Thursday, May 14, 2009

Kalau dah jodoh...........

Petang semalam, seorang kawan seofis mengadu yang isteri dia dah tak nak balik kampung...kebetulan I sekampung dengan isterinya...i tanya, " Mengapa?" " Emak dia remarried" " Haa? " Biar betul" , " Yeee...dgn orang kampung situ yang umor dah 70++" . " Your mother in law how old?" "68" jawap dia .." Alahhh..biarlah dia kahwin, dia sunyi agaknya duduk sorang-sorang kat kampung tu" I kata balik..." Masalahnya, kita ajak duduk sama dia tak nak...mahu aje aku bakar rumah kat kg tu, biar dia tak de rumah" jawap rakan i tu. " Gila apa kau" i jawap sambil besar-besarkan mata...

My friend kata, wifenya risau, sbb emaknya tu berduit...sedangkan hubby baru emaknya tu keje kampung aje...salah-salah emaknya nanti yang menanggung makan pakai laki barunya tu pula...kalau setakat lakinya tu aje, tak pelah..ni dengar-dengar anak-anak lelaki tu pun dah berpindah ke rumah emaknya...Entahlah, pening juga kalau difikirkan...tapi walau macammana pun, emak tetap emak...sebagai anak..tak eloklah kalau kita tak balik menjenguk dia...memang dah jodoh dia agaknya...terima ajelah...lagipun dia orang dah tua..bukan lama lagipun ...biarlah dalam masa-masa tua diaorang, kita sebagai anak janganlah nak bergaduh dan bermasam muka pula dgn emak ayah...

Pada I, mungkin MIL dia tu just nak berteman...sunyi bila sorang-sorang aje duduk di kampung, nak duduk di rumah anak-anak, tidak seselesa duduk di rumah sendiri...my parents pun macam tu...puas diajak...tetap juga nak tinggal di kampung...so i faham perasaan dia orang ni...

zaman sekarang ni tak macam dulu kala....dah umur 68 pun masih laku...

chow!

No comments: