Monday, April 06, 2009

Sri Siantan yang bengong.....................

Semalam semasa membaca Berita Minggu, saya terjumpa kolum menanya masalah...yelah, minah ni ada masalah, so dia mintalah pakar ni tolong jawapkan atau carikan penyelesaian kepada masalah dia ni...ape dia perlu buat and sebagainyalah...masalah dia macam ni:

Suami dia ni panas baran, suka memaki hamun , suka ungkit mengungkit, suka membesar-besarkan perkara kecil dan suka memaki hamun emak dan bapak minah ni bila bergaduh...I rasa inilah masalah dia . Lagi satu, dia kata dia kuat merajuk....and suami dia dah warning, kalau dia buat lagi perangai merajuk dia ni, akan kena cerai! So minah ni bertanya apa dia perlu buat untuk kurangkan perangai merajuk ni supaya suami dia tak ceraikan dia...Sampai bab ini I dah bengong! Yelah...apa masalah minah ni sebenarnya....I rasa kat atas tu dia dah listkan 4, 5 perangai tak elok laki dia...perangai tak elok dia (kalau bolehlah dikatakan merajuk tu perangai tak elok) hanyalah merajuk which I rasa memang perangai semulajadi orang perempuan...lebih-lebih lagi kalau dapat laki mcm laki dia tu...kalau I lah bukan merajuk lagi...terus lari aje...buat ape berlakikan manusia mcm tu...panas baran tu satu...yang suka memaki hamun emak ayah kita tu apa hal? Itu dah kurang ajar! Cuba kita maki hamun emak ayah dia pula...ape rasa?

Alah...setakat merajuk, dah nak cerai, nampak sangat yang laki dia tu bukan aje ada 4,5 perangai buruk tapi mungkin 10,20 lagi....Sebagai suami dia sepatutnya membimbing siisteri, bukan sedap-sedap aje nak buat undang-undang jahiliah dia tu..tapi kalau dah perangai diri sendiri pun macam sial, nak bimbing macam mana?

Jawapan pakar pada masalah minah ni pun mcm sial juga...ada ke dia kata, minah ni kena berubah, masa bercinta, tak pelah merajuk , tapi bila dah kahwin dah tak elok buat perangai mcm tu..perempuan juga salahhhhh....I rasa, I pun akan merajuk, kalau laki duk maki hamun and nak panas baran tak bertempat..takkan and senyum lak? Mahu i tak layan makan minum dia dua tiga minggu, biar dia makan kat kedai mamak..tenguk dia maki hamun tak mamak tu kalau masak tak sedap...

Kadang-kadang I tak faham orang lelaki ni...makin tua bukan makin berakal, makin kurang akal pula jadinya...Macam cerita my friend ni...Dia ni duk mengadu dengan I, yang suami dia ada affair...bukan dgn orang senonoh pun, dengan GRO je...my friend ni cantik orangnya, putih melepak, bertudung, lulusan U lagi...When she found out about this, dia pun confronted lah hubby dia...tanya ape salah dia, sampai hubby buat dia mcam ni? Sihubby biol dengan muka tak tahu malu pun list outlah segala " kelemahan dan kesalahan" my friend ni, termasuklah tak pandai masak....hellooooo! anak dah 4, perut laki dia tu dah boroi semcm baru perasan yang isteri dia ni tak pandai masak! Ok fine! my friend pun mulalah belajar masak, segala buku resepi dibelinya dan dia akan tergesa-gesa nak balik ke rumah selepas pejabat sebab nak masakkan laki dia ni... You all rasa pelik tak? I rasa pelik dan sakit hati yang amat sangat sebab laki dia yang buat perangai mcm sial kenapa pula si isteri yang kena berubah...laki dia yang buat salah tapi pandai-pandai pulak put the blame kat isteri.. Kononnya dia ada affair dengan perempuan lain sebab isteri dia tak layan makan minum, asyik maid aje yang masak...segala kelakuan gatal dia tu berpunca dari isteri bukan diri dia...dia tak nak menggatal sebenarnya tapi ape nak buat..isteri saya tak pandai layan saya so saya kenalah cari perempuan lain untuk melayan ....bukan calang-calang perempuan...memang bab-bab melayan ni terror punya...GRO! Bodoh bangang punya jantan!

Let me share with you the following:

An-Nisa (The Women), Ayat 19


[19]Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).


Wassallam.


Chow!

No comments: