Monday, December 28, 2009

Dear Zizie Ezette............

Welcome to the world of " bermadu".  I am surprised  to note that you willingly want to be the 2nd wife, its not easy girl, awal-awal ni memang you rasa tak kesah, she is in Sabah and you are here in KL...you don't really cross each other path..tapi awas...akan tiba masa when you rasa tak senang rupanya berkahwin dengan suami orang ni....ada banyak benda rupanya untuk difikirkan.  Memang masa bercinta semuanya manis, semuanya boleh dan semuanya possible....tapi akan tiba masanya, yang manis tak semanis yang disangka, semua boleh adalah ikut keadaan waktu dan masa dan  yang possible tak mustahil it will not be possible anymore.... Masa tu its too late to back up, lebih-lebih bila ada commitment lain yang perlu difikirkan... Percayalah Zizie,  bermadu memerlukan  jiwa yang kuat,mental dan fizikal  yang mantap....sekiranya semasa single, kita independent, terpaksa melakukan banyak perkara sendiri, jangan ingat bila berkahwin, semua ini di tanggung sang suami...tidak Zizie....hidup bermadu bermakna kita kena pandai berdikari, kena ada kewangan sendiri yang mantap dan stabil, kena bersedia melakukan dan membuat keputusan yang  betul bila-bila masa diperlukan dan bersedia dalam semua keadaan, sama ada yang menyenangkan atau yang kurang menyenangkan...

Zizie, madu itu manis, tapi bermadu tidak....tiada manisnya when you have to share...especially bila you are the one yang taking him from his family....bersedialah untuk disumpah seranah...didoakan yang bukan-bukan, dan diumpat keji...apa lagi sekiranya dia mempunyai anak-anak yang telah dewasa...of courselah, sudah semestinya, anak-anak pasti menyebelahi ibu mereka, you adalah punca segala mala petaka dalam keluarga mereka, tidak kiralah kalau sebelum ini, anak-anak mereka tidaklah sebaik mana, malah siibu pun bukanlah sebaik dan isteri yang misalli...tapi yang penting you adalah perampas segala kebahagian keluarga mereka....kebetulan ada pula anaknya yang mendapat result teruk dalam pmr  or spm, semua ni adalah salah you..kerana konon anak hilang tumpuan belajar kerana masalah keluarga...yang puncanya adalah you...bersedialah Zizie, untuk diberi berbagai gelaran, dari sundal hingga ke jalang, atau lebih baik sikit, dipanggil "perempuan itu" oleh anaknya yang SPM pun belum lepas  bila berbual sesama mereka  instead of aunty , bersedialah Zizie, anak-anak dia tidak akan sekali menjadi anak-anak  you, bagaimanapun baikpun sekali layanan you..anak-anak dia tetap menganggap you orang luar yang memusnahkan hidup ibunya...bull shit with those yang berkata " oh saya sayangkan anak-anak tiri macam anak-anak saya"  no such thing Zizie, macam mana  you try to be a good step mom, you have to remember dari zaman tahun alif, ibu tiri adalah monster, tiada ibu tiri yang baik, jahat sahaja,  and  they will not want to be nice to you, mungkinlah, nasib you  baik, they will be nice to you infront of thier dad, sebab they know  how to politicalize the situation...lebih-lebih lagi if the father still supporting them...

Innitially,  memanglah  you will try to accept his kid as your own, tapi ini tidak akan terjadi kalau you aje yang hendak sedangkan dia orang sebenarnya menyampah nak pandang muka  you...lama-lama, bila you aje yang beriya-iya, sedangkan towards the end they still dont even want to talk to you, you will give up...you close all the doors and this is the beginning of all the disasters in your marriage....the father will think you are the one who  cannot accept his kids, wherelse the father tak tahu, anak-anak yang pandai politik, depan dia lain belakang dia lain...no Zizie, if this happen to  you , jangan fikir  you can complain to your hubby kalau anak-anak dia berkelakuan buruk dengan you...he will not listen...dia anggap anak-anak dia baik dalam segala hal, you juga  yang salah....ingat, dia was with them since birth, dengan  you cuma berapa tahun aje....kalau you mahu mengundang masam muka hubby kerana complain about his children  then go ahead tapi kalau you sanggup telan semuanya, then telanlah....you kena ingat, penyakit yang you cari ini ubatnya hanyalah berdoa semoga Allah kuatkan you...

Zizie, bersedialah akan segala kemungkinan...sebab sekuat mana you cuba mempertahankan perkahwinan  you lagi kuatlah pula badai yang melanda....akan ada berbagai lagi dugaan yang datang.  ini akan menguji ketahanan diri you. Memang ada masa, you just want to give up, its easier to letting go...akan tiba masa, you will feel tired pretending as if tak de ape-ape, you are okay, you will survive.....tapi sebenarnya  tanpa you sedari you built a wall between you and your hubby...suddenly  you will stop  being chatty and talkative, stop sharing with him stories at work or about something, you don't even discuss what to cook tonite anymore   and you suddenly become quiet and it pop up in your mind to  plan  and prepare you future alone without him....scary kan Zizie?  Well, sanggup ke you Zizie? 

If i know you personally, i will off course will tell you , dont ever get yourself involve with someone's hubby....not worth all the trouble that come with it...ape lagi kalau he still keep the first one...alang-alang being labelled as jalang, let me suggest that you should ask him to divorce  his first one, because, selagi he  still keep her, you will forever have a miserable life sebab anak-anak will still think that you will not be long with their  dad....lama-lama kena cerai juga and they will do anything to make sure this happen...and dont you think that hubby yang still keep his first wife ni sebab dia tak confident dengan you?  At least dia ada cushion and you ada ape?  Yang you ada hanya title janda...well, kalau you tak kisah, tak apelah...ape jugalah title janda tu...janda cantik lagi...after all, tak ada cacat celanya jadi janda, asal  your financial is strong ape nak takut...yang penting, you have to be financially independent....

Well Zizie, i wish  you all the best.  Semoga tabah. 

Sincerely yours,

Thursday, December 10, 2009

Setengah Nikmat hanya datang sekali.................

Setengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi bersyukurlah selalu..


Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumahtangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:

Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali.

"Mama, abang minta maaf . Abang tak akan ulang lagi." Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang.Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas
bertabur di mana-mana.

"Abang . mari sini!!" Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya.

Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar daribelakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah. Kaki anak melangkah keluar dari rumah dengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar. Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku . Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.
Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

"Ya Allah . tolonglah selamatkan anakku ini." Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.

"Ya Allah . aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini . Ya Allah selamatkanlah anakku ini."

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.
"Mama maafkan abang ." Ungkapannya sukar . tersekat-sekat kerana kesakitan itu.
". Abang janji tak akan buat lagi."

Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

"Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik,aku sedar akan kesalahanku ."

"Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini ."
Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan.

Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.

"Puan, maafkan . Kami telah cuba melakukan yang terbaik." Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.

"Anak puan telah meninggal dunia."
Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untukmenjelaskannya kepada ibu ini.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.

"Anak . Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini ."

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.

Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan.Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata,"Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di sepanjang hidup ini.""Ibu rindu kepadamu . Ibu rindu kepada nakalmu . Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?"
Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.

Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa. Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu, hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.

Tuesday, December 01, 2009

Take thing positively..............

During the weekend, my  car's window screen at the driver's side retak seribu due to an accident masa di kampong....hajat di hati nak sambung cuti di kg sampai hari isnin tak jadi sebab Abah suruh balik KL to replace the screen due to sekarang ni musim hujan...nanti basah kereta and so onlah risau dia....i pulak risaukan emak di hospital...kasihan abah tak de orang nak jaga makan minum dia di rumah dan emak di hospital pun perlu juga dihantar makanan especially untuk maid yang jaga mak...

Tidak senang untuk drive, sebab i cannot look at the side mirror bila driving lebih-lebih lagi nak switch lane...azab bukan main...so sambil drive sambil membebellah juga....Anis kena jadi co-driver untuk menenguk ke belakang bila i nak tukar lane... Hari pulak bukan main berangin...bergoyang-goyang cermin tingkap tu ditiup angin...yang buat cermin tak berderai sebab  ada plastic layer  yang hold it....we have to stop at one of the petrol kiosk sebab nak plaster cermin agar tak bergoyang sangat and bila tenguk langit dah gelap tanda nak hujan...takut juga buatnya half way cermin tu runtuh and hari pula hujan...mahu basah kuyup dibuatnya si driver ni nanti....jadi  Brigette Bardot lah pula nanti...At the petrol kiosk tu anis pergi beli tape and i duduk je dalam kereta sebab pintu tak boleh buka....masa anis terkial-kial nak tape the glass tu berhentilah  satu kereta Mazda sport warna merah sebelah kereta i, wife dia keluar beli barang or ke bilik air...the hubby datang and offer to help...so dialah tolong tapekan cermin tu , si Picca tanpa selindung-selindung siap puji kuat-kuat lagi..."  what a nice man to help Kak long"  tergelak pakcik tu...i pun gelaklah juga...bila selesai, i thanked him for the help and siap pesan drive slow-slow je...which i did sebab takut cermin tercabut terbang dek angin...

Picca macam biasa sibuk menyanyi ikut lagu dari CD , lepas tu dia beri comment, " Tak pe mami your window glass smashed we spread the song  to the world" I tanyalah what do you mean by that?  "yelah...sebab cermin pecah...lagu tu boleh keluar "  hehehehe...betul jugakan...it takes picca to make me realize that apa pun jadi, see the bright side of it...think positive people!

yang tak positivenya ..nak korek duit bayar repair...i want to lelong something....any taker? hehehehhehh...

chow dulu guys...

Monday, November 30, 2009

Benar-benar sayangkah anda?

I received this from Ainul thru email and would like to share it with everyone.....


Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"
Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,


Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,
Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,
Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,
"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.

Bukankah begitu?
Jadi apakah maksud yang tersirat?

Sayangilah Keluarga Anda

Yes, kita kadang-kadang lebih mesra dengan orang luar, kawan-kawan sepejabat dan strangers dari keluarga sendiri...tanyalah diri sendiri...I rasa ada kebenarannya....siapakah yang sebenarnya kita sayangi...dan siapa sebenarnya yang menyayangi kita?

Wednesday, November 18, 2009

Hujan oh hujan................

Sekarang ni asyik hujan je...asal petang, hujan..kain dijemur walaupun kering berbau lembab...rimaslah pula, so boring punya hal, i terjumpalah pantun yang ada perkataan hujan...saje suka-suka...

kalau nak hujan, hujan sekali,
boleh saya bertudung kain,
nak buang, buang sekali
boleh saya mencari lain.

hujan dihulu hujan dihilir
hujan turun rintik-rintik
pandang dagu pandang leher
pandang kening bertambah cantik

hujan emas negeri orang
hujan batu negeri sendiri
abang jauh duduk seorang
adik di sini ternanti-nanti

pisau kecil baik dikilir
supaya deras matanya tajam
hujan di hulu hujan di hilir
gunung tinggi bilakah karam

hujan panas embun berderai
patah kemudi haluan perahu
hajat hati tak hendak bercerai
kuasa Allah siapa tahu

hujan panas dibulan puasa
bunga kenanga kembang ditaman
tilam emas bantal suasa
manakan sama berbantal lengan

hujan menderu di tengah hari
orang cina berpayung kain
adik rindu setiap hari
rupanya abang mencari lain

hujan lebat di tanah Jambi
naik ke darat bertanam getah
sangat hairan di hati kami
hujan lebat haram tak basah

air dalam bertambah dalam
hujan di hulu biarlah teduh
hati dendam bertambah dendam
luka dahulu bilalah sembuh

buah bacang masak di tangkai
hujan ribut jatuh melayang
saya dagang  tidak terpakai
bagai melukut di tepi gantang

hari redup berjalan di kota
alamat hujan ditengah hari
kalau hidup tak punya harta
biarlah mati tinggalkan budi

kalau tuan turun ke ladang
ambil saya sebatang  buluh
tuan umpama pohon yang rendang
hujan panas tumpang berteduh

ku sangka nanas dari permatang
rupanya pandan tidak berduri
ku sangka panas hingga ke petang
rupanya hujan di tengah hari

Wednesday, November 11, 2009

Be the best of whatever you are............

MJ's memorial speech by Martin Luther King's son (courtesy of google)


"And when you discover what you will be in your life, set out to do it as if God Almighty called you at this particular moment in history to do it. Don't just set out to do a good job. Set out to do such a good job that the living, the dead or the unborn couldn't do it any better.

If it falls your lot to be a street sweeper,
Sweep streets like Michelangelo painted pictures,
Sweep streets like Beethoven composed music,
Sweep streets like Leontyne Price sings before the Metropolitan Opera.
Sweep streets like Shakespeare wrote poetry.

Sweep streets so well that all the hosts of heaven and earth will have to pause and say: Here lived a great street sweeper who swept his job well.

If you can't be a pine at the top of the hill, be a shrub in the valley.
Be be the best little shrub on the side of the hill.Be a bush if you can't be a tree.
If you can't be a highway, just be a trail. If you can't be a sun, be a star.
For it isn't by size that you win or fail. Be the best of whatever you are."


— From the estate of Dr. Martin Luther King, Jr.

Tuesday, November 10, 2009

Hati tengah malasss......

sori beb, bila hati tengah malas, bosan dan segala yang negative bersarang di hati , apa dibuat semua tak jadi....tunggulah...tak tahu bila....saya lebih rela blog  hopping sana sini.... saat-saat begini lebih baiklah jalan-jalan je menjenguk sana sini.....mungkin saya kepenatan...penat dalam segala hal....or mungkin saya malas...segalanya mungkin.....

Monday, October 26, 2009

The Installation of Tuanku Muhriz Tuaanku Munawir

Tuanku Muhriz Tuanku Munawir is Negeri Sembilan's  11th Yang di Pertuan Besar and the installation is being done today, 42 years after the last one in Negeri Sembilan. 

Daulat Tunku.

Thursday, October 22, 2009

Say NO to Chili's at KLCC

Last week we went there for lunch...macam biasalah kena Q memanjang...so i pun berilah my name to registerl..nampak dari luar tu ada dua, tiga meja kosong..tapi masih kena Q, hairan juga...rupa-rupanya dia reserve untuk those  yang more than 3, so kebetulan kami hanya 3 adults and a child so kenalah menunggu...Hubby dah mula sakit hati...meja ada kosong, tak kiralah berapa orang, beri ajelah...dasar yahudi betul...so semasa menunggu, Picca mintalah belikan dia Popcorn kat cinema sebelah...so Anis bought one  and sambil tunggu sambil munch the popcorn...then giliran kami sampai,  so kita orang masuklah...lepas ambil order, 3 main course and one meal for kid, datanglah waiter ni dua tiga orang kat meja kita orang....saying that, no outside food...well rupa-rupanya Popcorn tu yang kita orang letak atas meja tak boleh dibawa masuk...so hubby ambil popcorn tu and letak kat seat in between us, thought oklah...tak juga...datang pula one Malay supervisor ni, kata no outside food to be brought in the restaurant...I pula cakaplah...alah..ni kita orang beli masa menunggu tadi...anak i yang 5 tahun tu yang nak....bukannya kita bawa satu barrell  KFC ke or bawa McD ke...tak boleh juga dia kata...well i tanya balik...so  you expect us to buang ke?  Boleh Melayu tak sedar diri Melayu tu kata Yes!..I pun geramlah...langsung tak bertimbang rasa sungguh...kita dah order 3 main dish,yang i rasa around RM200 juga and then dia sibuk-sibuk dengan popcorn yang tak sampai RM5 tu...hubby pun bangun and keluar dari restaurant tu....tak payah makan tempat yahudi macam tu...so we went to San Francisco Steak House kat bawah...glad we did that....the food was  good and free meal for kid some more...

So i rasa, tak payahlah nak pegi kat restaurant mcm tu...tak friendly langsung...i understand kalau i bawa food macam KFC or burger ke ke dalam, ni junk food  je pun dah sibuk...there are many other places yang kita boleh pergi kalau nak makan western ni...TGIf is good ...staff pun mesra alam lagi...San Francisco memang our regular place....Dome is Picca favourite place...so GO TO HELL lah Chili's...

Wednesday, October 14, 2009

Nyaris-nyaris....

My house nyaris lagi di breakin last Saturday...I masa tu on the way nak balik kampung, baru satu jam perjalanan, my daughter yang pilih untuk tak nak ikut telephone....beritahu ada orang cuba nak pecah masuk...masa tu baru pukul 7pm...I rasa malaun dua ekor ni, anak i kata berketurunan Cina, berpakaian kemas siap wangi semacam ingat rumah tu tak de orang , nasib baik anak dara i sedar bunyi bising grill semacam cuba di buka, dia turun dan nampak muka cina kat depan pintu terus menjerit...masa tu anak i ni berani tak padannya telah membuka pintu dan mengejar intruder tersebut yang berlari ke kereta berwarna biru dan memecut tinggalkan rumah...

Kawasan kediaman ni mempunyai 24hours security yang berjaga kat main entrance of the estate...kalau your car tak de sticker, jangan haraplah nak senang-senang masuk...siap ada cctv lagi kat situ...tapi macam mana intruder ni boleh masuk..i malas nak bising-bising pada guard tu, malas juga nak tanya dia orang record tak nombor kete tu...i let the police does all that questioning, afterall hubby dah buat police report pun... kalau macam ni lah, tak payah nak bayar mahal-mahal untuk security service kalau servicenya tahap hampeh....

Ni dah risau nak tinggal kat rumah tu...rasa seriau je...hubby pula selalu overseas....ada sound hubby ingat nak tinggal kat condo balik...tapi nak mencari kondo di kawasan yang sesuai bukan senang...budget kena ambil kira juga....sekolah kena berdekatan...aduhhhh....pening weh....

Tak guna punya penceroboh...dah aman-aman i tinggal kat situ for the past 6 years, tak risau ape pun, ni dah buat i rasa takut pula...naik kat atas, dah rasa seram semacam nak turun ke dapur...dengar bunyi sikit dah celik biji mata......tapi i suka area yang i tinggal sekarang...senang dan selesa nak ke mana-mana...perumahan ni pun tak serabut sangat....teratur dan bersih..harap-harap akan hilanglah rasa takut ni..sebab kalau boleh, memang malas nak pindah-pindah ni...penat weh oiii....

chow!

Friday, October 09, 2009

Ape ni...kacau laki orang...jagalah laki sendiri....

Apa perasaan you kalau ada perempuan ni, bini orang lagi, rupanya dah bertahun bercinta dengan laki you? Well, bagi I, sure marah punya....bukan takat marah kat betina tu tapi kat laki kita jugalah....bertepuk sebelah tangan mana ada bunyi you.....ni dah gatal dua-dua, takat nak marah sorang je tak adillah kan...

Tak, bukan, dia tak kacau laki I, alhamdullilah....tapi yang kena ni quite close to me....Let us name the wife yang laki dia kena kacau ni as Ms A. Ms A ni sepanjang yang I kenal memang seorang isteri yang baik..jaga makan minum suami cukup baiklah...Anak pun dah 3, yang kecik dah umur 16 tahun...bukan pasangan muda pun....baya-baya i lah juga...Suami dia orang berpangkat dalam kerajaan, jenis ada driverlah...Ms A pun executive dengan one of the bank juga...bertahun jugalah rupanya affair ni and Ms A, sumpah potong ayam tak tahu selama ni , sehingga August yang lalu si suami betina dan emak mertua dia datang ke bank tempat Ms A bertugas. Sisuami dan emak betina ni merayu Ms A ni agar memujuk suaminya jangan berhubungan dengan sibetina, kalau tak salah I betina ni keje lecturer kat MMU, Melaka...let me ingat balik nama dia ye...oh ye, kalau tak silap nama dia Nor Husni ke? I dah tenguklah gambar dia...nak kata cantik, cantiklah juga, muda dari Ms. A, tapi MsA pun masa umur macam dia tu, bergetah juga.... The husband betina ni, dah kurus kering you, merana akan perbuatan wife dia, which dah keluar rumahpun...dengar-dengar dia tinggal kat Air Kerah Resort tu, kat one of the apartment tu lah.. Port dia orang nak bercekaramalah agaknya.. Pelik i memikirkan, why pergi serang Ms A lak, pergilah kat hubby dia...kau nak tumbuk ke, nak belasah ke memang patutlah kan..ni hubby betina ni minta Ms A jangan minta cerai dengan hubby dia sebab dia kata wife dia tak akan kahwin dengan laki Ms A as second wife...woiii bongok...talak bukan kat tangan kau juga ke? kalau kau tak ceraikan dia, kat mananya dia boleh kahwin orang lain...tak ke bodoh tu?

Hubby Ms A ni sejak the wife dah tahu ni lagilah tunjuk belang dia...balik rumah ikut suka, satu shawal je ada kat rumah, lepas tu berminggu-minggu lesap...Ms A buat open house, dah petang baru muncul, mengalahkan tetamu lah pula....Ms A dah nekad nak divorce aje...pada I masa hubby dia buat perangai 15 year ago, i dah nasihat suruh let go aje...hubby dia ni bangsa tak tahu nak respect bini....tapi Ms A kasihan kat anak-anak...now anak-anak dah besar, yang tua dah keje, so pada dia dah timelah ...tapi the brothers suruh bertahan dulu...why give easy way to the betina...bab betina ni pun satu...semenjak affair dia dah terbongkar, sedap-sedap je dia telephone Ms A suruh minta cerai dengan hubby dia...dia dengan sombongnyalah kata " kalau Haji Zainuddin (hubby Ms A) kahwin dengan i, dia senang, cuci kaki je masuk rumah I" konon dia kayalah....masalahnya macam manalah dia nak kahwin dengan Pak Haji ni, dia bercerai pun belum...pelik kan...

Adalah kawan di Melaka tu kata, cubalah berubat..sebab kat Melaka ni memang terkenal kalau nak kenakan orang....Pada i pula, terkena apenya....dah merasa mungkin lah...benda haram orang kata lagi sedap dari benda halal...bab gatal ni susah sikit nak diubat...kalau laki betina tu bijak (kalau tak salah namanya Ahmad Zaki, keje kat Telekom) talaq kat dia, gantong ajelah, ape susah, lepas tu kahwinlah lagi satu...ni lagi yang buat i tak faham lelaki ni...dapat isteri teruk semacam bukan main susahnya nak beri talaq, tak terfikir lak tu nak kahwin lagi satu, dua ke...hish, dah kena jampi ape atau teloq dah kena pegang?

Well, kalau kena kat i macam mana ye? Pada I senang aje....let me golah... tak denya I hadap suami yang macam tu..buat sakit jiwa je...tak yah nak ada affair-affair ni...cakap je terus terang kata dah terpikat kat orang lain...senang citer kan? Kita pun tak susah nak fikir macam-macam, alah tak perlulah nak gaduh-gaduh pasal lelaki ni...nak kata tak rasa, dah merasa...ape nak lagi...

Kalau boleh memanglah kita nak bersama-sama suami sampai mati, tua sama-sama, tenguk cucu atau cicit sama-sama..tapi kalau dah suami tak pernah rasa yang dia tu tua...asyik muda memanjang, ada pula betina yang suka kat orang tua, yang nak berdiri tegak pun dah sakit tulang belakang ape lagi nak menegakkan benda yang lain..kalau tak betul-betullah tak kemanapun tegaknyapun tapi hati tu besar....

I kasian kat Ms A, sebab dia ni dah puas bersusah dengan hubbynya tu....bila senang sikit mulalah cari orang lain..kalau lakinya tu treat dia first class tak pelah juga..cukup nafkah zahir dan batin, memewahkan dia,okaylah, pergilah kahwin dua tiga...kita tahu dia mampu...ni baru bercinta cintun dalam setahun dah tak beri nafkah zahir, batin ape lagilah, dah dapat benda ketat mana nak ingat benda yang dah keluar tiga anak dia lagi....dasar jantan....

chow dulu sebab rasa nak muntah hijau!

Wednesday, October 07, 2009

Sorry Guys, sebenarnya byk nak citer tapi hati tengah malas......

Penyakit M tengah melanda.....nanti bila dah ada mood, will update ok...byk nak citer sebenarnya, tunggu ye...

Chow!

Wednesday, September 30, 2009

Suatu Perjalanan....

I received this tru email, sharing with you guys agar kita sama-sama dapat menafaat darinya.....
Thank you Shamsul for sending this to me...

SUATU PERJALANAN"
Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang."Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian?
Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu.
Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG"
Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata."

Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana.
Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana .
Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." Ingat, kehidupan didunia adalah sementara dan jikalau kita dijodohkan, maka harus untuk mencari kebaikan dari apa jua kesalahan.Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

Tuesday, September 29, 2009

Berimiginasi...........

A friend mengadu dengan I, dia pelik perangai suaminya...berkahwin dah lama, bertahun, bukan pun muda lagi, dah warga tua pun..around 50s macam tu and my friend nipun tidaklah juga muda, beza beberapa tahun je tapi masih bolehlah melayan suami zahir dan batin...Dua-dua masih bekerja....isteripun masih bergetah...tidaklah nampak tua sangat tapi sesuailah dengan umur..

Si suami pula berjawatan juga..bukan juga calang-calang orang. Mula-mula kawan i ni taklah perasan sangat perangai si suami...yelah, ingatkan semakin dah tua semakin waraslah fikiran taklah teringat yang si suami ni rupanya masih lagi suka menggatal. Masih suka memandang perempuan cantik yang voluptuous bodynya...Dia perasaan benda-benda ni semacam jadi satu motivasi bagi suaminya untuk make love to her...Kalau suaminya bercuti, mungkin tidak dapat memandang body voluptuous stafnya or perempuan di luar sana, suaminya macam tak bernafsu untuk bersamanya...tidur aje memanjang,langsung tidak diperdulikan isteri disebelah, kalau seminggu di rumah, seminggulah tak berusik tetapi sebaik aje mula bekerja nafsunya mulalah datang. Kawan i ni bertanya, mungkinkah si suami berimigine perempuan lain yang lebih muda dan cantik semasa bersamanya....Apalah yang boleh I jawap....soalan yang hanya suaminya aje yang tahu jawapannya....Kasihan pun ada juga...tapi berat lagi kita mendengarnya berat lagi bahu my friend yang menanggungnya..Bak kata dia, tak dilayan kita berdosa, bila dilayan kita dapat rasakan yang suaminya seakan-akan tengah berimiginasi....rasa geli pun ada...rasa menyampah dan tak ikhlas...sebagai isteri sudah pasti kita sedih bila suami dalam umur meningkat senja masih tidak berubah....masih suka memandang perempuan cantik yang sebaya anak-anak sendiri...masih gatal pandangan mata...

Sebagai isteri, sebenarnya kita lebih cepat dapat menangkap perangai suami.Si suami harus ingat, kalau jalan bersama, si isteri yang terlebih dahulu nampak kalau perempuan cantik menawan dan matanya akan cepat melerek kepada si suami..mata hatinya lebih tajam dan dapat menangkap dimana lerekan mata sisuami.

Dia menanya pendapat i, kalau ini semua terkena pada diri i. Entahlah, susah nak jawap...kita tidak boleh membaca fikiran suami...kalau dia berimiginasipun pada i susah juga nak meneka. Separuh dari diri ini berkata, lantaklah kalau memang dia suka membayangkan perempuan2 cantik waktu bersama kita, nak buat macam mana, tetapi bohonglah kalau hati tidak terguris...Pada i, ada ubi ada batas, ada hari kita balaslah....Buat tak perduli aje...rasa nak layan kita layan..kalau rasa hati tak sedap nak layan, tutup mata, tidurlah...biarlah dia berimiginasi dengan bantal aje or main sabun semasa shower...Dah tua-tua begini, sex bukan lagi satu keutamaan....anak-anak pun dah besar panjang....kalau ada, adalah, tak de tak ape...Kalau si suami masih suka memandang perempuan cantik bertetek besar di luar sana, setakat manalah kita boleh mengawal matanya...biarlah dia pandang....dia pun rasanya setakat syok sendiri aje...i tak rasa perempuan cantik kat luar sana perasan pun si suami yang dah berkedut seribu, lainlah kalau jutawan, duit bertimbun or at least royalty ke, berkedut seribu pun masih ada yang hendak...kalau setakat makan gajilah, mengharapkan duit pencen yang dapat bertahan setakat lima tahun lepas pencen, perempan cantik mata duitan berfikir seratus kali juga....Perempuan tu cuma syok jelah...ada bahan nak citer dengan kekawan..ada mamat tua tak sedar diri suka kat dia...apa lagi kalau mamat tu boss dia...lagilah dia suka...senang nak minta apa-apa, layan untuk kepentingan dirilah...nak pegi course ke, nak outstation tempat best-best ke sure senang dapat punya...sure mamat tua tak sedar diri luluskan aje....Si mamat pun mulalah malam-malam tidur dengan bini ingat tidur dengan minah tadi....

Nasihat i pada my friend, biarlah dia syok sendiri....sambil-sambil tu bila ada peluang, ingat-ingatkan si suami supaya jangan berangan sangat...takut nanti jadi Mat Jenin....

Chow!

Monday, September 28, 2009

Kembali............

First day at work after a week raya holiday...Macam malas nak keje hari ni....Hari ni kat ofis ada jamuan Hari Raya....i bawa je biskut-biskut raya yang ada kat rumah tu...Lagi pun makanan yang lain company cater so rasanya dengan perasaan lega dengan rasa malas yang berlebihan di badan ni...i bawa perut ajelah ke ofis...

Hari ni I pakai baju raya, jubah style i beli kat Ratu....simple and nice...thanks to hubby yang tolong belikan..konon nak ambil tempahan aje...tiba-tiba terpandang pula jubah tu...rasa cantik sangatlahpula...langsung membeli...a friend kata, cantik and unik...hari ni juga i pakai kasut baru i beli di London hari tu...hahahaha...terasa macam nak menayanglah pula...tidak sebenarnya...i just want to feel the raya mood...biar semuanya baru...

Picca masih malas ke school...penat beraya masih belum habis gamaknya...kak longnya ikutkan aje...esok kena pergi school....penat tak penat kena pergi...tak boleh ikutkan sangat malas badan tu...lemak nanti...Picca seronok sungguh raya ni...banyak dia dapat duit raya...dah jadi mata duitanlah pula...asyik mengira duit raya je kejenya....Picca juga seronok sebab Cikcik was here for raya...bertambahlah dayang dia sorang lagi... Mami pun seronok Cikcik and Aniq ada kali ni beraya di KL...selalunya dia orang datang lepas raya or mami yang ke sana...

Oleh kerana maid abah bercuti dua hari...i pula memang dah tak de maid, so on the 2nd day raya kat kampung memanglah kepenatan....nasib baiklah ada anak dara dua orang tu....dia oranglah yang menolong ...bila time nak memandikan emak, Cikcik agak kuat mengangkat Wan nya...Anis lembik sikit, nasib baik juga ada Angah tolong mengangkat emak bila perlu....Hubby juga membantu bila perlu....kalau harap i sorang, mahu terduduk dibuatnya..mana nak masak, mana nak layan orang datang beraya...Alhamdulillah, semuanya ok....sebab ramai yang membantu....Picca pun tak meragam sangat....hari-hari ke rumah Ateh bermain dengan Danish petang baru balik ke rumah...

I balik ke KL on Thursday...Wednesday, Aniq and Cikcik balik ke KK, sedih juga tapi sebab Cikcik ada exam lepas raya, kenalah balik awal, perlu buat revision sikit sebanyak... Cuti sekolah panjang nanti CikCik will be here again in KL....Aniq sebab dah bekerja tak lah boleh selalu ke KL...Anak-anak, bila dah besar panjang ni, semakin jauh dari kita....nasib baiklah ada sikenet Picca, dia ajelah yang buat bising kat rumah....Hubbypun selalu outstation...nak buat macam mana...kalau duduk di rumah aje..tak makanlah pula nanti...

Well, itu ajelah citer Hari Raya....i tak berjalan sangat...sibuk kat rumah sampai tak sempat ke mana-mana....Selamat Hari Raya guys....Maaf Zahir Batin....

chow!

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Mata kadang tersilap memandang,
Telinga kadang tersalah mendengar,
Mulut kadang terlepas berucap
Hati kadang terlajak menduga,
Mohon maaf segala khilaf yang pasti ada.

Dalam kerendahan hati,
Ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta,
Ada kekayaan jiwa,
Dalam gurau senda,
Ada khilaf dosa,
Selamat Hari Raya........

Mengambil kesempatan ini memohon maaf sekiranya ada write up saya selama ini menyentuh hati mana-mana pihak. Terkasar, tersumpah dan terkata saya menyusun jari sepuluh memohon maaf sepenuh jiwa. Semoga Hari Raya kali dirayakan dengan penuh keimanan dan keinsafan.

Selamat Hari Raya dari saya dan keluarga.....

