Picca pada awal bulan Disember yang lalu telah mula mengaji Muqaddam...Puas mencari orang yang boleh mengajar...bertanya sana sini, dapatlah seorang guru pencen yang sanggup mengajar. Dia mengajar cucunya dan Picca sahaja. Piccapun nampaknya selesa mengaji di rumah nenek. I redah aje rumah nenek ni dan bertanya samada dia sudi mengajar Picca, nenek ni tinggal bersama anak perempuannya yang merupakan seorang guru...Alhamdulillah nenek tidak keberatan walaupun hanya kenal I pada hari itu sahaja. I bertanya secara terus berapakah bayarannya dan nenek hanya meminta RM5 sebulan...dan mengaji hari-hari kecuali hari khamis malam jumaat sebab nenek akan kesurau...Baik sungguh hati nenek ini, hanya RM5 sahaja bayaran yang diminta dan i berniat untuk sedekah lebih sikit dari itu...
Picca seronok mengaji di rumah nenek kerana kesemua cucu nenek melayan Picca dengan baik. I pun senang hati, sebab bukan senang nak mencari rumah orang yang mengajar mengaji...Was mengesyorkan agar I mengambil ustaz yang mengajar anaknya mengaji untuk mengajar Picca, ustaz ini akan datang ke rumah..tapi i teringat pula cakap abah....lebih afdal kita yang datang ke rumah guru untuk menuntut ilmu..maka kesudian nenek memang amat dihargai...
Pada 24hb Disember 2009, picca dihantar untuk mengaji tetapi diberitahu yang nenek tidak sihat so cuti dululah. Memikirkan mungkin nenek demam so I tak hantar picca mengaji beberapa hari dan cuma pada 27hb Disember papa menghantar picca untuk mengaji dan diberitahu oleh cucunya nenek tak ada dan difahami oleh hubby sebagai, nenek tak de kat rumah, mungkin berjalan ke mana-mana...
Kerana tidak mahu Picca terlalu lama bercuti mengaji I sent her last night to mengaji, kali ini i sendiri yang hantar Picca ke pintu sebab nak menanya mengenai nenek, dah sihat ke? Terduduk I bila diberitahu yang sebenarnya nenek telah meninggal dunia pada 25hb Disember 2009 yang lalu,hanya dua hari yang lalu...i merasa sedih sangat sebab tak dapat melawat nenek dihari terakhir dia, salah i juga sebab tidak pernah meninggalkan telephone number i pada nenek or keluarga dia..I terkilan sangat-sangat sebab baru sahaja kenal dan picca pun amat senang dengan nenek dia sudah pergi....betullahh kata orang...yang paling hampir dengan kita adalah kematian...tidak tahu bila masanya tiba-tiba kita dipanggilNya...Lama juga i berbual dengan anak perempuannya...yang masih sedih tapi redha akan pemergian nenek...I meminta agar dia sudi mengajar Picca mengaji sebab i amat selesa dengan keluarga ini...baru lah i realise mengapa Picca amat selesa dengan cucu-cucu nenek...cucu-cucu nenek rupanya boleh berbahasa Inggeris dengan fasih, kerana kelemahan picca adalah berbahasa melayu dan ini adalah kerana menantu nenek adalah seorang mualaf dan mereka berbahasa inggeris selain melayu di rumah. I perhatikan keluarga ini walaupun suaminya seorang mualaf, amat menitikberatkan hal agama...anak-anak mereka amat tertib dan setiap maghrib akan duduk di meja makan untuk mengaji tanpa disuruh...Semasa I datang itupun, suaminya yang keluar dulu, kerana isterinya masih bersembahyang...dia nampaknya baru juga usai sembahayang kerana kupiah masih dikepala, walau kurang fasih berbahasa melayu beliau nampak selesa sebagai seorang muslim, baik dari segi pakaian begitu juga dari segi dia membawa diri...Pandai sungguh isterinya dan nenek memimpin saudara baru ini sampai terserlah sungguh kemuslimannya...dan i am happy, yang keluarga ini sudi Picca mengaji bersama anak-anak mereka. Semoga secara tidak langsung, Picca akan terikut-ikut perangai cucu-cucu nenek yang tertib dan bersopan ini.
Alfatihah untuk nenek...semoga ditempatkan bersama orang-orang yang solehah...Agar aruah aman dan damai di sana...Amin...
No comments:
Post a Comment