Wednesday, May 31, 2006

BITCHOLOGY

If you ever being called a bitch, do not feel dishearten or mad.. Try to like your new title.

BITCHOLOGY

When I stand up for myself and my beliefs, they call me a bitch.
When I stand up for those I love, they call me a bitch.
When I speak my mind, think my own thoughts or do things my own way, they call me a bitch.

Being a bitch means I won't compromise what's in my heart.
It means I live my life MY way.
It means I won't allow anyone to step on me.

When I refuse to tolerate injustice and speak against it, I am defined as a bitch.
The same thing happens when I take time for myself instead of being everyone's maid, or when I act a little selfish.
It means I have the courage and strength to allow myself to be who I truly am and won'tbecome anyone else's idea of what they think I "should" be.
I am outspoken, opinionated and determined.
I want what I want and there is nothing wrong with that!

So try to stomp on me,
try to douse my inner flame,
try to squash every ounce of beauty I hold within me.
You won't succeed.
If that makes me a bitch, so be it.
I embrace the title and am proud to bear it.

B - Babe
I - In
T - Total
C - Control of
H - Herself

B = Beautiful
I = Intelligent
T = Talented
C = Charming
H = Hell of a Woman

B = Beautiful
I = Individual
T = That
C = Can
H = Handle anything

So what Bitch? Dare to be one?

Friday, May 19, 2006

Penat, letih.....

Hati dah mula tak terasa apa-apa. Tak de perasaan..penat dan letih. Memandang hari ini untuk hari ini..Tidak mahu lagi memandang, menoleh kebelakang apalagi mengharap apa-apa di hari muka.Hati bagai kering, kosong dan tak punya apa-apa rasa. Sedih, pilu silih berganti...Susah nak menduga apa lagi meneka kehidupan hari ini atau masa depan. Terserahlah...jika ini memang tertulis, aku redha.

Kehidupan kini atau yang dulu aku tidak pernah mengharapkan apa-apa. Terserah takdir. Untung sabut timbul, untung batu tenggelamlah. Menyesal? Tidak sama sekali..arif dah faham semua kehendak illahi...cuma kadang-kadang terfikir kenapa tiada langsung rasa untuk menghargai. Mungkin kah masih dinilai bagai anjing...kotor dan keji.. entahlah. Memandang dua biji mata yang tidak faham apa-apa menghalang diri dari berbuat sesuatu yang melulu....

Tiada janji yang dapat mengubat hati lagi..tiada...tiada apa-apa yang bisa merubah keadaan. Hati telah kosong, beku dan tak punya apa-apa rasa. Cukuplah setakat ini.....

Wednesday, May 03, 2006

Menumpang sedih seorang ibu....

"Maafkan anak saya" pohon seorang ibu yang anaknya pelatih PLKN didakwa menyebabkan kematian seorang pelatih yang lain. Ibu ini hanya memohon dimaafkan..Naluri keibuan membuat i merasakan yang sama, sedih dan pilu mengenangkan anak yang terpaksa dihadapkan di mahkamah. Niat melihat anak menjadi insan berguna selepas keluar dari PLKN menjadi sebaliknya. Kesilapan pertama yang membawa padah.

Anak-anak muda. Sering mengikut perasaan. Kadang-kala bergurau boleh menjadi sebab kepada kematian.. Ini yang tidak disedari mereka. Anak-anak muda..bila bergurau kaki dan tangan sering kali naik ke badan apa lagi bila bergaduh, tanpa menyedari akibatnya. Bila terjadi kematian seperti kes pelatih PLKN terpaksa berdepan dengan undang-undang walau kita sedari ianya dilakukan bukan dalam sedar, dalam amarah yang amat sangat.Kesilapan pertama yang membawa padah seumor hidup. Sedih, remaja baru berumur 17 tahun terpaksa merengkok di dalam penjara atas kesalahan yang mungkin apabila di fikir dua kali tidak akan dilakukannya. Berat mata memandang, berat lagi rasanya bahu ibubapa yang menanggungnya...

Kita pernah remaja. Hidup yang penuh kebebasan dari segi perasaan, bebas meluahkan perasaan marah, sedih dan gembira.Bebas berkelakuan kerana kurang matangnya fikiran. Kadang-kadang kita silap, terjatuh dan tersungkur, segelintir bangun semula, memperbetulkan keadaan dan kedewasaan mematangkan fikiran. Ada pula yang terus jatuh tanpa rasa ingin bangun semula kerana alang-alang menyeluk pekasam....yang akhirnya membawa padah seumur hidup kedewasaan. Anak-anak remaja ini perlu dibimbing, diberitahu apa yang betul apa yang tidak, dinasihati agar berada di landasan yang betul. Anak-anak remaja selalunya tidak cukup hanya diberitahu sekali, mereka perlu diingatkan berkali-kali kerana kematangan fikiran belum ada, berfikir hanya untuk hari ini, berseronok untuk hari ini tanpa ada rasa tanggungjawap untuk hari mendatang. Biarlah berkali-kali kita mengingatkan dari terjadi sesuatu yang membuat kita menyesal seumur hidup. Sebagai ibu, i bukan suka meleter pada anak-anak...tapi oleh kerana mengambil kira anak-anak yang masih belum sempurna pemikirannya membuat i berkali-kali mengingatkan mereka perkara-kara yang harus dan tidak harus dibuat. Bagaimana berkelakuan sepatutnya. Mengingatkan mereka perkara-perkara yang i tidak suka mereka lakukan, di depan mata atau di belakang...Bukan tidak percaya kepada anak-anak, tapi naluri seorang ibu, selalu berfikir ahead, seorang ibu selalunya berfikir kepada benda-benda yang negatif untuk menasihatkan yang positif kepada anak-anak.

Anak-anak, sebelum membuat sesuatu, berfikirlah sepuluh atau duapuluh kali. Jangan dek perbuatan yang sekali memerangkap diri seumur hidup dengan kesalan yang tidak sudah. Kasihanilah ibu bapa. Tiada ibubapa yang senang hidupnya diluar apabila anak dikongkong di dalam jerajak besi. Kasihani mereka anak-anak....kasihani dirimu juga...