Wednesday, September 09, 2009

BukaPuasa@LondonApartment

At the end of the circa 15 hours fasting (0400 to 1930 hours), the girls must be excused for being all smiles and grins at the buka puasa table.

OR is it the all Malaysian offerings of rendang ayam pencen, asam pedas albeit salmon, daging dendeng, stir-fried beef fatchoy and sambal ikan bilis cili api; supplemented by local variants of olive-oiled mussel and stir fried fresh vegetables; courtesy of yours truly at HallamCourtApartment@London.

Thursday, September 03, 2009

Happy + Sad

I am due to go somewhere, out of Malaysia for a week....Looking forwardlah juga...tapi yang sedihnya kena tinggalkan Picca...so dua tiga hari ni hati tu macam tak tentu arahlah juga....tak pernah berenggang dengan Picca ni...ke hulu ke hilir i pergi i bawa dia...this is the first timelah tinggalkan dia....nak dibawa, H1N1 masih berleluasa, takut pula...as a mom, biar kita yang sakit, jangan anak sakit...

Where to? Well, nantilah, bila dah balik nanti i will post a few pictures of the place. Menemankan hubby sebenarnya, nak membeli belah tu tidaklah juga....tapi kalau ada yang berkenan and rasa-rasanya mampu mungkin membelilah juga....Will be in KL lagi dua tiga hari nak raya....harap-harap taklah kelam kabut nanti...mana maid nak balik Indon...so tidaklah bermaid raya ni....Rasanya raya ni, persediaan ala kadar aje....hubby pula seminggu lepas raya akan ke Amsterdam pula....manalah nak beraya sakannya.....tapi raya tetap raya...kena juga sambut....walau kita yang tua ni rasa macam tak semeriah dulu masa kita muda tapi i nak anak-anak i appreciate suasana Hari Raya tu...pakai baju raya, dapat duit raya dan kunjung mengunjung serta maaf memaafkan...

Well guys...selamat berpuasa ye....doakan perjalanan i selamat pergi dan balik...berjumpa kembali nanti..........
chow

Thursday, August 27, 2009

" Neither the Quran nor the Hadith invokes a penalty for alcohol consumption"

This article is being sent through email from a friend. A good one to be shared :

"Neither the Quran nor the Hadith invokes a penalty for alcohol consumption."
Wednesday July 29, 2009
Emphasise positive personal change
COMMENT
By IMAM FEISAL ABDUL RAUF

Malaysian Syariah authorities should reconsider the law on consuming alcohol, which is described in the Quran in the mildest language of prohibition.ON July 20, the Pahang Syariah High Court sentenced part-time model Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, to a RM5,000 fine and six lashes of the rotan for drinking beer.No doubt the court has the jurisdiction to impose such a sentence as provided by the law.Some have questioned the appropriateness of the sentence of whipping given that the court has discretion to impose a mixture of fine, imprisonment and binding Kartika over for good behaviour for a certain period, or just admonish her.Others have questioned the appropriateness based on the legitimate argument that the Syariah holds .

Muslims responsible for their actions that result in negative opinions of Islam.A news item like this certainly presents Islam and Malaysia negatively on the international stage.But I would urge the Malaysian Syariah authorities to seriously reconsider the Syariah basis of this law on the following Syariah grounds:Neither the Quran nor the Hadith invokes a penalty for alcohol consumption. The sin of consuming alcohol is described in the Quran in the mildest language of prohibition.When it comes to dietary laws, the Quran commands the believers in Sura 5:3: “forbidden (hurrimat) to you is the dead animal, loose blood, and the flesh of the pig”.The 90th verse of the same Sura cautions the believers that “wine, gambling, etc, are an impurity so avoid them (fa-jtanibuh)”.Some legal scholars suggest that the divine command ijtinab, to avoid something, is milder language than tahrim, prohibition.A Muslim consuming a glass of wine with a pork chop commits a more serious offence in eating pork; yet as there is no Quran or Hadith penalty for consuming pork, there is also none for alcohol consumption.

The question then is how did the penalty for alcohol consumption come about?It occurred during the time of the second Caliph Umar b. al-Khattab. There was a companion of the Prophet (sahabi) who had fought on the Prophet’s side in his battles.A heavy drinker, he would walk the streets of Madina drunk at night and loudly shout scandalous things about people. The inhabitants of Madina complained, and Umar formed a committee to decide what to do.Imam Ali, based on the man having committed slander, suggested the penalty for slander, whose maximum penalty is 80 lashes.Since that time, this has been considered the maximum penalty for alcohol consumption, based on utilising the Syariah concept of ta`zir (deterrence).I disagree with this being the mandatory sentence for the offence of wine consumption, because it is the maximum sentence for another, separate offence – slander – albeit committed under the influence of alcohol.Had the man just fallen on the street in a stupor and suffered a terrible hangover without having hurt anyone, no punishment would have been established.Had cars existed then and had he run his car over some pedestrians and killed them, should we invoke ta`zir now and have a penalty for alcohol consumption equal to that of accidental manslaughter?

There are additional arguments we can marshal from the Quran and Hadith. The Quran repeatedly urges Muslims to forgive those who wrong them, even for slander and manslaughter!When the Prophet Mohamed’s wife Aisha was wrongly accused of having committed adultery, her father Abu Bakr sought to have the penalty of libel meted against one of his employees who had slandered her.God then revealed verse 24:22, urging the believers to pardon and forgive those who have wronged them, so that God would forgive them their own sins.But I see no evidence that Kartika wronged anybody after drinking beer.

Verse 4:92 gives the penalty for a Muslim accidentally killing another as freeing a slave and paying compensation to the victim’s family – unless the family forgoes compensation and forgives the offender.And if the defendant can’t afford to pay, then he should fast for two consecutive months. Accidental homicide is a much greater sin than alcohol consumption; yet the Quran suggests that the victim’s family would do well to forgive the offender, and the penalty here is not jail time or corporal punishment, but a two-month fast.The Quranic and Prophetic teachings are about forgiveness, compassion and positive personal transformation. Sura 48:29 describes Prophet Mohamed’s companions as “firm against unbelievers and compassionate to themselves”, and this is what I urge the Malaysian authorities to exemplify: show compassion to Kartika and forgive her.But if the Pahang Syariah court insists on establishing a penalty for the mere consumption of alcohol, why not replace the current law – a maximum penalty of a RM5,000 fine and six lashes of the rotan – with spending RM5,000 on feeding the poor and fasting for six days?Wouldn’t that be more in keeping with the letter and spirit of the Quran and the Prophetic Sunnah?Were this the case, I have a hunch that many Malaysians who imbibe may voluntarily mete such a “penalty” on themselves – to the benefit of the poor, to the benefit of their own spiritual progress and standing before God on Judgment Day, and to the benefit of the Malaysian Syariah Court’s, Islam’s and Malaysia’s image on the international stage.

> Imam Feisal Abdul Rauf is the Chairman of the Cordoba Initiative, an international organisation devoted to improving West-Muslim world relations, and author of “Islam, A Sacred Law, What Every Muslim Should know about the Shariah”.

Imam Feisal Abdul Rauf (Arabic: فيصل عبد الرؤوف, born 1948[1]) is an Egyptian-American imam, author, and activist for improvement in relations between the Muslim World and the West. For 25 years, he has been Imam of Masjid al-Farah, a New York City mosque. He has written three books on Islam and its place in contemporary Western society, and has founded two non-profit organizations whose collective mission is to enhance the discourse on Islam in society.

Rotan ajelahhhh.......

Dah dia nak dan redha, mahkamah pun dah putuskan so ape bendanya yang kita pertikaikan...rotan ajelah....ikut kefahaman i lah, correct me if i am wrong, merotan persalah yang macam ni, bukan macam merotan those yang dijatuhkan hukuman rotan di mahkamah sivil...merotan di mahkaman syariah ni kalau tak salah byk categoriesnya...cuma kita macam terkejut badak sikit sebab, di Malaysia belum pernah ada bab-bab merotan dijatuhkan oleh mahkamah syariah...ini kira first kes lah kut...itu yang semua orang bising....ada pula kekawan kat ofis ni kata, kalau nak merotan those yang minum arak ni...paling ramai kena rotan adalah kaum kerabat Negeri Sembilan....yelah...royalty ni aje yang minum arak terang-terang....siap masuk majalah lagi....bangga beb....tapi sebenarnya kalau nak tenguk Melayu yang rasanya Islam minum arak terang-terang ni tak perlu pergi jauh.....kat Santini KLCC tu, i pernah nampak, ex father inlaw once actress ni, relax je teguk beer kat situ...masa tu i tengah having dinner dengan hubby....i komenlah juga dengan hubby, " buatnya lah Allah tariklah nyawa dia masa tengah minum tu, kasihan kan?" I sebenarnya tak marah pada Uncle tu, tapi lebih kepada kasihan....dah tua-tua macam tu, masih tak ingat masjid...Tapi saperlah kita nak judge orang kan? Kite sendiri belum tentu nasib kat akhirat sana tu....tapi bak kata my dad....bila dah tua-tua ni, doa dia hanya satu...tidak mahu menambah dosa....dah lah pahala tak banyak mana, seboleh-bolehnya janganlah menambah dosa....

I sebenarnya takut benda rotan merotan ni hanya hangat-hangat taik ayam je....nanti bila banyak campur tangan orang sana sini, dah tak jadi pula....tapi sebenarnya pada Tuan Hakim yang menjatuhkan hukuman mengikut Al-Quran ni...dia dah terlepas dari soal jawap di akhirat kelak..tapi bila ianya tidak di laksanakan maka berdosalah pula kepala agama kita, di mana ianya adalah Sultan...

Hal-hal agama ni bukan boleh dibuat main...i tak berani nak bercerita panjang sangat sebab tak arif sangat takut pula sesat orang ikut i.....tak nak lah i cari pasal pula....so you all, awas ye, tak payah lah nak minum benda-benda tu....banyak lagi benda lain you all boleh minum....macam i ni, tiap-tiap malam minum air rebusan Nenas Batu....byk khasiatnya...kepala pun tak ting tong dibuatnya...menambah tenaga lagi...bahagia hubby i you....tak caya pegi tanya dia...upon request boleh lah i beri email address dia or number handphone Blackberry baru dia tu...hehehehehe...tapi awas...jgn nak ngurat dia pula....i rotan you all nanti......

chow!

Wednesday, August 26, 2009

Maidless......

My maid Marsitin will habis contract September ni, dia tak nak sambung sebab nak bekerja di Taiwan pula...well, i senang aje...orang dah tak nak kerja dengan kite, tak payahlah dipaksa-paksa. Marsitin dah kerja for 4 years dengan kami, overall she is a good maid tapi easily get distracted. Ada masalah di kampung sikit e.g hubby dia buat perangai, anak nak itu ini dan sebagainya, mulalah kerja dia kat sini jadi tak menentu...Agak berkira dengan kerja, dia hanya buat kerja-kerja untuk I, hubby dan picca...orang lain, minta maaflah...kalau i suruh baru dia buat, kalau tak disuruh mati hidup baliklah dia nak buat....Kerja-kerja seperti washing, melipat dan ironing totally untuk Mrs, Encik dan picca saja. Orang lain, sendiri basuh, sendiri sidai, sendiri lipat dan sendiri iron..I malaslah nak ambik pot pun....kalau dia tak nak buat, i tak suruh juga...sebab penghuni lain dalam rumah ni pun dah besar panjang, boleh buat sendiri...Tapi bila mengangkat kain di ampaian, apalah salahnya angkat sekali kainbaju orang lain sekali, alang-alang dah mengangkat kain..itu yang i kadang-kadang tak faham....Tapi dah namanya maid, kalau pandai jadi secretary lah pula dia....

Dia juga buat semua kerja-kerja rumah yang lain termasuk menghantar dan mengambil picca ke dan from school which is depan rumah je...mop lantai dan hal ehwal kuching....masak hanya untuk lunch picca...malam i yang masak. I pulak bangsa pemalas nak buat kerja-kerja rumah ni...ironing baju i paling tak suka....tak pandai pun sebenarnya....orang iron licin je, i pula mcm tak pandai licin baju tu....gosok sebelah sini licinlah, gosok pula sebelah sana, berkedut balik yang sebelah sini...TAPI i terror bab masak-masak....bak kate picca, " This is delicious mommy, better than the restaurant" hehehehe...boleh kembang semangkuk bontot i....

So, mengenangkan nak ambil maid ni mahal nak mampus, i ingat tak naklah ambil lagi...ingat nak hantar picca to one day kiddies plus child care, petang balik keje ambillah...bab bersih-bersih rumah, boleh panggil temporary maid je, yang feesnya RM30 sehari tu...bab gosok baju, hantar laundry je...beres! Tapi bab yang i tahan tu, i dah tak bolehlah nak jadi Mem Besar.....sebab dah tak de saper i nak suruh-suruh...i ni pemalas juga bila tiba bab nak cari dan nak ambil barang ni....memanjang.. menyuruh aje keje i....lebih-lebih lagi bab yang perlu mengotorkan kuku dan tangan i....i ni pengeli juga....tak tahan bau yang tak wangi....mcm tahi kuching tu....aduhhhhh...ini semualah, bila baring-baring nak tidur malam tu, i terfikirlah juga...rasanya kena jugalah ada maid kat rumah ni....tapi tak lah desperate sangat...i bolehlah cuba dua tiga bulan tak de maid...rasa tak tahan, nanti carilah...hubby tak kesah sangat....ada pun ok, tak ada pun dia ok....dua-duapun dia kena keluar duit juga...hehehehe...

entahlah....pening juga ni....nak ke tak nak?
chow!

Tuesday, August 25, 2009

Bila hati tersinggung.........

I have to admit, yang i ni jenis cepat terasa. Cepat tersinggung...i juga jenis yang susah nak memaafkan kesalahan orang...sekali orang buat i, seribu tahun i ingat dan i would not want to be near to those yang pernah menyinggung perasaan i. Sekali i dah tak suka...sampai bila-bilalah...susahnya i nak berbuat baik kembali...

Semasa kecil, bila bergaduh dengan my sister, i tahan tak tegur dia berminggu-minggu, sehingga abah buat sesi berdamai...I memang keras hati...dan I sebenarnya tak suka dengan perangai i ni, tapi semakin i cuba berubah semakin sukar rasanya....

I boleh buat tak tahu dan tak bercakap dengan orang yang pernah menyakiti hati i, walau kami duduk semeja...i buat seolah-olah dia tak ujud....dan boleh tak rasa apa-apa...rasa bersalah pun tidak. Kawan-kawan yang perasan akan perangai i, kadang bertanya juga, macam mana i boleh ignore people as if orang tu tak de depan mata...jawapan i, Entah! mungkin ianya come from within kut....bila hati kita dah buang orang tu jauh-jauh dari hati kita or bila kita anggap orang tu tak pernah kita kenal, maka amat mudah untuk melakukannya....

Sebab itulah i rasa kita ni kalau nak buat perangai kat orang atau kalau nak menyakiti hati orang, fikirlah dulu...ada orang yang tak boleh lupa perbuatan kita sampai bila-bila, bertuahlah kalau orang yang kita sakiti itu boleh forgive and forget....buatnya yang jenis macam i ni...yang sekali kau buat aku....sepuluh kali aku buat kau balik tak ke susah jadinya....so beringatlah...kalau berniat nak sakiti orang samada dengan perkataan atau perbuatan, berpada-padalah...ingat! kita mungkin lupa kita pernah sakiti hati seseorang tetapi orang yang disakiti mungkin tak pernah lupa!

chow!

Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa Guys......

Selamat Berpuasa ye....semoga dipermudahkan perjalanan puasa kita selama sebulan tu....harap-harap tidak diduga sehingga mengurangkan pahala puasa kita. Bulan puasa ni sememangnya kita kena banyakkkkkk bersabar...bab sabar ni kadang-kadang i memang kurang sikit....cepat je angin satu badan...so kenalah juga mengingatkan diri i ni agar sabar, sabar,
sabar..sabar....umurpun bukan muda lagi...kalau asyik nak mengamuk je lebih-lebih lagi di bulan puasa, bila manalah dapat mengumpul pahala...

