Monday, July 20, 2009

sumpah seranah.....

Nak citer pasal sumpah seranah ni...nak katakan pantang tok nenek i kalau dengar orang suka menyumpah ni tak boleh juga..sebab kadang-kadang terkeluar juga dari mulut i especially semasa memandu...tapi perkataan yang keluar tu tak lah teruk sangat kut...setakat bengong, stupid, bangang jelah...itupun kalau nak cakap stupid pun janganlah di depan Picca, siap kena warning dengan dia..yelah...kita dok mengajar dia jangan sebut stupid, tak elok...tiba-tiba kite pula menyebutnya...tak ke macam ketam mengajar anak berjalan jadinya......

Dari kecil hingga besar i perhatikan emak dan abah ada juga bergaduh...adatlah suami isteri...lebih-lebih lagi, emak dan abah amat jauh perbezaannya....abah masuk kolej...berpendidikan inggeris..emak pula darjah 4 pun tak lepas...membacapun tak lancar..abah berbangsa Jawa, emak pula ada darah minang...cara masakan berbeza, selera yang berbeza...tapi bila dah bertahun-tahun bersama, abah yang lebih NS dari emak...masak lemak cili padi satu kemestian...Emak berfikiran agak konservatif...seorang yang 100% meghambakan diri kepada keluarga...memasak, mengemas segala dilakukan oleh emak...ke pasar atau membeli barang dapur dilakukan oleh abah...sesekali mereka bergaduh, which i tak tahu sebabnya, tapi kami anak-anak perasan sebab emak akan byk berdiam dari bercakap....dan dia akan menyuruh kami yang memanggil abah makan...maka kami tahulah dia orang tengah berperang...Tapi, i puji my abah....tak sekalipun dia meninggikan suara...menjerit atau memaki hamun kepada emak atau kepada sesiapapun di dalam rumah tu...Abah memang seorang yang tidak banyak mulut, dan dalam situasi berperang dengan emak, abah akan jadi lebih pendiam... Bukan tidak pernah terjadi masalah besar dalam keluarga, pernah,....hari di mana Along bergaduh dengan emak dan dia lari dari rumah. Masa tu, Along baru lepas SPM, bila anak perempuan sulong lari dari rumah, abah menjadi tidak tentu arah....tapi tidak sebutirpun perkataan, ape lagi sumpah seranah abah hamburkan kat emak...Abah diam aje..tapi diam abah amat menakutkan kami...rasa seram sampai ke tulang..Masa tu seingat i, paling lamalah abah tidak bertegur sapa dengan emak.... So pada i, semua orang lelaki ni macam abah...cool saja, tak bising bila bergaduh, tidak pandai sumpah seranah segala, and masa tu i berfikir oh memang orang kalau berpelajaran macam tu....tenang dalam marah, lebih-lebih lagi kalau dengan keluarga sendiri...tak macam kita orang perempuan yang bermulut bising...tapi i silap....tidak semua lelaki macam my dad rupanya....

I pernah kenal seseorang yang berpelajaran tinggi, ada master lagi....tapi perangai bila marah, teruk bukan main....siap keluar semua, pant*t segala...apa lagi si*l dan bab*. Mula-mula i terkejut juga...rasa macam pelik dan terfikir juga...mengapalah kotor betul bahasa dia ni...tapi lama-lama dah tak rasa ape...dulu ingat i perkataan si*l,bab* tu hanya mainan mulut orang yang tidak berpelajaran...mungkin tukang angkat sampah, or buruh kasar yang tidak berpelajaran, yang tidak dididik dengan baik oleh parents dia orang, tapi sekarang ni i rasa tidak lagi....orang berpelajaran,berjawatan tinggi lebih kotor mulutnya dari tukang angkat najis mahupun sampah....

I have a lady friend dulu, semasa bersekolah di tingkatan 3, dia ni pandai, straight A student, tapi apabila di marah guru, tiada perkataan lain yang keluar dari mulut dia selain bab*, si*l punya cikgu....and dia tak menyumpah secara perlahan...satu class boleh dengar termasuk guru tersebut....terdiam guru tu mendengar sumpahan dia...Sekarang ni dia telahpun menjadi Doktor....menurut cerita abah yang rapat dengan bapa my friend ni, semasa kecil my friend ni menjalani hidup yang susah, terpaksa menoreh sebelum ke sekolah dan dibela oleh emak tiri. Mungkin perasaan marah yang tidak dapat dikeluarkan di rumah, dikeluarkan di sekolah...entahlah...harap-harap kelakuan suka menyumpah ni tak de lagi dalam diri dia...

Anak-anak ,pernah i cilikan mulut mereka semasa kecil kerana menyumpah semasa bergaduh sesama sendiri... , mula-mula i diamkan aje...masing-masing menjerit dengan segala jenis perkataan, tiba-tiba keluar perkataan bab*. Huhhhh...marah sungguh i, i sendiri tak pernah keluarkan perkataan tu, sedap-sedap je dia orang sebut....ape lagi...i ambil cili, patah dua, terus i lumurkan kat mulut dia orang...terjerit-jerit kepedasan....semenjak tu, i tak pernah lagi dengar dia orang gaduh menyumpah2....Anis masih ingat mulut dia kena cili...aniq tak ingat sangat bila ditanya.

Pada i apa yang keluar dari mulut kita mencerminkan peribadi kita yang sebenarnya...kalau asal marah aje, mulut terus menyumpah seranah, apelah guna berpelajaran tinggi, berjawatan besar, bergaji besar, bergaya mewah dan berpakaian up to date tetapi hakikatnya bahasa yang keluar dari mulut kita penuh dengan perkataan2 kotor yang tak seimbang dengan lahiriah yang kita tonjolkan selama ini.

I would not say that i tak pernah menyumpah...yes, i menyumpah....i menyumpah di dalam hati...biarlah orang nak kata i hypocrite ke, tapi yang penting, i would not want people assocciate diri i dengan sumpah seranah class 3 lebih-lebih lagi i tak nak orang berfikir yang sumpah menyumpah ni memang menjadi kebiasaan keluarga . I tak pernah dengar my parents menyumpah2 di antara satu sama lain..samalah juga i tak mahu anak-anak i dengar i menyumpah2. I takut, takut yang amat-amat sekiranya anak-anak mula menyumpah2 i pula sebab bila dah menjadi kebiasaan, orang marah tidak perduli saper yang dia sumpah, ibubapa ke, suami ke, isteri ke atau anak-anak apa tah lagi orang yang bukan dari ahli keluarga sendiri.

Kesimpulannya....ini hanyalah pandangan peribadi...bukan i kata, i 100% benar dan bukan juga i kata i saja yang betul all time, orang lain semua salah...masing-masing ada pandangan mereka sendiri...mungkin ada beranggapan, tak salah menyumpah...samada di suarakan atau menyumpah di dalam hati...ianya adalah satu cara untuk melepaskan tension , entahlah..pada i. pantang tok nenek i lah kalau dengar orang meyumpah terang-terangan ni...sakit hati dan sakit telinga dengar. Tapi tak pe....dia sumpah kita, kita sumpah dia balik....sumpah dalam hati...dia tak dengar so suka hati kitalah nak sebut perkataan ape pun...best kan, bila kita menyumpah dia dengan ayat yang kou-kou tapi dia tak boleh nak dengar....hemmm bahagia rasa....;)

chow?

No comments: