I have to admit, yang i ni jenis cepat terasa. Cepat tersinggung...i juga jenis yang susah nak memaafkan kesalahan orang...sekali orang buat i, seribu tahun i ingat dan i would not want to be near to those yang pernah menyinggung perasaan i. Sekali i dah tak suka...sampai bila-bilalah...susahnya i nak berbuat baik kembali...
Semasa kecil, bila bergaduh dengan my sister, i tahan tak tegur dia berminggu-minggu, sehingga abah buat sesi berdamai...I memang keras hati...dan I sebenarnya tak suka dengan perangai i ni, tapi semakin i cuba berubah semakin sukar rasanya....
I boleh buat tak tahu dan tak bercakap dengan orang yang pernah menyakiti hati i, walau kami duduk semeja...i buat seolah-olah dia tak ujud....dan boleh tak rasa apa-apa...rasa bersalah pun tidak. Kawan-kawan yang perasan akan perangai i, kadang bertanya juga, macam mana i boleh ignore people as if orang tu tak de depan mata...jawapan i, Entah! mungkin ianya come from within kut....bila hati kita dah buang orang tu jauh-jauh dari hati kita or bila kita anggap orang tu tak pernah kita kenal, maka amat mudah untuk melakukannya....
Sebab itulah i rasa kita ni kalau nak buat perangai kat orang atau kalau nak menyakiti hati orang, fikirlah dulu...ada orang yang tak boleh lupa perbuatan kita sampai bila-bila, bertuahlah kalau orang yang kita sakiti itu boleh forgive and forget....buatnya yang jenis macam i ni...yang sekali kau buat aku....sepuluh kali aku buat kau balik tak ke susah jadinya....so beringatlah...kalau berniat nak sakiti orang samada dengan perkataan atau perbuatan, berpada-padalah...ingat! kita mungkin lupa kita pernah sakiti hati seseorang tetapi orang yang disakiti mungkin tak pernah lupa!
chow!
No comments:
Post a Comment