Dua tiga hari yang lalu I cubalah bercerita dengan picca pasal bulan puasa...bertanya samada dia ok ke tidak kalau bulan puasa ni cuba jangan makan ...minum aje boleh...mula-mula she said okay...lepas tu dia diam dalam few minutes...lepas tu dengan nada sedihnya..." Mommy, i don't want to puasa...i don't want to minum only...i want to eat too" Hehehehhe....kasihan pula, yelah budak umur 5 tahun, manalah faham lagi tentang puasa..masa i sibuk puasa ganti, dia pun declare dia puasa..tapi itupun selepas i sibuk-sibuk suruh dia take her dinner...masa tu lah dia kata, " I am fasting mommy" puasa apenya kalau dah pukul 8pm....

So far i have no problem to start my children to berpuasa masa dia orang kecil...mostly anak-anak i will start puasa masa umur dia orang 6 tahun...penuh sebulan atau tidak , pada i tak kesahlah, anak perempuan agak senang sikit untuk penuhkan sebulan...anak lelaki je banyak songeh sikit...tapi i selalu berpesan dengan anak-anak, kalau tak larat nak puasa, beritahu i, jangan nak tipu-tipu kata puasa tapi belakang i makan or minum...pantang tok nenek i lah kalau anak-anak i menipu...so, selalunya they will inform me kalau tak mahu puasa...but still, there will be no cooked food in the house....tak puasa, pandai-pandailah buat makan sendiri or makan ajelah biskut kering...minta maaflah i nak memasak pula....so selalunya anak-anak tak suka tak berpuasa sebab sama saje...tak de makanan best....

Seingat i, i dah mula berpuasa penuh semasa i berumur 6 tahun....emak amat garang orangnya...kalau tak puasa, berlaparlah....satu butir nasi pun tak de kat dapur....nak buka fridge pun takut....tajam sungguh telinga emak...boleh dia dengar saper yang buka fridge or almari lauk kat dapur. Siaplah dia menjerit...." cari ape tu?" Tapi semasa berbuka adalah saat yang sangat seronok....penuh meja dengan makanan....dengan air sirap segala...masa tulah kita rasa amat berbaloinya aku berlapar tadi siang....hemmmm....seronoknya berpuasa semasa kita kanak-kanak kan? Mengibau kenangan silam, sedih pula rasanya...berebut-rebut mengambil makanan, berlaga pinggan dan tangan....makanan tidaklah mewah sangat tapi masih terasa kesedapan yang tiada tandingan...berbanding dengan zaman anak-anak kita sekarang....mewah dengan segala jenis makanan...amat bersyukur sangat...rezeki tahun ke tahun tidak pernah berkurang...amat pemurahnya Allah....

Sebagai ingatan kepada you all out there, including myself....bersederhanalah dibulan puasa ni....janganlah membazir. Bila membeli di pasar ramadan...janganlah mengikut nafsu lapar kita....I dah berpesan dengan hubby, kalau dia teringin membeli kueh, just beli sejenis dua....kami selalunya berbuka dengan nasi...kueh mueh hanya dimakan selepas itu...tidak perlulah membeli berjenis-jenis sangat kuehnya.. puasa ada 30 hari...satu hari kita beli satu jenis kueh, ada 30 jenis kueh lagi kita boleh rasa sepanjang ramadan..jadi tak perlulah tamak haloba sangat....SELAMAT BERPUASA.............
chow!

Tuesday, August 18, 2009

Selamat Pengantin Baru, Megawati Tan Sri Isa


Cantiknya Mega masa ni...Picca asyik bercerita pasal Auntie Meganya mcm princess...Doakan semoga dia berbahagia hendaknya...Semoga Rosman suaminya dapat menjaga Mega dengan sebaiknya. Sayang you so much Mega.....

Tuesday, August 11, 2009

Tak bolehlah nak garang-garang lagi......

La ni, pakai kete Angah....manual ....mula-mula tu mcm keras je kaki sbb tak biasa,lama-lama dah ok...tapi memandu di KL ni, bawa manual car lagi ...mati kaki kepenatan...kalau bawa automatic car tu, bukan main kite...garang semacam kat jalan... ni tak bolehlah nak garang-garang.....nak tukar lanepun bukan main susahnya....tersenguk-senguk...si mat motor ni pun satu hal...kite dah signal berbatu-batu..masih juga di honnya kita...macam motor dia tu tak de brake...kita je nak mengalah dengan dia...dia tahunya jalan je..tak boleh dah nak slow down ke atau brake ke...I kadang-kadang menyampah juga dengan yang bawa motor ni....dia orang ni kadang-kadang kurang ajar juga....yesterday...hubby dah signal nak tukar lane ke kanan, dia yang kat belakang ada sebatu agaknya, siap bunyikan hon panjang bukan main...lepas tu buat aksi nak menendang kete kita...dah lah pakai vest Alam Flora....

i rasa tak de undang-undang kata , kite yang bawa kete ni kena sentiasa beri laluan kat mat motor ni....awak bawa motor ke, bawa stemroll ke, kena juga ikut undang-undang....kalau dah nampak kete nak tukar lane, dah beri signal, slow downlah motor awak tu....ni nak menyelit juga, bila terpaksa berhenti sbb tak dapat nak lalu, siap tunjuk tangan lagi, belum lagi dgn pandagan mata dia tu...kalau ada isteri kat belakang, dengan isteri-isteri sekali jadi minah rempit, hilang sopan santun...siap maki lagi...I rasa kite ni, kalau boleh tak naklah accident dgn motor, susah nak claim insurance....lagi pun tak berbaloi pun rasanya kalau nak claim...jadi sebaik mungkin kita ni tak naklah melanggar dia...dia tu motor, dilanggar pun jatuh, ape lagi kalau dia melanggar kita...tapi dia orang ni nampaknya naik kepala lah pula....pada dia orang ni...kite yang bawa kete ni yang kena mengalah....kalau dia orang nak lalu kite kena beri jalan....jangan pandai-pandai nak tukar lane, biar dia orang lalu dulu...signal tak signal dia tak perduli...yang penting dia orang kena lalu dulu...

bila hari hujan, tenguk dia orang ni basah kuyup, kasihan juga...tapi bila kenangkan kelakuan mereka ni yang macam samseng , menyampah lah pula...alahai mat motor....janganlah gerek sangat....tak payahlah bawa motor tu mcm jalan raya tu atuk awak yang punya...sebab kalau accident samada awak mati atau orang lain mati...sama saje...so...kenalah berhemah....
chow!

Tuesday, August 04, 2009

Tak de idea ni....

entah apa nak tulis kali ni....macam bengong aje...satu pun tak masuk kepala....cuma nak beritahulah...jumaat hari tu ada mamat bengong pegi langgar kete i kat Besraya Highway...kita elok-elok kat jalan lurus sebelah kiri...tiba-tiba entah dari mana mamat ni datang terus je langgar pintu belakang sebelah driver...berpusing juga kete dibuatnya...peninglah kejap...siap lebam lagi kepala lutut...

kuar dari kete, mamat ni siap minta maaf lagi...nak cakap ape...tak tercakaplah...benda dah jadi...hubby yang drive...nasib baik kali ni dia ada...selalunya kalau lalu Besraya ni i sorang2...hubby selalunya tak suka lalu situ...so sekarang ni my car kat workshop lah....mahu 2,3 minggu baru ok tu...nasib baik Angah beri pinjam kete dia...kalau tak ,mahu kena naik train ke ofis...

so, minggu ni kepala masih ting tong....malas nak citer...tak de mood...yang tak hilang cuma mood makan je...berselera sungguh...pujuk hati, tak pelah...makan aje...tak lama lagi nak posa...hehehehe...bilalah nak turun berat badan ni...risau-risau juga...mulut mengunyah, mengunyah juga....

ok chow!

Thursday, July 30, 2009

Semoga selamat pergi...dan selamat kembali.....

Dua tiga orang kawan seofis akan berangkat ke Tanah Suci Mekah esok, menunaikan umrah atas tajaan syarikat. Rashidi baru saja balik dari sana tak sampai sebulan....dapat lagi pergi kali ni...memang rezeki dia. I was offered 2 kali sebelum ini , tapi memang belum seru agaknya untuk ke sana, dua-dua kali terpaksa ditolak...ada saja sebabnya yang tidak membolehkan i pergi...teringin, Allah saja yang tahu...mungkin ada seru lain kali...InsyaAllah....

Mengirim kurma nabi dengan Rashidi mengenangkan bulan puasa hampir tiba....berniat untuk memberi abah sedikit kurma nabi kerana abah amat menyukai kurma...semoga ada rezeki kali ini. Terima kasih kepada Rashidi kerana sudi menerima kiriman I, susah menerima kiriman orang ni...i faham....mana nak bawa barang-barang sendiri...salah-salah rasa terbeban pula akibat menerima kiriman orang. I sangat berterima kasih atas kesanggupan dia.

Lepas ini mungkin tiada lagi tajaan dari syarikat untuk menunaikan umrah...yelah...syarikat mungkin akan bertukar management...nasib kami pun belum tentu....salah-salah kena cari perkerjaan lain...well, rezeki itu ada di mana-mana, bumi Allah amat luas....dulu masa umur muda, i bimbang kalau tidak berkerja...sekarang ni, mencari pun tidak...menyerah nasib pada ketentuan Allah...ada rezeki adalah...kalau sudah ditakdirkan tidak bekerja, i terima aje...banyak dalam fikiran yang boleh dibuat sebenarnya...jual nasi lemak di tepian jalanpun dah dikira satu perkerjaan...membaca buku La Tahzan mengubah persepsi I tentang kehidupan.. I would not want to be too obsess with what the future will be for me... I bertekad hidup untuk hari ini...hari esok hanya Allah tentukan...saperlah kita untuk tentukan hari esok...entah sempat entah tidak...entah-entah sebelum subuh sudah tiada di alam fana ini...

Dulu, i berazam macam-macam...put target on everything in life...nak kaya bila...nak dapat anak bila...nak ke mekah bila..nak beli rumah bila...nak bawa Picca ke Disneyland bila....tapi tidak lagi sekarang...bukan patah semangat cuma i tersedar...tersedar dari angan-angan...yang hidup ini tidak sesenang yang kita sangka...payahnya Allah saje yang tahu... tapi perlukah kita mengeluh dan merungut atau sepatutnya kita bersyukur bila celik mata pagi-pagi masih bernafas....masih dapat mencium pipi picca....masih dapat panggilan dari anak-anak menanya khabar.....

Syukur ye Allah atas segala rezeki yang kau berikan.....Amin....

Wednesday, July 29, 2009

Alahhhh...alasan je tu....

I memang tak berkenan sungguh dengan selebriti yang sorang ni....entahlah...nothing personal actually, tapi menyampah sangat bila baca cerita-cerita dia ni....berlagak ustaz tapi perangai dan penampilan tak seiring dengan gelaran.

Ingat lagi, adalah satu hari tu, dia ni dipanggil untuk satu sesi ceramah kepada pelajar AF, tak pernah I tenguk, ustaz bersunglass semasa ceramah, kat dalam rumah lak tu...bukan ada matahari pun... I komen dengan anak, " ni bersunglass ni, sebab senang nak tenguk awek cun...nak tenguk pelajar perempuan mana yang cun...biar orang tak nampak mata dia melirik". Well, memanglah I macam berburuk sangka je, tapi , seorang bergelar ustaz sepatutnya tahu menjaga penampilan supaya tiada syak wasangka.

Lepas tu hebuh hal rumahtangga dia....siisteri akhirnya terpaksa pergi ke TV, keluarlah cerita ustaz ni dah lama tak balik ke rumah dan sebagainya.....

Last week, keluar kat TV, sah dah bercerai dengan isterinya itu...Nak tahu ape komen dia bila ditanya mengenai penceraian dia..."Buat masa ni saya rasa bebas" Tak tahulah maksud bebas tu, mungkin bebas lah kut nak bercanda di pinggiran pantai...macam gambar dia dengan seorang penyanyi bertudung tu, yang tersebar di internet....malam-malam tengah bercanda di tepian pantai...ustaz ape namanya tu, bawa anak dara orang ke pantai malam-malam...walau bukan berduaan tapi elok ke tu...bergaul bebas lelaki perempuan...kalau dia tu bukan berstatus ustaz, tak de saper kesah...tapi sebab dia tu kononnya ustaz...orang bising lah...

Pakcik ustaz ni juga masih tak puas hati dengan tindakan bekas isterinya bawa cerita kat TV bak kata dia dalam suratkhabar tu: " Saya kesal dengan kenyataan yang dikeluarkannya. Sepatutnya, kita kena bermuhasabah diri. Seorang isteri solehah tidak akan mengaibkan suaminya walau seteruk manapun suaminya itu" Aduhhhh...sedapnya mulut dia kan....suruh isteri dia bermuhasabah konon...yang dia tu tak balik rumah berbulan-bulan, tak jenguk anak isteri makan ke tidak, nak bermuhasabah konon....Isteri tak boleh mengaibkan suami walau seteruk manapun dia, cuba suruh dia cari hadis ke, atau surah ke mengenai ini....setahu I lah....suami kena berlaku adil dan surah dari AlQuran pun perlu di tafsirkan secara adil ...nafkah bukan makan minum aje...batin pun nafkah juga...kalau dah berbulan-bulan tak balik rumah..walaupun mengirim duit untuk belanja, nafkah batin macam mana? Si isteri mungkin dah mati kutu, tak tahu nak buat ape...zaman nabi dulu mungkinlah kita berserah aje sambil berdoa supaya suami kembali sbb keadaan zaman masa tu agak kuno, tak de telepon, internet, tv dan sebagainya tapi zaman sekarang, banyak medium yang boleh digunakan, jadi siisteri pergilah kat TV berterus terang....haaa...barulah bersuara ustaz ni...tapi bersuara untuk menyalahkan si isteri....poyo betul....

Pakcik ustaz ni juga sedih sebab penyanyi bertudung yang dikaitkan dengan dia tu telah menerima tohmahan yang cukup hebat dan telah pun memohon maaf kepada keluarga penyanyi tersebut....Hoii bengong...awak ingat bekas isteri awak tu okay ke? Dia tak de perasaan malu ke sebab kena cerai, anak-anak awak tu tak rasa ape-ape ke? yang disibukan perasaan orang yang tak de pertalian dengan dia...Dasar jantan berkepala dua...macam lidah juga..bercabang dua...tak tahu nak fikir mcm mana dah...Hishhhh...meluat sungguh I dengan ustaz sekor ni....Kalau dia tu Awi ke, Norman Hakim ke, I tak kesah sangat....memang nampaklah buaya nya...memang patutlah pun kalau kaki perempuan ....ni USTAZ you, USTAZZZZZ....ustaz taik kucing!

Chow dulu sebelum I muntah hijau!

Monday, July 27, 2009

Allah selamatkan saya ketika derita......

Received this from Shamsul tru email. A good one to be shared........

Allah selamatkan saya ketika derita...Azamin Amin

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang."Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini...?" kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.
Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif."Jika ada duit, adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja."Roti canai..." jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.
Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.Tidur untuk menahan lapar. Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi."Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu...hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit. Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti 'Ah Long', menjadi pengawal keselamatan dan 'house-keeping' di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota. Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera. Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan 'kerja', namun saya tolak kerana menjadi 'pusher' dan jual paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di kelab malam dan upah 'menarik' kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah. Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.'Tak boleh sembahyang Jumaat!'Saya bekerja di bahagian 'script processing' dan 'data entry'. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena."Kenapa baru balik? Pergi mana?" jerkahnya."Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun."Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!"katanya tidak puas hati.Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan 'solat' di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim 'bersidai'."Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.

Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang "Remiser" mengambil saya berkerja sebagai "Asistant" di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjukknya lagi.Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya."Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat," ingat mereka kepada saya.Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya..."Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka."

Ya, begitulah juga dengan saya...hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka...Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia...itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu."Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena.
Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah 'menyelamatkan' saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang.Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya.Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya...Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.Saya bersabar menunggu detik itu...Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :" Mmm...sedap.."Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk 'mencarik-carikkan' nurani saya.Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena......Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama 'universiti terbaik' hidup kita selama ini.Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya.

Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya�" (Al-Baqarah: 286)Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa.

Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga 'frust' dan tewas. Kecewa umpama 'mati' sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, 'menghidupkan' saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan.Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya.

Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang..."Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).
Yes, membaca artikal di atas membuat saya terfikir....selalunya saya mengeluh akan sedikit aje kesusahan sedangkan di luar sana ramai lagi yang lebih sensara kehidupan mereka... Terasa diri tidak bersyukur dengan segala kenikmatan dan kemewahan yang dilimpah Allah...sedikit diuji telah mula mempersoalkan keadilan Allah ...kenapa kita diuji sedemikian rupa, sedangkan disaat mewah ingatkah kita akan Dia?
chow!~