Monday, April 27, 2009

Back to work.......

Pagi-pagi ...masih memandu on the way ke pejabat, boss dah telefon..minta setkan appointment dgn VP of one company...belum sempat bernafas..dah ade kerja...tak pelah...kerja berbayar, kenalah buat....sampai ke office, boss dah mengadu mcm-mcm...hehehe baru seminggu secretary tak de...kalau sebulan mcm manalah agaknya....yang I perasan sangat tentang boss I ni, masa secretary ada, semua extension no lah dia tak ingat...mengharapkan kita aje, padahal almost everyday dia kena bercakap dgn orang yang sama...extension no pun tak boleh nak ingat...cannot imagine masa I tak de...mcm manalah agaknya dia call minah tu....

Hubby outstation ke KK, macam tak pandai penat hubby ni...baru balik dari long drive ke Terengganu and Kelantan dah pergi lagi...nak buat mcm mana, dah kerja dia ....mcm picca juga..full of energy....picca pun tak penat-penat...boleh dia sepanjang 500km balik dari kelantan ke KL tak sedikit pun dia tidur...penat kita melayannya bercakap...sampai ke rumah boleh lagi mengadap laptop....terror betul anak dara seorang ni...

Kami sampai di Kota Bharu agak lambat, dah nak senja pun...dah malas nak keluar cari makan, so we decided to makan kat hotel cafe aje...seafood buffet dinner...picca loves sushi...nasib baik ada..so dia hanya makan itu aje...well, mana nak makan sangat kalau dah asyik berlari ke sana ke mari di dalam cafe tu. hubby kata this will be a treat from him to me...inconjunction with the Secretaries' Week...hehehehe....indirectly I pun secretary dia juga...buat macam-macam lagi...Esoknya kami ke Pasar Siti Khadijah...tak de nak membeli apa-apa pun...I suka telur penyu tapi mahal ya amat..RM12 untuk 3 biji...I sempat makan laksa lemak dan hubby makan nasi ulam di sebelah atas pasar .....sedapppp...and so cheap, laksa RM1.50 and nasi ulam pun dalam RM 1.60 aje sepinggan...kami tak jumpa proper restaurant untuk makan, mungkin sebab hari Jumaat, kebanyakan kedai ditutup tapi laksa di Pasar Siti Khadijah tu memang sedap...

Kami bertolak pulang pada esoknya, Sabtu....melalui Lembah Belum dan Gerik....bukan main jauhnya ...hutan di kiri dan kanan. Singgah lunch di pekan Gerik...punyalah tak sedap...lauk pun entah apa-apa, sbb lapar, makan jugalah...bila tenguk tempat yang macam ni... I really appreciate yang I tinggal di KL, semua adaa...nak makan ape aje..just sebut dan sediakan duit ...Gerik ni disebabkan jauh...ikan-ikan mungkin kurang, di kedai makan tu hanya ada lauk ikan kembung dan ayam...tidak byk pilihan...sayurpun tiada...sudahnya hubby makan kari ikan dan sayur pucuk labu rebus.....

Sampai KL dah malam...kepenatan tapi seronok...puas rasanya berjalan...destinasi seterusnya, ingat nak ajak hubby ke Cameron Highland...I belum pernah ke sana......any suggestion on good and comfortable hotel over there..

Alright, chow....

Thursday, April 23, 2009

Renaissance@Kota Bharu, Kelantan

Finally arrived Kota Bharu, Kelantan at about 1700 hours; a slow and winded 3-hours drive from Kuala Terengganu.

Earlier in the morning, the drive from Kerteh to Kuala Terengganu was an unusual 3-hours marathon; no thanks to overzealous local traffic policemen clearing the road for miles on end, pulling all motorised traffic off road and making everyone wait under blazing hot sun for a good 30-45 minutes, just to impress a bunch of overly-rated under-achieving adult cyclist on Misguided Policing 101, as they pass through unharmed! Wonder what the French did during their TourDeFrance, shutdown Paris???

Anyway, the Renaissance@KotaBharu is a truly welcome pitstop after that long, arduous and interrupted drive. AND, to her credit, Picca is still all smiles at the hotel seafood buffet dinner.

