Thursday, July 30, 2009

Semoga selamat pergi...dan selamat kembali.....

Dua tiga orang kawan seofis akan berangkat ke Tanah Suci Mekah esok, menunaikan umrah atas tajaan syarikat. Rashidi baru saja balik dari sana tak sampai sebulan....dapat lagi pergi kali ni...memang rezeki dia. I was offered 2 kali sebelum ini , tapi memang belum seru agaknya untuk ke sana, dua-dua kali terpaksa ditolak...ada saja sebabnya yang tidak membolehkan i pergi...teringin, Allah saja yang tahu...mungkin ada seru lain kali...InsyaAllah....

Mengirim kurma nabi dengan Rashidi mengenangkan bulan puasa hampir tiba....berniat untuk memberi abah sedikit kurma nabi kerana abah amat menyukai kurma...semoga ada rezeki kali ini. Terima kasih kepada Rashidi kerana sudi menerima kiriman I, susah menerima kiriman orang ni...i faham....mana nak bawa barang-barang sendiri...salah-salah rasa terbeban pula akibat menerima kiriman orang. I sangat berterima kasih atas kesanggupan dia.

Lepas ini mungkin tiada lagi tajaan dari syarikat untuk menunaikan umrah...yelah...syarikat mungkin akan bertukar management...nasib kami pun belum tentu....salah-salah kena cari perkerjaan lain...well, rezeki itu ada di mana-mana, bumi Allah amat luas....dulu masa umur muda, i bimbang kalau tidak berkerja...sekarang ni, mencari pun tidak...menyerah nasib pada ketentuan Allah...ada rezeki adalah...kalau sudah ditakdirkan tidak bekerja, i terima aje...banyak dalam fikiran yang boleh dibuat sebenarnya...jual nasi lemak di tepian jalanpun dah dikira satu perkerjaan...membaca buku La Tahzan mengubah persepsi I tentang kehidupan.. I would not want to be too obsess with what the future will be for me... I bertekad hidup untuk hari ini...hari esok hanya Allah tentukan...saperlah kita untuk tentukan hari esok...entah sempat entah tidak...entah-entah sebelum subuh sudah tiada di alam fana ini...

Dulu, i berazam macam-macam...put target on everything in life...nak kaya bila...nak dapat anak bila...nak ke mekah bila..nak beli rumah bila...nak bawa Picca ke Disneyland bila....tapi tidak lagi sekarang...bukan patah semangat cuma i tersedar...tersedar dari angan-angan...yang hidup ini tidak sesenang yang kita sangka...payahnya Allah saje yang tahu... tapi perlukah kita mengeluh dan merungut atau sepatutnya kita bersyukur bila celik mata pagi-pagi masih bernafas....masih dapat mencium pipi picca....masih dapat panggilan dari anak-anak menanya khabar.....

Syukur ye Allah atas segala rezeki yang kau berikan.....Amin....

Wednesday, July 29, 2009

Alahhhh...alasan je tu....

I memang tak berkenan sungguh dengan selebriti yang sorang ni....entahlah...nothing personal actually, tapi menyampah sangat bila baca cerita-cerita dia ni....berlagak ustaz tapi perangai dan penampilan tak seiring dengan gelaran.

Ingat lagi, adalah satu hari tu, dia ni dipanggil untuk satu sesi ceramah kepada pelajar AF, tak pernah I tenguk, ustaz bersunglass semasa ceramah, kat dalam rumah lak tu...bukan ada matahari pun... I komen dengan anak, " ni bersunglass ni, sebab senang nak tenguk awek cun...nak tenguk pelajar perempuan mana yang cun...biar orang tak nampak mata dia melirik". Well, memanglah I macam berburuk sangka je, tapi , seorang bergelar ustaz sepatutnya tahu menjaga penampilan supaya tiada syak wasangka.

Lepas tu hebuh hal rumahtangga dia....siisteri akhirnya terpaksa pergi ke TV, keluarlah cerita ustaz ni dah lama tak balik ke rumah dan sebagainya.....

Last week, keluar kat TV, sah dah bercerai dengan isterinya itu...Nak tahu ape komen dia bila ditanya mengenai penceraian dia..."Buat masa ni saya rasa bebas" Tak tahulah maksud bebas tu, mungkin bebas lah kut nak bercanda di pinggiran pantai...macam gambar dia dengan seorang penyanyi bertudung tu, yang tersebar di internet....malam-malam tengah bercanda di tepian pantai...ustaz ape namanya tu, bawa anak dara orang ke pantai malam-malam...walau bukan berduaan tapi elok ke tu...bergaul bebas lelaki perempuan...kalau dia tu bukan berstatus ustaz, tak de saper kesah...tapi sebab dia tu kononnya ustaz...orang bising lah...

Pakcik ustaz ni juga masih tak puas hati dengan tindakan bekas isterinya bawa cerita kat TV bak kata dia dalam suratkhabar tu: " Saya kesal dengan kenyataan yang dikeluarkannya. Sepatutnya, kita kena bermuhasabah diri. Seorang isteri solehah tidak akan mengaibkan suaminya walau seteruk manapun suaminya itu" Aduhhhh...sedapnya mulut dia kan....suruh isteri dia bermuhasabah konon...yang dia tu tak balik rumah berbulan-bulan, tak jenguk anak isteri makan ke tidak, nak bermuhasabah konon....Isteri tak boleh mengaibkan suami walau seteruk manapun dia, cuba suruh dia cari hadis ke, atau surah ke mengenai ini....setahu I lah....suami kena berlaku adil dan surah dari AlQuran pun perlu di tafsirkan secara adil ...nafkah bukan makan minum aje...batin pun nafkah juga...kalau dah berbulan-bulan tak balik rumah..walaupun mengirim duit untuk belanja, nafkah batin macam mana? Si isteri mungkin dah mati kutu, tak tahu nak buat ape...zaman nabi dulu mungkinlah kita berserah aje sambil berdoa supaya suami kembali sbb keadaan zaman masa tu agak kuno, tak de telepon, internet, tv dan sebagainya tapi zaman sekarang, banyak medium yang boleh digunakan, jadi siisteri pergilah kat TV berterus terang....haaa...barulah bersuara ustaz ni...tapi bersuara untuk menyalahkan si isteri....poyo betul....

Pakcik ustaz ni juga sedih sebab penyanyi bertudung yang dikaitkan dengan dia tu telah menerima tohmahan yang cukup hebat dan telah pun memohon maaf kepada keluarga penyanyi tersebut....Hoii bengong...awak ingat bekas isteri awak tu okay ke? Dia tak de perasaan malu ke sebab kena cerai, anak-anak awak tu tak rasa ape-ape ke? yang disibukan perasaan orang yang tak de pertalian dengan dia...Dasar jantan berkepala dua...macam lidah juga..bercabang dua...tak tahu nak fikir mcm mana dah...Hishhhh...meluat sungguh I dengan ustaz sekor ni....Kalau dia tu Awi ke, Norman Hakim ke, I tak kesah sangat....memang nampaklah buaya nya...memang patutlah pun kalau kaki perempuan ....ni USTAZ you, USTAZZZZZ....ustaz taik kucing!

Chow dulu sebelum I muntah hijau!

Monday, July 27, 2009

Allah selamatkan saya ketika derita......

Received this from Shamsul tru email. A good one to be shared........

Allah selamatkan saya ketika derita...Azamin Amin

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang."Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini...?" kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.
Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif."Jika ada duit, adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja."Roti canai..." jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.
Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.Tidur untuk menahan lapar. Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi."Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu...hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit. Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti 'Ah Long', menjadi pengawal keselamatan dan 'house-keeping' di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota. Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera. Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan 'kerja', namun saya tolak kerana menjadi 'pusher' dan jual paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di kelab malam dan upah 'menarik' kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah. Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.'Tak boleh sembahyang Jumaat!'Saya bekerja di bahagian 'script processing' dan 'data entry'. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena."Kenapa baru balik? Pergi mana?" jerkahnya."Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun."Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!"katanya tidak puas hati.Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan 'solat' di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim 'bersidai'."Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.

Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang "Remiser" mengambil saya berkerja sebagai "Asistant" di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjukknya lagi.Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya.Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya."Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat," ingat mereka kepada saya.Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya..."Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka."

Ya, begitulah juga dengan saya...hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka...Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia...itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu."Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena.
Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah 'menyelamatkan' saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang.Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya.Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya.Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya...Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.Saya bersabar menunggu detik itu...Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :" Mmm...sedap.."Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk 'mencarik-carikkan' nurani saya.Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena......Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama 'universiti terbaik' hidup kita selama ini.Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya.

Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya�" (Al-Baqarah: 286)Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa.

Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga 'frust' dan tewas. Kecewa umpama 'mati' sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, 'menghidupkan' saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan.Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya.

Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang..."Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).
Yes, membaca artikal di atas membuat saya terfikir....selalunya saya mengeluh akan sedikit aje kesusahan sedangkan di luar sana ramai lagi yang lebih sensara kehidupan mereka... Terasa diri tidak bersyukur dengan segala kenikmatan dan kemewahan yang dilimpah Allah...sedikit diuji telah mula mempersoalkan keadilan Allah ...kenapa kita diuji sedemikian rupa, sedangkan disaat mewah ingatkah kita akan Dia?
chow!~

Monday, July 20, 2009

sumpah seranah.....

Nak citer pasal sumpah seranah ni...nak katakan pantang tok nenek i kalau dengar orang suka menyumpah ni tak boleh juga..sebab kadang-kadang terkeluar juga dari mulut i especially semasa memandu...tapi perkataan yang keluar tu tak lah teruk sangat kut...setakat bengong, stupid, bangang jelah...itupun kalau nak cakap stupid pun janganlah di depan Picca, siap kena warning dengan dia..yelah...kita dok mengajar dia jangan sebut stupid, tak elok...tiba-tiba kite pula menyebutnya...tak ke macam ketam mengajar anak berjalan jadinya......

Dari kecil hingga besar i perhatikan emak dan abah ada juga bergaduh...adatlah suami isteri...lebih-lebih lagi, emak dan abah amat jauh perbezaannya....abah masuk kolej...berpendidikan inggeris..emak pula darjah 4 pun tak lepas...membacapun tak lancar..abah berbangsa Jawa, emak pula ada darah minang...cara masakan berbeza, selera yang berbeza...tapi bila dah bertahun-tahun bersama, abah yang lebih NS dari emak...masak lemak cili padi satu kemestian...Emak berfikiran agak konservatif...seorang yang 100% meghambakan diri kepada keluarga...memasak, mengemas segala dilakukan oleh emak...ke pasar atau membeli barang dapur dilakukan oleh abah...sesekali mereka bergaduh, which i tak tahu sebabnya, tapi kami anak-anak perasan sebab emak akan byk berdiam dari bercakap....dan dia akan menyuruh kami yang memanggil abah makan...maka kami tahulah dia orang tengah berperang...Tapi, i puji my abah....tak sekalipun dia meninggikan suara...menjerit atau memaki hamun kepada emak atau kepada sesiapapun di dalam rumah tu...Abah memang seorang yang tidak banyak mulut, dan dalam situasi berperang dengan emak, abah akan jadi lebih pendiam... Bukan tidak pernah terjadi masalah besar dalam keluarga, pernah,....hari di mana Along bergaduh dengan emak dan dia lari dari rumah. Masa tu, Along baru lepas SPM, bila anak perempuan sulong lari dari rumah, abah menjadi tidak tentu arah....tapi tidak sebutirpun perkataan, ape lagi sumpah seranah abah hamburkan kat emak...Abah diam aje..tapi diam abah amat menakutkan kami...rasa seram sampai ke tulang..Masa tu seingat i, paling lamalah abah tidak bertegur sapa dengan emak.... So pada i, semua orang lelaki ni macam abah...cool saja, tak bising bila bergaduh, tidak pandai sumpah seranah segala, and masa tu i berfikir oh memang orang kalau berpelajaran macam tu....tenang dalam marah, lebih-lebih lagi kalau dengan keluarga sendiri...tak macam kita orang perempuan yang bermulut bising...tapi i silap....tidak semua lelaki macam my dad rupanya....

I pernah kenal seseorang yang berpelajaran tinggi, ada master lagi....tapi perangai bila marah, teruk bukan main....siap keluar semua, pant*t segala...apa lagi si*l dan bab*. Mula-mula i terkejut juga...rasa macam pelik dan terfikir juga...mengapalah kotor betul bahasa dia ni...tapi lama-lama dah tak rasa ape...dulu ingat i perkataan si*l,bab* tu hanya mainan mulut orang yang tidak berpelajaran...mungkin tukang angkat sampah, or buruh kasar yang tidak berpelajaran, yang tidak dididik dengan baik oleh parents dia orang, tapi sekarang ni i rasa tidak lagi....orang berpelajaran,berjawatan tinggi lebih kotor mulutnya dari tukang angkat najis mahupun sampah....

I have a lady friend dulu, semasa bersekolah di tingkatan 3, dia ni pandai, straight A student, tapi apabila di marah guru, tiada perkataan lain yang keluar dari mulut dia selain bab*, si*l punya cikgu....and dia tak menyumpah secara perlahan...satu class boleh dengar termasuk guru tersebut....terdiam guru tu mendengar sumpahan dia...Sekarang ni dia telahpun menjadi Doktor....menurut cerita abah yang rapat dengan bapa my friend ni, semasa kecil my friend ni menjalani hidup yang susah, terpaksa menoreh sebelum ke sekolah dan dibela oleh emak tiri. Mungkin perasaan marah yang tidak dapat dikeluarkan di rumah, dikeluarkan di sekolah...entahlah...harap-harap kelakuan suka menyumpah ni tak de lagi dalam diri dia...

Anak-anak ,pernah i cilikan mulut mereka semasa kecil kerana menyumpah semasa bergaduh sesama sendiri... , mula-mula i diamkan aje...masing-masing menjerit dengan segala jenis perkataan, tiba-tiba keluar perkataan bab*. Huhhhh...marah sungguh i, i sendiri tak pernah keluarkan perkataan tu, sedap-sedap je dia orang sebut....ape lagi...i ambil cili, patah dua, terus i lumurkan kat mulut dia orang...terjerit-jerit kepedasan....semenjak tu, i tak pernah lagi dengar dia orang gaduh menyumpah2....Anis masih ingat mulut dia kena cili...aniq tak ingat sangat bila ditanya.

Pada i apa yang keluar dari mulut kita mencerminkan peribadi kita yang sebenarnya...kalau asal marah aje, mulut terus menyumpah seranah, apelah guna berpelajaran tinggi, berjawatan besar, bergaji besar, bergaya mewah dan berpakaian up to date tetapi hakikatnya bahasa yang keluar dari mulut kita penuh dengan perkataan2 kotor yang tak seimbang dengan lahiriah yang kita tonjolkan selama ini.

I would not say that i tak pernah menyumpah...yes, i menyumpah....i menyumpah di dalam hati...biarlah orang nak kata i hypocrite ke, tapi yang penting, i would not want people assocciate diri i dengan sumpah seranah class 3 lebih-lebih lagi i tak nak orang berfikir yang sumpah menyumpah ni memang menjadi kebiasaan keluarga . I tak pernah dengar my parents menyumpah2 di antara satu sama lain..samalah juga i tak mahu anak-anak i dengar i menyumpah2. I takut, takut yang amat-amat sekiranya anak-anak mula menyumpah2 i pula sebab bila dah menjadi kebiasaan, orang marah tidak perduli saper yang dia sumpah, ibubapa ke, suami ke, isteri ke atau anak-anak apa tah lagi orang yang bukan dari ahli keluarga sendiri.

Kesimpulannya....ini hanyalah pandangan peribadi...bukan i kata, i 100% benar dan bukan juga i kata i saja yang betul all time, orang lain semua salah...masing-masing ada pandangan mereka sendiri...mungkin ada beranggapan, tak salah menyumpah...samada di suarakan atau menyumpah di dalam hati...ianya adalah satu cara untuk melepaskan tension , entahlah..pada i. pantang tok nenek i lah kalau dengar orang meyumpah terang-terangan ni...sakit hati dan sakit telinga dengar. Tapi tak pe....dia sumpah kita, kita sumpah dia balik....sumpah dalam hati...dia tak dengar so suka hati kitalah nak sebut perkataan ape pun...best kan, bila kita menyumpah dia dengan ayat yang kou-kou tapi dia tak boleh nak dengar....hemmm bahagia rasa....;)

chow?

Friday, July 17, 2009

Picca..Picca...

Pagi ni, i hantar picca pergi kiddies ...dia dah pesan nak pergi awal sebab nak main dengan kawan-kawan dia...so dia bangun and mandi, no problem kalau dah memang kehendak dia.

Sampai di pintu pagar kiddies, berkunci dan ada dua orang kawan-kawan dia yang dah datang...sibuklah budak-budak tu tolong memanggil auntie helper kat situ suruh bukakan pakar...berlari-larilah auntie yang berbangsa cina ni ambil kunci yang tergantung...ternampaklah sikit perut auntie ni sebab baju t yang dipakai agak pendek kat bahagian perut...i pun dengan sengaja nak bergurau dengan picca cakaplah..."wahhh..sexylah auntie, i can see her bellybutton" Picca dengan besar mata berbisik dengan I " Hishhh mommy, you should'nt said that...not nice you know" Senyum-senyum je i jawap.." oh ok..sorry"

Dengan Picca ni, the father and i memang suka usik dia about all the teachers yang kat kiddies dia tu...The father will call auntie the helper as Teacher Auntie...and then dia akan kata, Auntie is not the teacher, auntie is the Chef, sebab auntie do all the cooking....Tapi kadang-kadang dia yang make fun of the teachers, macam the only male teacher tu namanya Mr Gan...satu hari tu the sister tanya...saper nama teacher picca yang lelaki tu... selamba je dia cakap "Beng..beng" sambil mcm orang mengaju pistol hehehehe...ketawa semua orang...

Sekarang ni dia dah 5 tahun...sedikit-sedikit i dah mula beratkan cara-cara berpakaian yang sopan . Walaupun ada setengah orang berpendapat , alahhh budak lagi...kecik lagi , nanti besar pandailah dia...tapi mengikut pengalaman, kalau dari kecik tak dikawal cara-cara pakai baju ni, bila besar, susah dah nak ubah....kalau dah biasa kita pakaikan dia baju yang terdedah sana dan terdedah sini, bila besar i rasa dia dah tak rasa malu sangat lagi nak dedah-dedah ni... so, i will make sure kalau pakai t shirt or baju mesti berlenggan at least it has to be yang cat sleeve, not yang spagetti string tu...skirt pendek pun i tak berapa galakkan...at least kat paras lutut...selalunya picca suka pakai jeans or cargo pants..and she sure look nice and pretty with them...Picca pun suka pretty and cute gown, which normally we will buy at The Princess Party shop kat KLCC or kat Pavillion...and those sparkling shoes yang glitter-glitter (piccanya words) are her favourite... Bila dia pakai skirt or gown, i akan tegur kalau dia duduk terkangkang or kaki entah kat mana bila duduk atas sofa...i akan tanya dia" is that the way a princess should sit?" Cepat-cepatlah dia membetulkan duduk dia..I juga dah mula ajar dia, intimate body parts, and tell her not to tayang-tayang that intimate body parts to people...malu...so now kalau dia tanggal panty to pee...i akan bising-bising kalau dia takes her sweet time to pakai balik...yelah..sambil pakai...mata kat TV...masuk satu kaki....1o minutes baru masuk satu kaki lagi...so far so good...dia dah mula aware about certain things mengenai what sopan and what not sopan...macam t shirt nampak belly button, i selalu cakap tak elok pakai mcm tu...tak sopan...sebab dia nampak Aerial si little marmaid tu pakai baju nampak belly button..so i kata, malu bila orang nampak belly button kita...am when mommy said tak elok,meaning tak eloklah...Aerial the marmaid tu tak de mommy, so mommy dia tak sempat ajar dia...hehehehe...sedap-sedap je reka citer...

I harap picca will turn up to be a sopan santun girl bila besar...anak yang senang di tunjuk ajar...yang tahu ape elok and ape tak elok...dalam dunia hari ni...risau kite tenguk anak-anak perempuan yang dibiar bebas berbuat ape sahaja...bila i dah tua nanti, i rasa dah tak larat nak leter and nak perhatikan sangat how she dresses, so i cubalah dari kecik ni ajar dulu mana patut, moga-moga bila besar,cara pemakaian dari kecil akan terikut sampai besar...sopan dan sedap mata memandang...tak perlulah tayang perut ke, tayang ketiak ke untuk nampak cantik...

chow!

Thursday, July 16, 2009

RATU hatiku....

I have a few baju from Ratu...ada yang beli dah siap...ada yang i tempah...sebelum ni belum pernah menempah baju kurung asli dengan dia, selalunya kalau i tempah pun, i will sent over the material and suruh je dia design ape-ape je yang sesuai dengan i...selalunya i berkenan je design dia...sedap dipakai and jahitan pun kemas...

Last month i hantar kain untuk dijahit, the material i got from one of the shop kat Pavillion, so rasanya buat baju kurung aslilah...boleh pakai kahwin Mega bulan August ni...last saturday baju tu siap....sukeee sangat...baju tu cantik sungguh...sedap je pakai...selesa dan terletak je kat badan...hubby pun setuju yang baju tu telah di jahit dengan cantiknya...heheheh...so tinggalkan pula satu lagi material...yang ini hubby beli kat Pakistan...cantik dan berwarna hijau lembut...saturday tu juga singgah kejap kat Euro Moda Ampang Point....cari kain Shantung plain...berkenan dengan satu design kat Ratu...bincang dengan Warlis the owner, dia kata, beli kain and tempah dengan dia lagi murah dari beli yang memang ada kat kedai dia...so why not, i boleh pilih colour kain yang i suka...lepas tu kira punya kira..peninggggg...heheheh...teruklah nanti nak bayar upah jahit....dua pasang lagi tu...kenalah kenyit-kenyit mata dengan hubby minta subsidy sikit....

Kat KL ni, susah nak cari tailor, bak kata Was, harga kain tak seberapa, upah jahit yang mak datuk mahalnya. I pernah cuba jahit baju kat Medan MARA, mula-mula ok...tapi bila lama-lama mula meragam...leher terbesarlah...jahitan tak kemas, suruh buat tulang belut dibuat mata lalat, hantar alter dua tiga kali...rimas dibuatnya...hatipun jadi sakit...sudahnya...i tak hantar lagi...murah memang murah berbanding kat Ratu, tapi kat Ratu, hati i puas....baju jadi cantik dan selesa dipakai...I bukan selalupun pakai baju kurung ni...selalunya buat baju kurung asli untuk raya dan kenduri kendara dan pakai ke pejabatpun jarang...so i will make sure, baju kurung asli i dari kain yang baik dan good quality sebab i pakai bertahun....usually i will choose material dari silk..sebab sesuai dengan i, japanese cotton cantik dan good quality juga, tapi tak sesuai dengan i...rasa tak terletak elok untuk badan i...hubbypun macam tak berkenan kalau i nak pakai baju kurung cotton yang yang ada sehelai dua tu...sudahnya pakai sekali yang lebihnya tergantung je dalam almari tu...so i dah tak buat baju kurung asli dengan kain cotton...begitu juga kain jenis yang perlu berlapik bagai tak payahlah...mcm mana cantikpun kain tu bila dilapik dah jadi tak cantik...mungkin dengan orang lain cantik...tapi i rasa i tak elok pakai kain yang kena berlapik ni...

Well...so kalau ada saper-saper nak tempah baju kurung, you all boleh tempah kat Ratu, dia masih ambil tempahan untuk raya...i like the way dia jahit baju i...cantik dan terletak aje...i tak nak publish here berapa harga upah yang dikenakan, sebab pada i, kalau sedap dipakai, cantik buatannya berapapun kita sanggup bayar kan? Alahhhh....pandai-pandailah goda che abang...minta dia tolong bayarkan...yang cantik nanti isteri dia juga...bukan isteri orang lain pun...kan bang?

chow!

Wednesday, July 15, 2009

Bengang dengan maid abah....

Si Mera, my mom's maid kat kampung tu dah kahwin pulak weekend hari tu....aduhhhh....i pun tak tahu nak cakap apa dah! Bila my brother beritahu i, i terus buntang-buntang mata jelah...nak cakap ape...abah dah beri dia cuti seminggu pegi kahwin kat PD....dia ni janda anak satu, abangnyalah yang suruh dia kahwin dengan kawannya yang duda, Kalau ikut kontrak kedutaan indonesia untuk pekerja domestik ni, mana boleh kahwin tapi sebab dia ni kami tak ambik dgn agent, ambil terus dari indonesia so mungkin dia tak terikatlah dengan kontrak...

Dahlah mak bedridden, kalau maid ni tak pregnant oklah...buatnya dia pregnant, mcm mana...dah satu hal lah pula ...mana nak jaga emak, mana dia berperut besar...salah-salah, saper jaga saper nanti ni! I nak cakap banyak pun dah tak boleh...benda dah jadi...

My brother lak, bila i bangkitkan hal ni...mcm benganglah pula dengan i, mungkin pada dia, jangan fikir sangat benda yang belum tentu lagi....tapi pada i, kena fikir juga ...sbb kalau mak tu sihat macam kita ni, boleh lenggang punggong lagi ke sana sini bolehlah tak payah fikir benda-benda mcm tu...ni..kesemua anak-anak mak ni bekerja... tak sorang pun yang jadi surirumahtangga...kalau dibuatnya tak de maid, macam mana...i do not mind angkut mak ke rumah i, tapi dulu, masa mak kat rumah i, ada pula yang kata, susahlah nak tenguk mak...kasihan abah tinggal sorang2 kat rumah...mcm-mcm hal pula..

entahlah....dah tak tahu nak fikir i ni....nak dilantakkan aje...itu my parents tu, bukan orang lain...susah dia orang, susah juga i....

hissshhhhh....geramnya kat maid tu....masa nilah pula dia menggatal nak kahwin bagai....

chow!

Tuesday, July 14, 2009

Bila suami memasak.................

Last night suami memasak(boleh ke dikatakan memasak, sbb ianya tidak dimasak, dimakan mentah) masakan tradisional ethnik Sarawak, umai. Umai cukup terkenal di Sarawak dan Sabah, di sabah di panggil hunava...ingredientsnya sama isi ikan mentah samada ikan bertulang halus seperti terubuk atau tidak bertulang langsung seperti tenggiri.

Hubby menggunakan sejenis ikan dari Sarawak (dibawa oleh nephew) yang bertulang halus, dihiris nipis, dicampur dengan cili, bawang besar, halia sedikit kuncit dan juga buah kelubi yang masamnya ya amat dihiris nipis. Selain dari rasa kunyit hidup yang agak over power, umai buatan tangan hubby amat sedap dan menyelerakan...I yang agak reluctant at first to eat anything raw menjamah sedikit dan ianya memang sedap...isi ikan seakan masak, mungkin disebabkan oleh kemasaman buah kelubi, tiada langsung rasa atau bau hanyir ikan. Bolehlah menjadi salah satu juadah keluarga.....

Pernahkah suami anda memasak? Hubby amat jarang ke dapur, sebabnya i am the one yang prefer to cook...tetapi seingat i, pernah sekali hubby memasak lunch, kerana i have to work on Saturday, balik-balik je dah siap makan tengahari...dari situ i know that my hubby can cook, cuma dia malas je...tetapi tidaklah dia kelaparan sekiranya i tidak memasak... and malam tadi menguatkan lagi telahan i yang my hubby can be a good cook kalau dia minat....sebab dia tak kekok dan ape dia buat menjadi..boleh dan sedap dimakan...

Memasak tidaklah susah, tetapi ada orang yang memang tidak boleh memasak...maksud saya bukan tidak berminat, minat, memang dia boleh memasak tetapi hasil masakan dia memang tidak boleh menjadi sedap..ada seorang kawan yang amat minat memasak, diajar macam manapun , diberi resepi dan kita bantu dia supaya ikut satu-satu cara dan ingredientsnya, tetap hasilnya tidak sedap...Ada pula seorang tu, main campak-campak je, siap tak cukup bahan lagi, hasilnya sedap bukan main....In my family, there are a few people yang jenis masak campak-campak tetapi sedap, my aunties Mak Teh, Mak Mah, Mak Nah and Mak cik Mon including my own mom adalah jenis masak campak-campak tapi sedap....Mak Teh memang sedap kalau memasak...rendang ayam dia cukup sedap, i banyak belajar dari Mak Teh, dari masak nasi beriani, acar buah hinggalah masakan kampung.

Teringat my mom selalu berkata pasal air tangan. Air tangan seseorang tu yang menentukan sedap tak sedap setiap masakan...Kalau air tangan orang tu jenis air tangan masak ape pun tak sedap....belajarlah memasak mcm mana pun...tak sedaplah juga...orang kata practise makes perfect...memasak pulak i rasa, walau hari-hari you masak tapi kalau jenis orang yang memang air tangannya tak sedap, tak sedaplah hasilnya...my mom pun pernah berkata, jangan memasak kalau hati atau perasaan tengah marah....hasilnya akan hampeh! I percaya sangat, sebab memasak dengan kasih sayang hasilnya amat berbeza dengan memasak kerana terpaksa dan marah-marah...

Well ladies, test your hubby now , can he cook? Mine, definitely can!
chow!

Monday, July 13, 2009

Di manakah kita?

Saya ingin berkongsi ini,yang saya terima melalui email:

1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.


2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.


3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.


4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."

Terima kasih kepada penulis asal.


Elok juga untuk menjadi panduan kita bersama especially yang jahil macam i ni. Well, terfikir juga ye,pada zaman dan dalam keadaan dunia hari ini adakah lagi isteri yang begitu baik, tidak pandai meminta apa-apa kepada suami, malah menolak bila diberi....Adakah lagi isteri yang amat redha, beri, berilah, tak beri tidak apelah..... Ikhlaskah siisteri itu ? Tidak kah berdetik atau menyebut di dalam hati? Masalahnya, adakah suami yang semulajadi perihatin, sensitive dan yang memberi tanpa diminta. Atau yang ramainya suami yang bila diberitahu, diminta dan ditagih baru memberi....

Sebenarnya tiada isteri di dunia ini yang dengan sengaja ingin menyusahkan suami..Setelah bertahun-tahun bersama, isteri selalunya dapat mengagak samada suami mampu atau tidak untuk menunaikan apa yang diminta...Tiada isteri yang waras akalnya meminta sesuatu yang diluar kemampuan suaminya...Tetapi sebagai isteri, i rasa tidak salah meminta....dan si suami pula seharusnya bersikap jujur...kalau mampu apalah salah menunaikan permintaan isteri, kalau tak mampu berterus teranglah....I rasa isteri dapat menerima sekiranya suami berterus terang mengenai ketidakmampuan nya...Jangan pula dengan isteri kedekut bukan main...tapi dengan orang lain, pantang diminta, diberi sahaja...Menyampahlah pula...asyik2 kita aje yang beralah...konon nak jadi isteri solehah...tapi orang lain mewah kita pula yang tak punya ape......konon tak nak menyusahkan suami kitapun bukan mainlah berjimat dan mencatu ape yang patut...kalau suami menghargainya well , alhamdullilah...dapat suami yang seronok sakan sebab dapat isteri yang tidak pandai meminta-minta padahal dia mampu dan yang lebih sakit hati memberi pula kepada orang lain, apa kita rasa?

Bersedekah, sebaiknya bermula dari rumah, bermakna, sekiranya kita berniat ingin bersedekah kepada orang umum tetapi mengabaikan kaum keluarga sendiri, tak payahlah bersedekah...memberi biarlah kepada kaum kerabat dahulu...bermula dari yang terdekat, barulah menjangkau kepada yang jauh dari kita.....

Well, pada I, bila rasa perlu, i minta...dan minta pun berpada-pada.....Apa yang i rasa i boleh perolehinya tanpa meminta kepada suami, i tak kesah mengeluarkan duit sendiri...asal hati puas...and one thing, apa yang merupakan tanggungjawap suami, i tak akan campur tangan...sebab kita ingin menambah pahala dia..kerana kita tak nak dia disoal diakhirat nanti kerana tidak menunaikan tanggungjawap. Sebagai isteri, tak perlulah terlalu baik sangat dengan mengambil alih segala tanggungjawap suami kerana kasihan kononnya kepada suami...dan pada masa yang sama tanpa kita sedar kita mengurangkan pahala suami...Sekiranya suami berkemampuan biarlah dia melaksanakan tanggungjawap sebagai seorang suami....dia ketua keluarga, dia seharusnya lebih arif dari kita....Kalau dah semua kita aje yang melakukannya dan suami bersenang-lenang, biarlah tak usah bersuami....senang pula citer!

chow

Wednesday, July 01, 2009

Worst Drivers are from which state?

Meh sini kite citer pasal driving lak....ni from my personal observation/experiencelah . No offencelah ye..pada yang terasa tu..minta maaf lah...

Ada i terbaca satu blog tu, dia ni reside kat Kuantan,dia bertekak dengan sorang driver ni yang car platenya start with W, so dari KL lah kan..dia kata, patutpun teruk, orang KL...Well, i sebenarnya setuju dgn cara dia mengclassifiedkan cara seseorang memandu dgn dari state mana dia datang.... Sebab I pun macam dia juga...selama i drive kereta di Kuala Lumpur ni, i classifiedkan kereta-kereta yang plate no bermula dari A, C,P, and J adalah terukk! Tempat teratas yang paling teruk yelah dari Penang diikuti oleh Perak, Johor dan Pahang....Dah banyak kali i encounter di jalan,kereta-kereta dari P,J, C and A ni, memotong ikut suka tanpa signal,keluar simpang ikut suka mcm tak tahu undang-undang, dan suka mengikut terlalu rapat di belakang... lepas tu kita elok-elok q dia sedap-sedap je potong q...bila dihon pandai marah pula...siap naik tangan semua...Kenapa agaknya ye?

Semasa di Penang, i perhatikan their drivers memang teruk...kita punyalah berhati-hati sebab tak biasa dengan jalan dan juga dengan kesesakan yang teruk, dia orang boleh selamba je menghimpit sana sini untuk masuk tanpa signal lagi...so perangai ni mungkin terbawa bila dia orang keluar dari Penang...Di Johor pun macamtu....sebab terasa dia orang terror sebab kesesakan yang teruk especially kalau nak ke Singapore tu , so setakat sesak kat KL ni dia orang rasa tak ape-ape...celuk sana celuk sini ikut sedap aje...ganas semacam dia orang ni...mungkin juga sebab dah keturunan garang kut...rakyat jelatapun garang semacam...baik-baik ..penampau dia...ganas tu...

Perak and Pahang lak, i rasa dia orang ni sebab suka racing..sebab highway nak ke negeri dia orang ni luas dan panjang...kalau ada perayaan je highway tu sibuk sikit..kalau tak, lengang you..best ape racing...Dapat lak kete dah tukar engin, kalau tak tukar engin, tukar lambang proton ke lambang Nissan GTI pun dah kira ok...saperlah agaknya yang dia orang tipu ye...I lebih rasa dia orang ni tipu diri sendiri..sebab takkan lah orang tak dapat bezakan Nissan dengan Proton wira....tak pelah...biarlah dia orang syok sendiri...bukan kete kita pun...tapi yang sakit hati tu, bila sampai KL ni dia orang bawa kete mcam nak pergi Kuala Lipis....Kuala Lipis tu lainlah...lengang je..ni kat KL...dengan sesak sepanjang masa, dia orang boleh menghimpit ikut suka..tekan minyak kuat-kuat mcm kete aku jelah yang terror ni....

Kalau you all tak percaya, cuba satu hari, you all kena himpit atau kena celok tanpa signal atau terkena dengan road bully .tenguk-tengukkan plate nombornya...sure you all akan kata " oh..dari Penang, Pahang, perak atau Johor...patutpun teruk" Sebab i dah banyak kali kena....and selalunya bila tenguk plate nombor sure dari states yang i sebut kat atas tu....

Negeri Sembilan juga yang ok....sori no offence....bila lagi no promote negeri sendiri....

chow!