Tuesday, June 30, 2009

Durian dah gugur....


Abah called, suruh balik kampung, durian dah gugur...so kamipun baliklah hari Jumaat lepas keje tu...kebiasaannya balik hari Sabtu, hari Ahad balik KL...ni kena balik hari Jumaat and Sabtu lepas masak-masak baru balik KL...hubby akan outstation lagi on Sunday.
I like to collect durian bila bangun tidur pagi-pagi...seronok tenguk buah durian bertabur kat bawah pokok dia...Pokok-pokok durian abah adalah beberapa batang di belakang rumah so tidaklah jauh nak mengutipnya...Mana yang jatuh di sebelah pagar jiran, abah tak beri kami mengambilnya...dah dipesan supaya jiran mengambilnya....yelah...daun durian yang jatuh ke tanah jiran pun kita tak terkutip, apalah salahnya sedekah aje buah yang jatuh di kawasan dia...
Kali ni tak banyak sangat buahnya...tapi cukuplah, malah berlebih-lebih kalau ingin bersedekah kepada saudara mara...Rezeki Angah yang balik pada hari Ahad tu hanya 3 biji...rezeki Atam pula dengar-dengar ada 3 kotak, hampir penuh keter Naza dia tu....yelah...benda ni ikut rezeki...kalau masa kita balik banyak gugurnya, memang rezeki kita lah...lainlah kalau boleh digegarkan pokok tu untuk menjatuhkan buahnya...
Mana-mana buah yang dah merekah I buat tempoyak...hemmm...Anis suka betul kat tempoyak ni...buat sambal, masak asam tempoyak ikan dan macam-macam lagi boleh dibuat..Picca bising nak menolong membuat tempoyak...pandai pula dia membuatnya lepas di ajar...dapatlah dua balang tempoyak...satu diberi kepada Angah kerana dia telah memesan....satu lagi bawa balik ke rumah dan ingat nak sedekah kat kawan-kawan ofis sedikit...I suka tempoyak yang agak masam sikit...ada pula tak suka...walau ape pun, sambal tempoyak dgn cili api, cicah ikan bilis memang sodap....
Malam tadi, buat muffin durian...bawa ke ofis sedikit...kawan-kawan memuji sedap...muffinnya agak comot kerana Picca menolong sama...Picca tak suka durian...puas memujuk suruh dia merasa...sikit pun tak mahu...siap buat muka lagi...seolah-olah geli...rugi-rugi...
Well, puas rasanya dapat makan durian dari kebun sendiri....sekarang ni abah dan emak ada di kampung, merasalah makan durian sepuas-puasnya...esok lusa kalau abah dan emak dah tiada, entah merasa entah tidak...yelah, rumah kampung tu atas nama kekanda yang sulong...tidak sama rasanya bila rumah bukan didiami abah dan emak....nak balik ikut sukapun rasanya dah tak boleh..walaupun sedarah sedaging...kena juga ambil kira hati ipar, yang entah suka tak suka kita balik...apa-apa hal..selagi ada abah dan emak, I balik lah ke kampung...esok lusa bila mereka dah tak de...pandai-pandailah bawa diri...
chow...

No comments: