Wednesday, June 28, 2006

Pening.....

I got a new maid to replace Nene yang berhenti secara mengejut....kali ni dapat Malaysian..jangan tanya dari mana..tapi ni tengah pening...langsung tak tahu buat kerja rumah. Today, dia beritahu nak berhenti...ngam-ngam sebulan bekerja...

Nak mengadu dengan hubby, dia outstation...malas pula nak menelefon mengadu pasal ni...tak nak merisaukan..tunggulah dia balik baru beritahu...Tapi at the back of my head, macam mana sibuk kerja di pejabat, risau juga memikirkan...saperlah nak jaga Picca nanti ni..Yang penting jaga Picca..kerja rumah tu kemudian kiralah..larat buat..tak larat, biarlah..

Ingatkan ambil orang kita dapatlah menjimatkan belanja..Kurang belanja processing feesnya dan tak payah ke sana sini menguruskan permit...tidak rupanya...pening memikirkan hal lain pula...Ambil kira baru sebulan, harap-harap dia boleh berubah, belajar membuat kerja-kerja rumah, sekurang-kurangnya belajar macam mana nak ambil hati Picca, yang langsung tak berkenan dengannya. Dia hanya leka bersms yang entah dengan siapa, leka dengan AF dan sering berbau wangi bila ke dapur..naik pening kepala dibuatnya. Terbalik kut pula...I have to do all the house work...i busuk-busuk berbau belacan kerana memasak di dapur..dia wangi memanjang...

Entahlah..ni tengah pening nak cari maid baru...duit lagi...Duit asyik keluar, masuknya sekejap keluarnya laju aje...Cepatlah besar wahai Picca...tak payah perlu maid nak jaga sangat...

Susah-susahnya rasa mcm nak berhenti kerja aje. Sendiri jaga Picca..senang!Tapi takut boring lak duduk rumah...dah lah hubby kerja tak menentu tempat..kejap-kejap outstation..setakat outstation dalam negara ok juga..ni entah benua mana-mana...

Alahaiiiii...pening ni...

No comments: