Last night suami memasak(boleh ke dikatakan memasak, sbb ianya tidak dimasak, dimakan mentah) masakan tradisional ethnik Sarawak, umai. Umai cukup terkenal di Sarawak dan Sabah, di sabah di panggil hunava...ingredientsnya sama isi ikan mentah samada ikan bertulang halus seperti terubuk atau tidak bertulang langsung seperti tenggiri.
Hubby menggunakan sejenis ikan dari Sarawak (dibawa oleh nephew) yang bertulang halus, dihiris nipis, dicampur dengan cili, bawang besar, halia sedikit kuncit dan juga buah kelubi yang masamnya ya amat dihiris nipis. Selain dari rasa kunyit hidup yang agak over power, umai buatan tangan hubby amat sedap dan menyelerakan...I yang agak reluctant at first to eat anything raw menjamah sedikit dan ianya memang sedap...isi ikan seakan masak, mungkin disebabkan oleh kemasaman buah kelubi, tiada langsung rasa atau bau hanyir ikan. Bolehlah menjadi salah satu juadah keluarga.....
Pernahkah suami anda memasak? Hubby amat jarang ke dapur, sebabnya i am the one yang prefer to cook...tetapi seingat i, pernah sekali hubby memasak lunch, kerana i have to work on Saturday, balik-balik je dah siap makan tengahari...dari situ i know that my hubby can cook, cuma dia malas je...tetapi tidaklah dia kelaparan sekiranya i tidak memasak... and malam tadi menguatkan lagi telahan i yang my hubby can be a good cook kalau dia minat....sebab dia tak kekok dan ape dia buat menjadi..boleh dan sedap dimakan...
Memasak tidaklah susah, tetapi ada orang yang memang tidak boleh memasak...maksud saya bukan tidak berminat, minat, memang dia boleh memasak tetapi hasil masakan dia memang tidak boleh menjadi sedap..ada seorang kawan yang amat minat memasak, diajar macam manapun , diberi resepi dan kita bantu dia supaya ikut satu-satu cara dan ingredientsnya, tetap hasilnya tidak sedap...Ada pula seorang tu, main campak-campak je, siap tak cukup bahan lagi, hasilnya sedap bukan main....In my family, there are a few people yang jenis masak campak-campak tetapi sedap, my aunties Mak Teh, Mak Mah, Mak Nah and Mak cik Mon including my own mom adalah jenis masak campak-campak tapi sedap....Mak Teh memang sedap kalau memasak...rendang ayam dia cukup sedap, i banyak belajar dari Mak Teh, dari masak nasi beriani, acar buah hinggalah masakan kampung.
Teringat my mom selalu berkata pasal air tangan. Air tangan seseorang tu yang menentukan sedap tak sedap setiap masakan...Kalau air tangan orang tu jenis air tangan masak ape pun tak sedap....belajarlah memasak mcm mana pun...tak sedaplah juga...orang kata practise makes perfect...memasak pulak i rasa, walau hari-hari you masak tapi kalau jenis orang yang memang air tangannya tak sedap, tak sedaplah hasilnya...my mom pun pernah berkata, jangan memasak kalau hati atau perasaan tengah marah....hasilnya akan hampeh! I percaya sangat, sebab memasak dengan kasih sayang hasilnya amat berbeza dengan memasak kerana terpaksa dan marah-marah...
Well ladies, test your hubby now , can he cook? Mine, definitely can!
chow!
No comments:
Post a Comment