Wednesday, September 30, 2009

Suatu Perjalanan....

I received this tru email, sharing with you guys agar kita sama-sama dapat menafaat darinya.....
Thank you Shamsul for sending this to me...

SUATU PERJALANAN"
Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan." Teringat pesan ayah di suatu petang."Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud :
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, 'Apakah yang menyebabkan yang demikian?
Adakah sebab kami ini kufur?'

Rasulullah SAW menjawab, 'Tidak. Bukan begitu.
Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.'

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG"
Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa, " luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata."

Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap, " jawab saya supaya dia buka mata.

" Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana.
Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana .
Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ' memandang tinggi ' kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
" Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan. Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, " Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini." Ingat, kehidupan didunia adalah sementara dan jikalau kita dijodohkan, maka harus untuk mencari kebaikan dari apa jua kesalahan.Mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

Tuesday, September 29, 2009

Berimiginasi...........

A friend mengadu dengan I, dia pelik perangai suaminya...berkahwin dah lama, bertahun, bukan pun muda lagi, dah warga tua pun..around 50s macam tu and my friend nipun tidaklah juga muda, beza beberapa tahun je tapi masih bolehlah melayan suami zahir dan batin...Dua-dua masih bekerja....isteripun masih bergetah...tidaklah nampak tua sangat tapi sesuailah dengan umur..

Si suami pula berjawatan juga..bukan juga calang-calang orang. Mula-mula kawan i ni taklah perasan sangat perangai si suami...yelah, ingatkan semakin dah tua semakin waraslah fikiran taklah teringat yang si suami ni rupanya masih lagi suka menggatal. Masih suka memandang perempuan cantik yang voluptuous bodynya...Dia perasaan benda-benda ni semacam jadi satu motivasi bagi suaminya untuk make love to her...Kalau suaminya bercuti, mungkin tidak dapat memandang body voluptuous stafnya or perempuan di luar sana, suaminya macam tak bernafsu untuk bersamanya...tidur aje memanjang,langsung tidak diperdulikan isteri disebelah, kalau seminggu di rumah, seminggulah tak berusik tetapi sebaik aje mula bekerja nafsunya mulalah datang. Kawan i ni bertanya, mungkinkah si suami berimigine perempuan lain yang lebih muda dan cantik semasa bersamanya....Apalah yang boleh I jawap....soalan yang hanya suaminya aje yang tahu jawapannya....Kasihan pun ada juga...tapi berat lagi kita mendengarnya berat lagi bahu my friend yang menanggungnya..Bak kata dia, tak dilayan kita berdosa, bila dilayan kita dapat rasakan yang suaminya seakan-akan tengah berimiginasi....rasa geli pun ada...rasa menyampah dan tak ikhlas...sebagai isteri sudah pasti kita sedih bila suami dalam umur meningkat senja masih tidak berubah....masih suka memandang perempuan cantik yang sebaya anak-anak sendiri...masih gatal pandangan mata...

Sebagai isteri, sebenarnya kita lebih cepat dapat menangkap perangai suami.Si suami harus ingat, kalau jalan bersama, si isteri yang terlebih dahulu nampak kalau perempuan cantik menawan dan matanya akan cepat melerek kepada si suami..mata hatinya lebih tajam dan dapat menangkap dimana lerekan mata sisuami.

Dia menanya pendapat i, kalau ini semua terkena pada diri i. Entahlah, susah nak jawap...kita tidak boleh membaca fikiran suami...kalau dia berimiginasipun pada i susah juga nak meneka. Separuh dari diri ini berkata, lantaklah kalau memang dia suka membayangkan perempuan2 cantik waktu bersama kita, nak buat macam mana, tetapi bohonglah kalau hati tidak terguris...Pada i, ada ubi ada batas, ada hari kita balaslah....Buat tak perduli aje...rasa nak layan kita layan..kalau rasa hati tak sedap nak layan, tutup mata, tidurlah...biarlah dia berimiginasi dengan bantal aje or main sabun semasa shower...Dah tua-tua begini, sex bukan lagi satu keutamaan....anak-anak pun dah besar panjang....kalau ada, adalah, tak de tak ape...Kalau si suami masih suka memandang perempuan cantik bertetek besar di luar sana, setakat manalah kita boleh mengawal matanya...biarlah dia pandang....dia pun rasanya setakat syok sendiri aje...i tak rasa perempuan cantik kat luar sana perasan pun si suami yang dah berkedut seribu, lainlah kalau jutawan, duit bertimbun or at least royalty ke, berkedut seribu pun masih ada yang hendak...kalau setakat makan gajilah, mengharapkan duit pencen yang dapat bertahan setakat lima tahun lepas pencen, perempan cantik mata duitan berfikir seratus kali juga....Perempuan tu cuma syok jelah...ada bahan nak citer dengan kekawan..ada mamat tua tak sedar diri suka kat dia...apa lagi kalau mamat tu boss dia...lagilah dia suka...senang nak minta apa-apa, layan untuk kepentingan dirilah...nak pegi course ke, nak outstation tempat best-best ke sure senang dapat punya...sure mamat tua tak sedar diri luluskan aje....Si mamat pun mulalah malam-malam tidur dengan bini ingat tidur dengan minah tadi....

Nasihat i pada my friend, biarlah dia syok sendiri....sambil-sambil tu bila ada peluang, ingat-ingatkan si suami supaya jangan berangan sangat...takut nanti jadi Mat Jenin....

Chow!

Monday, September 28, 2009

Kembali............

First day at work after a week raya holiday...Macam malas nak keje hari ni....Hari ni kat ofis ada jamuan Hari Raya....i bawa je biskut-biskut raya yang ada kat rumah tu...Lagi pun makanan yang lain company cater so rasanya dengan perasaan lega dengan rasa malas yang berlebihan di badan ni...i bawa perut ajelah ke ofis...

Hari ni I pakai baju raya, jubah style i beli kat Ratu....simple and nice...thanks to hubby yang tolong belikan..konon nak ambil tempahan aje...tiba-tiba terpandang pula jubah tu...rasa cantik sangatlahpula...langsung membeli...a friend kata, cantik and unik...hari ni juga i pakai kasut baru i beli di London hari tu...hahahaha...terasa macam nak menayanglah pula...tidak sebenarnya...i just want to feel the raya mood...biar semuanya baru...

Picca masih malas ke school...penat beraya masih belum habis gamaknya...kak longnya ikutkan aje...esok kena pergi school....penat tak penat kena pergi...tak boleh ikutkan sangat malas badan tu...lemak nanti...Picca seronok sungguh raya ni...banyak dia dapat duit raya...dah jadi mata duitanlah pula...asyik mengira duit raya je kejenya....Picca juga seronok sebab Cikcik was here for raya...bertambahlah dayang dia sorang lagi... Mami pun seronok Cikcik and Aniq ada kali ni beraya di KL...selalunya dia orang datang lepas raya or mami yang ke sana...

Oleh kerana maid abah bercuti dua hari...i pula memang dah tak de maid, so on the 2nd day raya kat kampung memanglah kepenatan....nasib baiklah ada anak dara dua orang tu....dia oranglah yang menolong ...bila time nak memandikan emak, Cikcik agak kuat mengangkat Wan nya...Anis lembik sikit, nasib baik juga ada Angah tolong mengangkat emak bila perlu....Hubby juga membantu bila perlu....kalau harap i sorang, mahu terduduk dibuatnya..mana nak masak, mana nak layan orang datang beraya...Alhamdulillah, semuanya ok....sebab ramai yang membantu....Picca pun tak meragam sangat....hari-hari ke rumah Ateh bermain dengan Danish petang baru balik ke rumah...

I balik ke KL on Thursday...Wednesday, Aniq and Cikcik balik ke KK, sedih juga tapi sebab Cikcik ada exam lepas raya, kenalah balik awal, perlu buat revision sikit sebanyak... Cuti sekolah panjang nanti CikCik will be here again in KL....Aniq sebab dah bekerja tak lah boleh selalu ke KL...Anak-anak, bila dah besar panjang ni, semakin jauh dari kita....nasib baiklah ada sikenet Picca, dia ajelah yang buat bising kat rumah....Hubbypun selalu outstation...nak buat macam mana...kalau duduk di rumah aje..tak makanlah pula nanti...

Well, itu ajelah citer Hari Raya....i tak berjalan sangat...sibuk kat rumah sampai tak sempat ke mana-mana....Selamat Hari Raya guys....Maaf Zahir Batin....

chow!

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Mata kadang tersilap memandang,
Telinga kadang tersalah mendengar,
Mulut kadang terlepas berucap
Hati kadang terlajak menduga,
Mohon maaf segala khilaf yang pasti ada.

Dalam kerendahan hati,
Ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta,
Ada kekayaan jiwa,
Dalam gurau senda,
Ada khilaf dosa,
Selamat Hari Raya........

Mengambil kesempatan ini memohon maaf sekiranya ada write up saya selama ini menyentuh hati mana-mana pihak. Terkasar, tersumpah dan terkata saya menyusun jari sepuluh memohon maaf sepenuh jiwa. Semoga Hari Raya kali dirayakan dengan penuh keimanan dan keinsafan.

Selamat Hari Raya dari saya dan keluarga.....

Wednesday, September 09, 2009

BukaPuasa@LondonApartment

At the end of the circa 15 hours fasting (0400 to 1930 hours), the girls must be excused for being all smiles and grins at the buka puasa table.

OR is it the all Malaysian offerings of rendang ayam pencen, asam pedas albeit salmon, daging dendeng, stir-fried beef fatchoy and sambal ikan bilis cili api; supplemented by local variants of olive-oiled mussel and stir fried fresh vegetables; courtesy of yours truly at HallamCourtApartment@London.

Thursday, September 03, 2009

Happy + Sad

I am due to go somewhere, out of Malaysia for a week....Looking forwardlah juga...tapi yang sedihnya kena tinggalkan Picca...so dua tiga hari ni hati tu macam tak tentu arahlah juga....tak pernah berenggang dengan Picca ni...ke hulu ke hilir i pergi i bawa dia...this is the first timelah tinggalkan dia....nak dibawa, H1N1 masih berleluasa, takut pula...as a mom, biar kita yang sakit, jangan anak sakit...

Where to? Well, nantilah, bila dah balik nanti i will post a few pictures of the place. Menemankan hubby sebenarnya, nak membeli belah tu tidaklah juga....tapi kalau ada yang berkenan and rasa-rasanya mampu mungkin membelilah juga....Will be in KL lagi dua tiga hari nak raya....harap-harap taklah kelam kabut nanti...mana maid nak balik Indon...so tidaklah bermaid raya ni....Rasanya raya ni, persediaan ala kadar aje....hubby pula seminggu lepas raya akan ke Amsterdam pula....manalah nak beraya sakannya.....tapi raya tetap raya...kena juga sambut....walau kita yang tua ni rasa macam tak semeriah dulu masa kita muda tapi i nak anak-anak i appreciate suasana Hari Raya tu...pakai baju raya, dapat duit raya dan kunjung mengunjung serta maaf memaafkan...

Well guys...selamat berpuasa ye....doakan perjalanan i selamat pergi dan balik...berjumpa kembali nanti..........
chow