Wednesday, April 22, 2009

Paka Residence Resort

Di Paka dah dua malam....di sini musim sotong..kelmarin petang dah makan sotong goreng tepung di gerai tepi pantai berhampiran hotel...bestnya...tapi tidak murah ye...dua ekor sotong, sepinggan keropok lekor, air kelapa dan tea o cost me RM 16, tapi sotongnya fresh dan bertelur...malamnya kekenyangan tidaklah makan ape-ape lagi....

Kelmarin juga rakan hubby memberi kami sotong, ketam dan seekor ikan putih...sedapnya kalau boleh memasak...kenalah tumpang kitchen hotel untuk bekukan sehingga kami pulang ke KL....Ketam sedap di masak black pepper dan sweet sour...sotong pula bila dimasak hitam dgn dakwatnya amat manis dan sedap...kegemaran keluarga...ikan putih, masak kari pun sedap, atau disteam aje....hmmm tak sabar dah nak balik KL..nak memasak... tqlah pada rakan hubby yang baik budi, semoga dimurahkan rezeki hendaknya...

Kelmarin semasa menunggu hubby habis bermesyuarat sempatlah pula singgah ke Mesra Mall, Giant masih belum dibuka...mengapa agaknya ye? MB dah baru, tak kan masih berbudaya yang lama....entahlah.....susah kalau hanya memikirkan kepentingan peribadi... maaf, kalau I tersilap membuat andaian.....

Sempat berurut di Tannamerra Spa yang terletak di Mesra Mall...Berbaloi sungguh, at RM79 selepas discount 20% satu badan diurutnya selama satu jam...tukang urutnya masih anak dara, tapi jari jemari kuat bukan main...mengeringkot juga menahan sakit...sempat bertemu the owner of the spa, Puan Esah yang ramah tamah...she sounds and looks educated, memang sah pun....ada MBA you....tabik spring kat Puan Esah yang sanggup balik ke kg for good just for anak-anaknya merasa suasana kg yang sebenarnya...pernah bekerja di bank di KL, sudah mempunyai rumah di Subang Jaya tapi balik ke kg dan membuka perniagaan di kg..anak jati Kemaman, such a wonderful lady...pasti akan berurut lagi di spanya bila ke sini lagi nanti...

Kerana sudah sering ke Kerteh, saya amat senang memandu ke sana ke mari melihat persekitaran. Taklah patah kaki asyik memerap di bilik hotel....picca amat suka main pasir di pantai..so memang dua tiga jam juga berjemur di pantai...bila penat dia akan mandi pula di pool hotel...kemudian tidur selepas makan ape patut and sebelah petang pula menjemput hubby dari office...hemmm senangnya hidup...malasnya mengenangkan kena bekerja semula minggu depan...

Btw, nimah..if you are reading this...please, please and please siapkan biskut tempahan I tu by the time I balik ke office next week ye...tak sanggup nak dengar si Picca menanyakan biskut sedap you tu....tolong ye...tq nimah....

nak ke pantai kejap lagi...bising dah picca...

chow!

Friday, April 17, 2009

Kerteh lagi........

Next week nak ikut hubby ke Kerteh...will stay at Paka Resort...suka pula kat situ dari Awana sbb kat sepanjang pantai tu ada gerai-gerai jual ikan celup tepung and keropok lekor yang sedap, hanya berjalan kaki dari hotel dah sampai...depan hotel pula disebelah paginya ada gerai yang menjual nasi dagang yang sedap....tak perlu jauh-jauh nak cari makan...beach pun dekat amat..Picca suka sungguh bermain pasir di pantai..seharian pun dia ok...kita yang gelap dibuatnya...

Ada a few bloggers yang I rajin singgah blognya yang menetap di Kerteh seperti Mak Lang and Mulan...tapi sbb saya hanya silent reader aje..segan pula nak contact2....anyway i memang suka ke Kerteh...suka suasana kampungnya yang aman...cuma bab makan kalau dah seminggu di sana tak larat pula asyik makan benda yang sama...bila dinner asyik makan tom yam aje...sampai tak tahu nak makan ape...

Ok, chow dulu...Kerteh..here i come.........

Thursday, April 16, 2009

Heartiest Congratulations...........

Heartiest Congratulations to Duli Yang Maha Mulia Tuanku Aishah Rohani binti Al-Marhum Tengku Besar Mahmud on Her Royal Highness' appointment and installation as the Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus on Tuesday 14 April 2009.

Sebagai anak Negeri Sembilan sudah semestinya I feel happy with the appointment....Banyak yang diperkatakan mengenai yang terdahulu...moga-moga yang ini akan lebih prihatin mengenai rakyat, lebih menghormati adatbudaya dan agama. Harap-harap tiada lagi jenis yang suka berparty dan berpoya-poya...apa lagi yang amat berbangga dengan nickname Inggeris mereka...harap-harap yang ini adalah Raja berdaulat, raja disembah sebenarnya...

Daulat Tuanku!

Wednesday, April 08, 2009

Syarat-Syarat Busana Melayu

Seorang rakan mengirim email dgn attachment Syarat-syarat Busana Melayu...Faham beliau bukan mengata atau memperli saya, kerana pasti sekali saya masih belum 100% mengikut syarat-syarat tersebut tapi memang berdesup kena batang hidung sendiri...Terima kasih Wan...saya menerima dgn hati terbuka...insyaAllah akan tiba masanya ye...


Syarat pertama: Hendaklah pantang membuka aurat
Sesiapa memakai terbuka aurat, tanda imannya sudah berkarat.
Tanda orang yang tidak semengah.
Berkain baju terdedah-dedah.
Sesiapa memakai tersingkap-singkap
tanda dirinya sudah tidak beradab.
Adab orang melayu jati memakai baju berhati-hati

Syarat kedua : Pantang terlalu nipis
Sekiraya kain baju terlalu nipis,
di situlah tempat setan dan iblis.
Apabila memakai baju terlau jarang,
malu tak ada, aib pun hilang.
Sesiapa memakai tembus mata,
tanda dirinya dalam nista.

Syarat ketiga : Tidak terlalu ketat
Mestilah tidak terlalu ketat.
Tidak sama sekali menampakkan lekuk atau bentuk tubuh
Ingatlah, apabila memakai terlalu ketat,
agamanya hilang –binasa adat.
Sesiapa berbaju terlalu sempit,
imannya malap, jiwanya sempit.


Syarat keempat: Pantang ia mengada-ngada
Membuat baju haruslah sejudu,
pantang ia meniru-niru
supaya tak hilang maruah Melayu.
Apa memakai baju,
tahukan diri dan tak lupa diri sendiri.
Kalau memakai baju
elok menurut adat supaya tidak mendatangkan mudarat
Elok menutupi badan, supaya tidak disusupi setan.


Oleh: Faisal Tehrani

Tuesday, April 07, 2009

Hubby outstation lagi.......

Hari ni hubby ke Myanmar, Sabtu baru balik...Tadi sempat lunch bersama di restaurant Nasi Padang di Jalan Yap Kwan Seng... bolehlah...ada gulai otak segala...gulai urat kegemaran hubby...suruh dia makan betul-betul, nanti kat Myanmar susah nak makan...adalah dua tiga aje restaurant yang jual makanan halal.....macam sekali makan kenyang 2,3 hari..hehehehe...

I pernah pergi sekali ke sana...tak larat lagi nak pergi...persekitaran agak kotor...air sirih merata-rata..geli pula..Myanmar just mcm KL tahun 70an...cuma tanpa air sirih... I am glad to be back to KL....lega dan lapang dada..negara sendiri juga yang terbaik... Hubby dah pergi merata...kasihan dia...dapat tempat yang elok, oklah makan minum...dapat tempat yang teruk, i will make sure dia ada bawa maggie mee...nak cari rezeki...terpaksalah kan...

So, selama beberapa hari ni, I akan malas nak masak dinner...hubby tak de, maid je masak, and i will just eatlah apa-apa yang dia masak..

Hope hubby safe and sound over there.....

chow!

Monday, April 06, 2009

Sri Siantan yang bengong.....................

Semalam semasa membaca Berita Minggu, saya terjumpa kolum menanya masalah...yelah, minah ni ada masalah, so dia mintalah pakar ni tolong jawapkan atau carikan penyelesaian kepada masalah dia ni...ape dia perlu buat and sebagainyalah...masalah dia macam ni:

Suami dia ni panas baran, suka memaki hamun , suka ungkit mengungkit, suka membesar-besarkan perkara kecil dan suka memaki hamun emak dan bapak minah ni bila bergaduh...I rasa inilah masalah dia . Lagi satu, dia kata dia kuat merajuk....and suami dia dah warning, kalau dia buat lagi perangai merajuk dia ni, akan kena cerai! So minah ni bertanya apa dia perlu buat untuk kurangkan perangai merajuk ni supaya suami dia tak ceraikan dia...Sampai bab ini I dah bengong! Yelah...apa masalah minah ni sebenarnya....I rasa kat atas tu dia dah listkan 4, 5 perangai tak elok laki dia...perangai tak elok dia (kalau bolehlah dikatakan merajuk tu perangai tak elok) hanyalah merajuk which I rasa memang perangai semulajadi orang perempuan...lebih-lebih lagi kalau dapat laki mcm laki dia tu...kalau I lah bukan merajuk lagi...terus lari aje...buat ape berlakikan manusia mcm tu...panas baran tu satu...yang suka memaki hamun emak ayah kita tu apa hal? Itu dah kurang ajar! Cuba kita maki hamun emak ayah dia pula...ape rasa?

Alah...setakat merajuk, dah nak cerai, nampak sangat yang laki dia tu bukan aje ada 4,5 perangai buruk tapi mungkin 10,20 lagi....Sebagai suami dia sepatutnya membimbing siisteri, bukan sedap-sedap aje nak buat undang-undang jahiliah dia tu..tapi kalau dah perangai diri sendiri pun macam sial, nak bimbing macam mana?

Jawapan pakar pada masalah minah ni pun mcm sial juga...ada ke dia kata, minah ni kena berubah, masa bercinta, tak pelah merajuk , tapi bila dah kahwin dah tak elok buat perangai mcm tu..perempuan juga salahhhhh....I rasa, I pun akan merajuk, kalau laki duk maki hamun and nak panas baran tak bertempat..takkan and senyum lak? Mahu i tak layan makan minum dia dua tiga minggu, biar dia makan kat kedai mamak..tenguk dia maki hamun tak mamak tu kalau masak tak sedap...

Kadang-kadang I tak faham orang lelaki ni...makin tua bukan makin berakal, makin kurang akal pula jadinya...Macam cerita my friend ni...Dia ni duk mengadu dengan I, yang suami dia ada affair...bukan dgn orang senonoh pun, dengan GRO je...my friend ni cantik orangnya, putih melepak, bertudung, lulusan U lagi...When she found out about this, dia pun confronted lah hubby dia...tanya ape salah dia, sampai hubby buat dia mcam ni? Sihubby biol dengan muka tak tahu malu pun list outlah segala " kelemahan dan kesalahan" my friend ni, termasuklah tak pandai masak....hellooooo! anak dah 4, perut laki dia tu dah boroi semcm baru perasan yang isteri dia ni tak pandai masak! Ok fine! my friend pun mulalah belajar masak, segala buku resepi dibelinya dan dia akan tergesa-gesa nak balik ke rumah selepas pejabat sebab nak masakkan laki dia ni... You all rasa pelik tak? I rasa pelik dan sakit hati yang amat sangat sebab laki dia yang buat perangai mcm sial kenapa pula si isteri yang kena berubah...laki dia yang buat salah tapi pandai-pandai pulak put the blame kat isteri.. Kononnya dia ada affair dengan perempuan lain sebab isteri dia tak layan makan minum, asyik maid aje yang masak...segala kelakuan gatal dia tu berpunca dari isteri bukan diri dia...dia tak nak menggatal sebenarnya tapi ape nak buat..isteri saya tak pandai layan saya so saya kenalah cari perempuan lain untuk melayan ....bukan calang-calang perempuan...memang bab-bab melayan ni terror punya...GRO! Bodoh bangang punya jantan!

Let me share with you the following:

An-Nisa (The Women), Ayat 19


[19]Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).


Wassallam.


Chow!

Friday, April 03, 2009

Bong Sen.... what a wrong choice!

Tadi lunch kat Bong Sen...di KLCC....mula-mula ingat nak lunch kat Santini, dah janji dengan Was dari last week nak jumpa dia for lunch on Friday, ajak lina and my hubby sekali. Last minute decided nak cuba Vietnamese food sbb teringat hubby suka beef noddle Vietnamese style..tapi hampeh betul...tak sedap langsung...tak cukup bahan gamaknya...

