Tuesday, June 15, 2010

Hi, hello

Tiba-tiba minda jadi malas,sebab diikutkan sangat maka berbulan-bulanlah blog ini terbiar bersawang. Doakan kemalasan minda ini cepat berlalu, agar boleh kite berkongsi cerita kehidupan.

Let me share with you my favourite pantun which my mom's favourite too:

Tuai padi antara masak
Esok jgn layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jgn rindu- rinduan.

So people, intai-intailah blog i ni.

Chow!

Tuesday, January 05, 2010

Kalimah Allah....

I pelik sikit bila kita bising-bising pasal the High Court decision on allowing Catholic weekly Herald to use kalimah Allah in its publication.  Memanglah kalimah Allah tu adalah  hak kita, Allah yang maha esa, yang satu, hanya untuk Muslim tetapi pada I yang penting akhidah kita, walau saper juga atau agama ape juga yang memakai kalimah Allah untuk upacara agama mereka , adakah itu ada kaitan dengan akhidah kita.  Adakah akhidah kita akan terpesong kerana Mary jiran kita yang beragama Kristian menyebut kalimah Allah.  Kita sepatutnya bersyukur kita tidak pernah dan tidak boleh sebaliknya menyebut tuhan agama lain dalam doa kita.  Kita hanya ada satu tuhan iaitu Allah, dan hanya kalimah Allah yang kita sebut dalam setiap doa dan dalam setiap aktiviti seharian kita sebagai seorang muslim...so I tak nampak  mengapa kita harus marah dan make it as a big issue bila penganut agama lain mahu menggunakan kalimah Allah.  Allah itu maha agong, maha kaya, maha mengetahui dan maha mengasehi, Dia dan kita tahu saper  yang kita sembah, so why bother about orang kristian mahu menggunakan kalimah Allah..

Saya teringat semasa saya belajar di ITM cawangan Sabah pada tahun 80an, saya tinggal sebilik dengan Kartinawati Ben, berbangsa Kadazan beragama Kristian mahzab The Seventh DaysAdventist.  Kartina sangat alim dan berpegang teguh dengan ajaran The Seventh Days seperti tidak boleh minum kopi, tidak boleh makan ikan tidak bersisik atau hidupan laut yang tidak berdarah, tidak boleh memakai barangan kemas, tidak boleh menonton wayang dan banyak lagi pantang larang agamanya yang taat diikuti olehnya.  Dia sering membaca Bible dan kami sangat hormat menghormati bilamana salah seorang kami tengah melakukan ibadat kami, seperti bila I mahu sembahyang dia akan memperlahan atau menutup radio dan memperlahankan suaranya bila berbual jika kebetulan ada tetamu dibilik ketika itu dan begitu juga dari pihak I, bila dia membaca Biblenya atau tengah berdoa, i will make sure to be quiet.  Pernah sekali i membelek-belek Biblenya yang di dalam Bahasa Melayu dan terjumpa perkataan Allah.  Agak terkejut kerana pada masa itu I rasa Allah hanya untuk Islam lantas bertanya "  Tina, who is Allah to you? Allah is mentioned here in your Bible".  Seingat saya ,dia menjawap bahawa dalam agamanya, Allah adalah Jesus...saya terdiam sekejap tetapi saya menjawap balik, dalam Islam, Allah tidak beranak, tidak kahwin, tidak diberanakkan sedang Jesus adalah sebaliknya, dia pula diam dan kami memberhentikan perbualan setakat itu kerana kami faham yang kami bukan arif dan nanti takut tersalah cakap jadi permusuhan agama lak...

Semasa di Sabahlah saya ketahui banyak perkara, seperti kutbah di gereja di sana dibuat dalam bahasa melayu kerana terdapat berbagai ethnik di sana dan mereka menggunakan dan faham hanya bahasa melayu dialek sabah .  Agak terkejut melihat ada yang memakai baju kurung masuk bersembahyang di gereja dan ada yang menggunakan nama Ahmad, Mohamad dan banyak lagi nama yang kita rasa untuk orang Islam tetapi mereka beragama kristian.  Dan semua ni tidak menjadi issue besar to people in Sabah.  Dan I sendiri terkejut dan  tertanya-tanya  mengapa dan siapakah dalang yang membangkitkan issue penggunaan kalimah Allah ni  menjadi satu issue besar pula.  Kita harus berjaga-jaga di sini, kalau dalam tahun 80an di mana kebanyakan rakyat Sabah beragama Kristian telahpun menggunakan kalimah Allah dalam upacara agama mereka dan tiada siapa  yang membantah mengapa perkara ini ditimbulkan sekarang.  Jangan perkara ini dipolitikkan sehingga kita yang aman damai menjadi huru hara.  Permusuhan akibat agama adalah sesuatu yang amat malang kerana impact darinya amat menakutkan.....Prinsip I adalah amat senang, selagi mereka tidak menganggu kita beribadat mengapa perlu kita menganggu mereka? 

I want peace forever, for my anak-anak and cucu-cicit....

chow!

Monday, January 04, 2010

Alfatihah.......

Picca pada awal bulan Disember yang lalu telah mula mengaji Muqaddam...Puas mencari orang yang boleh mengajar...bertanya sana sini, dapatlah seorang guru pencen yang sanggup mengajar.  Dia mengajar cucunya dan Picca sahaja.  Piccapun nampaknya selesa mengaji di rumah nenek.  I redah aje rumah nenek ni dan bertanya samada dia sudi mengajar Picca, nenek ni tinggal bersama anak perempuannya yang merupakan seorang guru...Alhamdulillah nenek tidak keberatan walaupun hanya kenal I pada hari itu sahaja.  I bertanya secara terus berapakah bayarannya dan nenek hanya meminta RM5 sebulan...dan mengaji hari-hari kecuali hari khamis malam jumaat sebab nenek akan kesurau...Baik sungguh hati nenek ini, hanya RM5 sahaja bayaran yang diminta dan i berniat untuk sedekah lebih sikit dari itu...

Picca seronok mengaji di rumah nenek kerana kesemua cucu nenek melayan Picca dengan baik.  I pun senang hati, sebab bukan senang nak mencari rumah orang yang mengajar mengaji...Was mengesyorkan agar I mengambil ustaz yang mengajar anaknya mengaji untuk mengajar Picca, ustaz ini akan datang ke rumah..tapi i teringat pula cakap abah....lebih afdal kita yang datang ke rumah guru untuk menuntut ilmu..maka kesudian nenek memang amat dihargai...

Pada 24hb Disember 2009, picca dihantar untuk mengaji tetapi diberitahu yang nenek tidak sihat so cuti dululah.   Memikirkan mungkin nenek demam so  I tak hantar picca mengaji beberapa hari  dan  cuma pada 27hb Disember papa menghantar picca untuk mengaji dan diberitahu oleh cucunya nenek tak ada dan difahami oleh hubby sebagai, nenek tak de kat rumah, mungkin berjalan ke mana-mana...

Kerana tidak mahu Picca terlalu lama bercuti mengaji I sent her last night to mengaji, kali ini i sendiri yang hantar Picca ke pintu sebab nak menanya mengenai nenek, dah sihat ke?  Terduduk I bila diberitahu yang sebenarnya nenek telah meninggal dunia pada 25hb Disember 2009 yang lalu,hanya dua hari yang lalu...i merasa sedih sangat sebab tak dapat melawat nenek dihari terakhir dia, salah i juga sebab tidak pernah meninggalkan telephone number i pada nenek or keluarga dia..I terkilan sangat-sangat sebab baru sahaja kenal dan picca pun amat senang dengan nenek  dia sudah pergi....betullahh kata orang...yang paling hampir dengan kita adalah kematian...tidak tahu bila masanya tiba-tiba kita dipanggilNya...Lama juga i berbual dengan anak perempuannya...yang masih sedih tapi redha akan pemergian nenek...I meminta agar dia sudi mengajar Picca mengaji sebab i amat selesa dengan keluarga ini...baru lah i realise mengapa Picca amat selesa dengan cucu-cucu nenek...cucu-cucu nenek rupanya boleh berbahasa Inggeris dengan fasih, kerana kelemahan picca adalah berbahasa melayu dan ini adalah kerana menantu nenek adalah seorang mualaf dan mereka berbahasa inggeris selain melayu di rumah.  I perhatikan keluarga ini walaupun suaminya seorang mualaf, amat menitikberatkan hal agama...anak-anak mereka amat tertib dan setiap maghrib akan duduk di meja makan untuk mengaji tanpa disuruh...Semasa I datang itupun, suaminya yang keluar dulu, kerana isterinya masih bersembahyang...dia nampaknya baru juga usai sembahayang kerana kupiah masih dikepala, walau kurang fasih berbahasa melayu beliau nampak selesa sebagai seorang muslim, baik dari segi pakaian begitu juga dari segi dia membawa diri...Pandai sungguh isterinya dan nenek memimpin saudara baru ini sampai terserlah sungguh kemuslimannya...dan i am happy, yang keluarga ini sudi Picca mengaji bersama anak-anak mereka.  Semoga secara tidak langsung, Picca akan terikut-ikut perangai  cucu-cucu nenek yang tertib dan bersopan ini.

Alfatihah untuk nenek...semoga ditempatkan bersama orang-orang yang solehah...Agar aruah aman dan damai di sana...Amin...