Seorang rakan mengirim email dgn attachment Syarat-syarat Busana Melayu...Faham beliau bukan mengata atau memperli saya, kerana pasti sekali saya masih belum 100% mengikut syarat-syarat tersebut tapi memang berdesup kena batang hidung sendiri...Terima kasih Wan...saya menerima dgn hati terbuka...insyaAllah akan tiba masanya ye...
Syarat pertama: Hendaklah pantang membuka aurat
Sesiapa memakai terbuka aurat, tanda imannya sudah berkarat.
Tanda orang yang tidak semengah.
Berkain baju terdedah-dedah.
Sesiapa memakai tersingkap-singkap
tanda dirinya sudah tidak beradab.
Adab orang melayu jati memakai baju berhati-hati
Syarat kedua : Pantang terlalu nipis
Sekiraya kain baju terlalu nipis,
di situlah tempat setan dan iblis.
Apabila memakai baju terlau jarang,
malu tak ada, aib pun hilang.
Sesiapa memakai tembus mata,
tanda dirinya dalam nista.
Syarat ketiga : Tidak terlalu ketat
Mestilah tidak terlalu ketat.
Tidak sama sekali menampakkan lekuk atau bentuk tubuh
Ingatlah, apabila memakai terlalu ketat,
agamanya hilang –binasa adat.
Sesiapa berbaju terlalu sempit,
imannya malap, jiwanya sempit.
Syarat keempat: Pantang ia mengada-ngada
Membuat baju haruslah sejudu,
pantang ia meniru-niru
supaya tak hilang maruah Melayu.
Apa memakai baju,
tahukan diri dan tak lupa diri sendiri.
Kalau memakai baju
elok menurut adat supaya tidak mendatangkan mudarat
Elok menutupi badan, supaya tidak disusupi setan.
Oleh: Faisal Tehrani

No comments:
Post a Comment