Wednesday, July 29, 2009

Alahhhh...alasan je tu....

I memang tak berkenan sungguh dengan selebriti yang sorang ni....entahlah...nothing personal actually, tapi menyampah sangat bila baca cerita-cerita dia ni....berlagak ustaz tapi perangai dan penampilan tak seiring dengan gelaran.

Ingat lagi, adalah satu hari tu, dia ni dipanggil untuk satu sesi ceramah kepada pelajar AF, tak pernah I tenguk, ustaz bersunglass semasa ceramah, kat dalam rumah lak tu...bukan ada matahari pun... I komen dengan anak, " ni bersunglass ni, sebab senang nak tenguk awek cun...nak tenguk pelajar perempuan mana yang cun...biar orang tak nampak mata dia melirik". Well, memanglah I macam berburuk sangka je, tapi , seorang bergelar ustaz sepatutnya tahu menjaga penampilan supaya tiada syak wasangka.

Lepas tu hebuh hal rumahtangga dia....siisteri akhirnya terpaksa pergi ke TV, keluarlah cerita ustaz ni dah lama tak balik ke rumah dan sebagainya.....

Last week, keluar kat TV, sah dah bercerai dengan isterinya itu...Nak tahu ape komen dia bila ditanya mengenai penceraian dia..."Buat masa ni saya rasa bebas" Tak tahulah maksud bebas tu, mungkin bebas lah kut nak bercanda di pinggiran pantai...macam gambar dia dengan seorang penyanyi bertudung tu, yang tersebar di internet....malam-malam tengah bercanda di tepian pantai...ustaz ape namanya tu, bawa anak dara orang ke pantai malam-malam...walau bukan berduaan tapi elok ke tu...bergaul bebas lelaki perempuan...kalau dia tu bukan berstatus ustaz, tak de saper kesah...tapi sebab dia tu kononnya ustaz...orang bising lah...

Pakcik ustaz ni juga masih tak puas hati dengan tindakan bekas isterinya bawa cerita kat TV bak kata dia dalam suratkhabar tu: " Saya kesal dengan kenyataan yang dikeluarkannya. Sepatutnya, kita kena bermuhasabah diri. Seorang isteri solehah tidak akan mengaibkan suaminya walau seteruk manapun suaminya itu" Aduhhhh...sedapnya mulut dia kan....suruh isteri dia bermuhasabah konon...yang dia tu tak balik rumah berbulan-bulan, tak jenguk anak isteri makan ke tidak, nak bermuhasabah konon....Isteri tak boleh mengaibkan suami walau seteruk manapun dia, cuba suruh dia cari hadis ke, atau surah ke mengenai ini....setahu I lah....suami kena berlaku adil dan surah dari AlQuran pun perlu di tafsirkan secara adil ...nafkah bukan makan minum aje...batin pun nafkah juga...kalau dah berbulan-bulan tak balik rumah..walaupun mengirim duit untuk belanja, nafkah batin macam mana? Si isteri mungkin dah mati kutu, tak tahu nak buat ape...zaman nabi dulu mungkinlah kita berserah aje sambil berdoa supaya suami kembali sbb keadaan zaman masa tu agak kuno, tak de telepon, internet, tv dan sebagainya tapi zaman sekarang, banyak medium yang boleh digunakan, jadi siisteri pergilah kat TV berterus terang....haaa...barulah bersuara ustaz ni...tapi bersuara untuk menyalahkan si isteri....poyo betul....

Pakcik ustaz ni juga sedih sebab penyanyi bertudung yang dikaitkan dengan dia tu telah menerima tohmahan yang cukup hebat dan telah pun memohon maaf kepada keluarga penyanyi tersebut....Hoii bengong...awak ingat bekas isteri awak tu okay ke? Dia tak de perasaan malu ke sebab kena cerai, anak-anak awak tu tak rasa ape-ape ke? yang disibukan perasaan orang yang tak de pertalian dengan dia...Dasar jantan berkepala dua...macam lidah juga..bercabang dua...tak tahu nak fikir mcm mana dah...Hishhhh...meluat sungguh I dengan ustaz sekor ni....Kalau dia tu Awi ke, Norman Hakim ke, I tak kesah sangat....memang nampaklah buaya nya...memang patutlah pun kalau kaki perempuan ....ni USTAZ you, USTAZZZZZ....ustaz taik kucing!

Chow dulu sebelum I muntah hijau!

No comments: