kecut jari jemarinya. Anakanda yang seorang ini sering didodoikan dengan lagu Bahtera Merdeka apabila mahu dilenakan,sehingga menjadi bahan gurauan ayahanda. Doa dan harapan, permata hati ini akan menjadi anakanda yang solehah dan berjaya dalam hidup. Semoga menjadi penenang hati ayahanda bondanya apabila dewasa sebagaimana sekarang. Sedikit demi sedikit, seiring dengan penambahan fikiran, Picca telah mula diajar etika-etika berkelakuan dan percakapan. Telah mula menunjukajar agar anakanda yang seorang ini tidak berkelakuan lepas laku apabila dewasa, agar lebih mengambil kira fikiran dan perasaan orang yang lebih tua apabila berbicara dan membuat keputusan. Doa yang tidak putus agar Picca bukan sahaja baik kelakuan di depan mata ayahanda dan bonda tetapi lapang juga fikiran sekiranya terpaksa melepaskan dia merantau ke tempat orang. Semoga pandai dia membawa diri agar tiada umpat keji walau dari seorang umat. Anakanda yang seorang ini diharap menjadi tempat menumpang kasih di hari tua...Amin...

No comments:
Post a Comment