Tuesday, January 05, 2010

Kalimah Allah....

I pelik sikit bila kita bising-bising pasal the High Court decision on allowing Catholic weekly Herald to use kalimah Allah in its publication.  Memanglah kalimah Allah tu adalah  hak kita, Allah yang maha esa, yang satu, hanya untuk Muslim tetapi pada I yang penting akhidah kita, walau saper juga atau agama ape juga yang memakai kalimah Allah untuk upacara agama mereka , adakah itu ada kaitan dengan akhidah kita.  Adakah akhidah kita akan terpesong kerana Mary jiran kita yang beragama Kristian menyebut kalimah Allah.  Kita sepatutnya bersyukur kita tidak pernah dan tidak boleh sebaliknya menyebut tuhan agama lain dalam doa kita.  Kita hanya ada satu tuhan iaitu Allah, dan hanya kalimah Allah yang kita sebut dalam setiap doa dan dalam setiap aktiviti seharian kita sebagai seorang muslim...so I tak nampak  mengapa kita harus marah dan make it as a big issue bila penganut agama lain mahu menggunakan kalimah Allah.  Allah itu maha agong, maha kaya, maha mengetahui dan maha mengasehi, Dia dan kita tahu saper  yang kita sembah, so why bother about orang kristian mahu menggunakan kalimah Allah..

Saya teringat semasa saya belajar di ITM cawangan Sabah pada tahun 80an, saya tinggal sebilik dengan Kartinawati Ben, berbangsa Kadazan beragama Kristian mahzab The Seventh DaysAdventist.  Kartina sangat alim dan berpegang teguh dengan ajaran The Seventh Days seperti tidak boleh minum kopi, tidak boleh makan ikan tidak bersisik atau hidupan laut yang tidak berdarah, tidak boleh memakai barangan kemas, tidak boleh menonton wayang dan banyak lagi pantang larang agamanya yang taat diikuti olehnya.  Dia sering membaca Bible dan kami sangat hormat menghormati bilamana salah seorang kami tengah melakukan ibadat kami, seperti bila I mahu sembahyang dia akan memperlahan atau menutup radio dan memperlahankan suaranya bila berbual jika kebetulan ada tetamu dibilik ketika itu dan begitu juga dari pihak I, bila dia membaca Biblenya atau tengah berdoa, i will make sure to be quiet.  Pernah sekali i membelek-belek Biblenya yang di dalam Bahasa Melayu dan terjumpa perkataan Allah.  Agak terkejut kerana pada masa itu I rasa Allah hanya untuk Islam lantas bertanya "  Tina, who is Allah to you? Allah is mentioned here in your Bible".  Seingat saya ,dia menjawap bahawa dalam agamanya, Allah adalah Jesus...saya terdiam sekejap tetapi saya menjawap balik, dalam Islam, Allah tidak beranak, tidak kahwin, tidak diberanakkan sedang Jesus adalah sebaliknya, dia pula diam dan kami memberhentikan perbualan setakat itu kerana kami faham yang kami bukan arif dan nanti takut tersalah cakap jadi permusuhan agama lak...

Semasa di Sabahlah saya ketahui banyak perkara, seperti kutbah di gereja di sana dibuat dalam bahasa melayu kerana terdapat berbagai ethnik di sana dan mereka menggunakan dan faham hanya bahasa melayu dialek sabah .  Agak terkejut melihat ada yang memakai baju kurung masuk bersembahyang di gereja dan ada yang menggunakan nama Ahmad, Mohamad dan banyak lagi nama yang kita rasa untuk orang Islam tetapi mereka beragama kristian.  Dan semua ni tidak menjadi issue besar to people in Sabah.  Dan I sendiri terkejut dan  tertanya-tanya  mengapa dan siapakah dalang yang membangkitkan issue penggunaan kalimah Allah ni  menjadi satu issue besar pula.  Kita harus berjaga-jaga di sini, kalau dalam tahun 80an di mana kebanyakan rakyat Sabah beragama Kristian telahpun menggunakan kalimah Allah dalam upacara agama mereka dan tiada siapa  yang membantah mengapa perkara ini ditimbulkan sekarang.  Jangan perkara ini dipolitikkan sehingga kita yang aman damai menjadi huru hara.  Permusuhan akibat agama adalah sesuatu yang amat malang kerana impact darinya amat menakutkan.....Prinsip I adalah amat senang, selagi mereka tidak menganggu kita beribadat mengapa perlu kita menganggu mereka? 

I want peace forever, for my anak-anak and cucu-cicit....

chow!

2 comments:

Anonymous said...

Ada jugak yang letak bin or binti.. but tiada masalah bah. I wish there are more people like you..

Mint said...

Anoy:

Islam adalah agama yang amat menyenangkan, cuma segelintir manusia yang suka menyusahkan diri sendiri dan orang lain dan menggunakan islam sebagai alasan...dan Islam tidak mengajar umatnya bermusuh dengan penganut agama lain melainkan dimusuhi...tq anoy for visiting my blog...