I ordered Vegetarian Tom Yam Meehoon, except for the fresh vege which i love, kuahnya memang directly from the bottle... tak berbaloi dgn RM18 semangkuk.....Lina terpaksa berulangkali minta minuman dia baru dihantar...punyalah lembab...

Hubby then left for prayer...tinggal kami yang berborak hingga 2.15pm baru angkat punggung. Banyak je nak cerita kalau bertemu Was...citer pasal anak-anak sure ada punya...Was nampak happy di tempat kerja baru...yelah...dapat peluang baik...gaji pun ok...

Then usik Lina yang masih bujang trang tang-tang...Cuba nak kenenkan dia dgn salah seorang Manager di tempat kami...dia tak nak..sbb mamat tu mcm blur-blur sikit...Si Lina pula happening orangnya...I kata bila dah kenal nanti, dah keluar-keluar sama-sama kuranglah blurr dia tu...Mamat ni semua dah ada...drive CRV, rumah pun dah ada, gaji lebih RM10k, Lina masuk cuci kaki je...tapi Lina tak interested lah...puas dah pujuk...kalau dia nak, sure Mamat ni tak tolak...Mamat ni baik orangnya...jenis kalau sayang orang sure sampai mati punya...Lina..Lina..entah apa yang dicarinya...Pada I, tak semua yang handsome tu baik perilakunya...biarlah kurang rupa, tapi baik perkertinya...Lina pula nak yang handsome,yang banyak duit...Mamat ni cuma kurang sikit paras rupa...alah sikit aje...

Hahahaha...dari citer pasal makan tercerita pula hal nak menjodohkan orang....apa lah...

chow!

Thursday, April 02, 2009

Sharing with you.....

PRAYER

I asked Allah to take away my habit.
Allah said, No. It is not for me to take away, but for you to give it up.

I asked Allah to make my handicapped child whole. Allah said, No. His spirit is whole, his body is only temporary.

I asked Allah to grant me patience. Allah said, No. Patience is a byproduct of tribulations; it isn't granted, it is learned.

I asked Allah to give me happiness. Allah said, No. I give you blessings; Happiness is up to you.

I asked Allah to spare me pain. Allah said, No. Suffering draws you apart from worldly cares and brings you closer to me.

I asked Allah to make my spirit grow. Allah said, No. You must grow on your own!, but I will prune you to make you fruitful.

I asked Allah for all things that I might enjoy life. Allah said, No. I will give you life, so that you may enjoy all things.

I ask Allah to help me LOVE others, as much as He loves me. Allah said...Ahhhh, finally you have the idea. May Allah Bless You, To the world you might be one person, but to one person you just might be the world "For all the negative things we have to say to selves Allah has a positive answer for it.

You say: "It's impossible" Allah says: All things are possible

You say: "I'm too tired" Allah says: I will give you rest

You say: "I can't go on" Allah says: My grace is sufficient

You say: "I can't figure things out" Allah says: I will direct your steps

You say: "I can't do it" Allah says: You can do all things

You say: "I'm not able" Allah says: I am able

You say: "It's not worth it" Allah says: It will be worth it

You say: "I can't forgive myself" Allah says: I FORGIVE YOU

You say: "I can't manage" Allah says: I will supply all your needs

You say: "I'm afraid" Allah says: I have not given you a spirit of fear

You say: "I'm always worried and frustrated" Allah says: Cast all your cares on ME

You say: "I don't have enough faith" Allah says: I've given everyone a measure of faith

You say: "I'm not smart enough" Allah says: I give you wisdom

You say: "I feel all alone" Allah says: I will never leave you or forsake you

You say: "Nobody really loves me" Allah says: I love you


Note: Received from a friend tru email...thank you to the author, whoever you are...may Allah always be with you..............

Teringat kawan-kawan lama.....

Di mana agaknya kawan-kawan lama semasa sekolah dan kolej ye:

Dimana anda:

hanim, zarina, rahimah, Juniza (semasa sekolah rendah di Kajang), Meh (Mastura), Kak Eri, Raja Akma, (YSITM)...teringin sangat nak berjumpa...

Kawan-kawan di sekolah menengah pun tak pernah berjumpa....kalau jumpa pun mungkin dah tak kenal rupa paras...

nama-nama yang disebut di atas adalah kawan-kawan yang agak rapat....sedih bila tidak pernah lagi berhubungan......