Saya ingin berkongsi ini,yang saya terima melalui email:
1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.
2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.
3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.
4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."
Terima kasih kepada penulis asal.
Elok juga untuk menjadi panduan kita bersama especially yang jahil macam i ni. Well, terfikir juga ye,pada zaman dan dalam keadaan dunia hari ini adakah lagi isteri yang begitu baik, tidak pandai meminta apa-apa kepada suami, malah menolak bila diberi....Adakah lagi isteri yang amat redha, beri, berilah, tak beri tidak apelah..... Ikhlaskah siisteri itu ? Tidak kah berdetik atau menyebut di dalam hati? Masalahnya, adakah suami yang semulajadi perihatin, sensitive dan yang memberi tanpa diminta. Atau yang ramainya suami yang bila diberitahu, diminta dan ditagih baru memberi....
Sebenarnya tiada isteri di dunia ini yang dengan sengaja ingin menyusahkan suami..Setelah bertahun-tahun bersama, isteri selalunya dapat mengagak samada suami mampu atau tidak untuk menunaikan apa yang diminta...Tiada isteri yang waras akalnya meminta sesuatu yang diluar kemampuan suaminya...Tetapi sebagai isteri, i rasa tidak salah meminta....dan si suami pula seharusnya bersikap jujur...kalau mampu apalah salah menunaikan permintaan isteri, kalau tak mampu berterus teranglah....I rasa isteri dapat menerima sekiranya suami berterus terang mengenai ketidakmampuan nya...Jangan pula dengan isteri kedekut bukan main...tapi dengan orang lain, pantang diminta, diberi sahaja...Menyampahlah pula...asyik2 kita aje yang beralah...konon nak jadi isteri solehah...tapi orang lain mewah kita pula yang tak punya ape......konon tak nak menyusahkan suami kitapun bukan mainlah berjimat dan mencatu ape yang patut...kalau suami menghargainya well , alhamdullilah...dapat suami yang seronok sakan sebab dapat isteri yang tidak pandai meminta-minta padahal dia mampu dan yang lebih sakit hati memberi pula kepada orang lain, apa kita rasa?
Bersedekah, sebaiknya bermula dari rumah, bermakna, sekiranya kita berniat ingin bersedekah kepada orang umum tetapi mengabaikan kaum keluarga sendiri, tak payahlah bersedekah...memberi biarlah kepada kaum kerabat dahulu...bermula dari yang terdekat, barulah menjangkau kepada yang jauh dari kita.....
Well, pada I, bila rasa perlu, i minta...dan minta pun berpada-pada.....Apa yang i rasa i boleh perolehinya tanpa meminta kepada suami, i tak kesah mengeluarkan duit sendiri...asal hati puas...and one thing, apa yang merupakan tanggungjawap suami, i tak akan campur tangan...sebab kita ingin menambah pahala dia..kerana kita tak nak dia disoal diakhirat nanti kerana tidak menunaikan tanggungjawap. Sebagai isteri, tak perlulah terlalu baik sangat dengan mengambil alih segala tanggungjawap suami kerana kasihan kononnya kepada suami...dan pada masa yang sama tanpa kita sedar kita mengurangkan pahala suami...Sekiranya suami berkemampuan biarlah dia melaksanakan tanggungjawap sebagai seorang suami....dia ketua keluarga, dia seharusnya lebih arif dari kita....Kalau dah semua kita aje yang melakukannya dan suami bersenang-lenang, biarlah tak usah bersuami....senang pula citer!
chow
No comments:
Post a Comment